Celoteh

Teratak Manis Baizura

Khamis, 24 Mac 2016

Puding Triffle Kek Coklat Moist


Assalamualaikum

 



Lama tak muncul atas talian kan..memang sibuk sungguh sejak program bermula awal bulan mac. Bila ada hari terluang yang Bai boleh beraksi di dapur..itulah harinya..

Jadi kebetulan ofis Bai nak buat majlis perpisahan untuk budak praktikal, bos minta buat secara ‘potluck’. Peninglah juga nak buat menu apa untuk majlis tu kerana ramai yang dah booking menu. Jadi Bai pilih untuk buat desert atau pencuci mulut jelah.

Bai bercadang nak buat puding yang berlapis kek seperti puding triffle gitu. Kali ni lapis dengan kek coklat moist. Jadi Bai gelarkan ia Puding Triffle Kek Coklat Moist.
 
 

Jom tengok resepinya jika berminat nak tahu. Seronok jugak membuatnya. Memang berbaloi makan..sejuk di tekak bila cuaca panas litlit ni.
 
 

Puding Triffle Kek Coklat Moist

Bahan-bahan
 
·        1 buku kek coklat - ( Bai ikut resepi kek coklat moist bakar 1 adunan)
·        1 tin susu cair
·        1 cwn tepung kastard - nak bagi kental boleh tambah ½ cawan lagi
·        1 tin buah2an campuran (500g)
·        gula ikut rasa
·        1 kotak jelly nona
·        1 tin air - ikut sukatan tin susu


Cara

Susun kek coklat yang dipotong kecil dalam bekas kaca lut sinar. Baru Nampak cantikkan..hitam dengan kuning kastard tu memang ‘eye catching’

Buah campuran ditoskan airnya. Air buah campuran tadi disiram atas kek.

Masak susu dengan air dan gula. Bancuh tepung kastard dengan air. Bila susu sudah didih tuangkan kastard sedikit-demi sedikit hingga pekat tapi lembut. Tuangkan kastard atas kek coklat tadi. Ratakan.

Kastad tu Bai tambah1/2 cawan lagi nak bagi keras sikit sebab bila terlalu lembik susah nak potong kecil-kecil kan..

Taburkan buah dalam tin, tekan-tekan sikit bagi melekat kat kastad tu dan biarkan sejuk. Masak jelly ikut sukatan pada kotak. Tuang atas adunan kastard tadi perlahan-lahan. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti ais. Bai dapat 2 bekas besar.
Kalau nak buat sikit, buatlah kek 1/2 adunan, buah dalam tin yang kecil punya. Namun, kastad 1 cawan, jelly, susu dan air tetap sama..

 

Ya Allah, Bai kalau makan puding ni memang tak tahu berhenti punya. Lepas sepotong, tambah lagi sepotong.. u all patut cuba tau..memang marbeles..

       

 

 
Untuk tempahan sila wasap 012-5980060