Celoteh

Teratak Manis Baizura

TENTANG KAMI

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan



Teratak Manis Baizura merupakan suatu nama yang memaparkan kegigihan dan impian seorang Baizura dalam bidang penyediaan makanan, pastri, kek dan pemanis mulut untuk keluarga, rakan-rakan dan penggemar makanan tersebut.
 
Teratak dipilih kerana ia menggambarkan suatu tempat yang menceriakan walau tidak sebesar mana namun ia sangat selesa dan santai.
 
Manakala Manis pula merupakan gambaran makanan yang manis dan enak dijamah serta dinikmati hingga meninggalkan suatu pengalaman dan kenangan manis yang tak akan dilupakan.
 
Baizura pula adalah nama diriku yang hanya insan biasa-biasa saja namun menpunyai impian dan cita-cita luar biasa untuk menjadi seorang usahawan kedai bahan  & bakeri yang terkenal.
 
Bermula dengan mengambil tempahan secara kecil-kecilan dari rumah melalui online (Fan Page Facebook), Intagram dan Blog dan juga secara offline.

 

Tiada ulasan: