Assalamualaikum
Lama tak
muncul atas talian kan..memang sibuk sungguh sejak program bermula awal bulan
mac. Bila ada hari terluang yang Bai boleh beraksi di dapur..itulah harinya..
Jadi kebetulan
ofis Bai nak buat majlis perpisahan untuk budak praktikal, bos minta buat
secara ‘potluck’. Peninglah juga nak buat menu apa untuk majlis tu kerana ramai
yang dah booking menu. Jadi Bai pilih untuk buat desert atau pencuci mulut
jelah.
Bai
bercadang nak buat puding yang berlapis kek seperti puding triffle gitu. Kali
ni lapis dengan kek coklat moist. Jadi Bai gelarkan ia Puding Triffle Kek
Coklat Moist.
Jom tengok
resepinya jika berminat nak tahu. Seronok jugak membuatnya. Memang berbaloi
makan..sejuk di tekak bila cuaca panas litlit ni.
Puding
Triffle Kek Coklat Moist
Bahan-bahan
· 1 tin susu cair
· 1 cwn tepung kastard - nak bagi kental boleh tambah ½ cawan lagi
· 1 tin buah2an campuran (500g)
· gula ikut rasa
· 1 kotak jelly nona
· 1 tin air - ikut sukatan tin susu
Cara
Susun kek coklat yang dipotong kecil dalam bekas kaca lut sinar. Baru Nampak cantikkan..hitam dengan kuning kastard tu memang ‘eye catching’
Buah campuran ditoskan airnya. Air buah campuran
tadi disiram atas kek.
Masak susu dengan air dan gula. Bancuh tepung
kastard dengan air. Bila susu sudah didih tuangkan kastard sedikit-demi sedikit
hingga pekat tapi lembut. Tuangkan kastard atas kek coklat tadi. Ratakan.
Kastad tu Bai tambah1/2 cawan lagi nak bagi keras
sikit sebab bila terlalu lembik susah nak potong kecil-kecil kan..
Taburkan buah dalam tin, tekan-tekan sikit bagi
melekat kat kastad tu dan biarkan sejuk. Masak jelly ikut sukatan pada kotak.
Tuang atas adunan kastard tadi perlahan-lahan. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti ais. Bai
dapat 2 bekas besar.
Kalau nak buat sikit, buatlah kek 1/2 adunan, buah dalam tin yang kecil punya. Namun, kastad 1 cawan, jelly, susu dan air tetap sama..
Ya Allah, Bai kalau makan puding ni memang
tak tahu berhenti punya. Lepas sepotong, tambah lagi sepotong.. u all patut
cuba tau..memang marbeles..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan