Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 20 Jun 2016

KUIH LAPIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 
Hari ini dah ramadhan yang ke 15..cepat masa berlalu..raya pun dah dekat. Bai masih belum memulakan projek biskut raya lagi. Kalut dengan juadah beriftar..balik kerja je pun dah rasa letih..cuma kena kuatkan semangat bila anak yang berumur 10 tahun yang turut berpuasa teringin nak makan macam-macam..kesiankan! 

 
sayang, tak berapa merah sangat lapisnya..
 
Selalunya Bai suka buat kuih buah Melaka dan qasidah. Sebab banyak kali dah Bai buat pada masa yang lalu, jadi Bai tak masukkanlah pada entri kali ini. Petang semalam, Bai buatkan anak-anak kuih lapis yang sangat digemari oleh mereka. Dah lama diorang minta nak makan. Jadi, masa cutilah yang dapat buatkan pun. Rasanya Bai pun dah pernah kongsikan resepi kuih lapis ni..jadi bolehlah anda semua cari resepi di bahagian mencari yang tertepek di muka depan tu..
 
 

Jumaat, 17 Jun 2016

AGAR-AGAR MILO

Assalamualaikum,


Apa juadah iftar harini?
 
Bai balik kerja terus ke dapur dulu, menyingsing lengan nak menggodek agar-agar milo permintaan anak-anak. Semasa sahur lagi anak-anak dah order nak makan agar-agar. Bahan dah ada, cuma perlukan sediki kerajinan sahaja..hihi
 
Nak buatnya tak susah, main campak-campak jer hihi. Jom nengok resepinya..
 
Agar-Agar Milo
oleh Baizura
 
Bahan
 
12.50gram agar-agar serbuk
1050ml air
3 senduk serbuk milo
200ml susu sejat @ susu segar
2 senduk gula pasir atau ikut kemanisan masing-masing
 
Cara
 
1. Masak air bersama serbuk agar-agar. kacau hingga larut dan masukkan gula. masak hingga gula larut.
 
2. Masukkan milo, kacau hingga rata dan tiada berketul.
 
3. Akhir sekali masukkan susu sejat, kacau rata. masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai.
 
4. Sejukkan hingga suhu bilik dan masukkan ke dalam fridge supaya sejuk bila dihidangkan..
 
Sedapnya anak tekak..huhu..jomla cuba..
 

Khamis, 16 Jun 2016

Puding Nenas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,




 Hari ni Bai buat Puding Nenas pulak..sejuk tekak waktu berbuka tau..mulanya nak buat qasidah, tapi semasa mengemas dapur beberapa hari lalu ternampaklah 1 tin nenas kiub. Lalu Bai pun mencari waktu nak buat puding ni. Jadilah puding ini pada hari ini..
 
 
 
 
Bai buat versi sendiri..memandangkan masa tak begitu mengizinkan, maklumlah pulang dari kerja, sampai rumah pun dah pukul 5 petang..mandi, solat dan belunjur sebentar orang kata..pukul 5.45 ke pukul 6 baru masuk dapur.
 
 
 
 
Kalau anda nak cuba boleh saja..ni Bai kongsikan resepinya.
 
PUDING NENAS
oleh Baizura
 
Bahan
 
12.50gm serbuk agar-agar
2 liter air
1 tin susu sejat
2 sudubesar tepung jagung (dibancuh dengan 2sb air)
1 tin nenas kiub
2 senduk gula..(boleh tambah ikut kemanisan yang disukai)
Sedikit pewarna kuning
sedikit buah ceri untuk hiasan
 
Cara
 
1. Masak air dengan serbuk agar-agar, bila sebati tambahkan gula. masak hingga gula larut.
 
2. Masukkan susu sejat, bancuhan tepung jagung. kacau sebati hingga mendidih sekejap. tutup api. letak sedikit pewarna kuning.
 
3. Tuang ke dalam acuan yang disukai. Acuan tu kena basahkan dengan air dulu ye. Masa ni nak tabur buah nenas dalam acuan pun boleh, nak susun ke..terpulang bagaimana yang anda suka.
 
Selamat mencuba..
 
 

Selasa, 7 Jun 2016

Pecal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


       Iftar tadi Bai buatkan pecal untuk suami. Segala bahan dan Sayuran Bai serta suami beli di pasar malam. Balik kerja Bai sempat ke pasar malam sebab Bai ambil waktu bekerja anjal dan pulang puku 4.30 petang.
 
        Nak buatnya tak susah...cewahh..senang je Bai cakapkan!..sebenarnya Bai dah ada sediakan kuah kacang segera yang sentiasa tersimpan di peti ais. Bila nak guna je, baru keluarkan dan tambah air panas je. nanti Bai kongsikan resepi kuah kacang di sini.
 
      Pecal ni memerlukan beberapa jenis sayuran yang dicelur dahulu seperti :
~ Kangkung
~Pucuk ubi
~Kacang Panjang
~Taugeh
~Pucuk Paku (jika suka)
 
Sayur yang tak perlu dicelur dan perlu rangup:
~Sengkuang
~Timun

Aksesori tambahan yang lain:
~Telur rebus
~Tauhu goreng
~Mee kuning (dicelur dahulu)
 
Ada sayur-sayuran ni maknanya dah cukup geng dah..ada yang suka tambah lagi sayur-sayuran. Bai Bai dah cukup dah..sayur celur tu dipotong kecil..lepas tu tambah dengan Tauhu yang di goreng dahulu, dipotong kecil. Bai kalau makan tak sah kalau tak ada telur rebus. Sedap tau..ada yang suka tambah mee celur..kalau mak Bai mesti dia tambah. Lama sikit kenyangnya..hihi

Tip nak bagi sayur nampak segar dan berkilat, masa rebus air untuk celur tu, tambah sedikit garam dan sedikit minyak masak. Agak layu, angkat sayuran yang dicelur tu dan lalukan air paip supaya proses memasak sayur itu berhenti. Jadi sayur tak la nampak layu sangat macam nak benyai. Kemudian, toskan sebelum dipotong.
 
Bai bancuh kuah kacang dengan air panas dan masak sekejap atas kuali hingga pekat sedikit. Kuah pecal ni kena pekat sebab sayur-sayuran ni jenis berair, nanti cair pulak kuah kan..jom nengok resepi kuah kacang Bai.
 
RESEPI KUAH KACANG
oleh : Baizura
 
 Bahan
 
1 cawan kacang tanah goreng & tumbuk
5 tangkai cili kering atau lebih
2 ulas bawang putih-hiris
1biji bawang besar-hiris
1 inci belacan
1-2 sudubesar asam jawa biji
3-4 sudubesar gula merah dan gula putih garam
 
 

Cara

1. Goreng kacang dan toskan minyaknya. Nak sangai pun boleh tanpa minyak.

2. Goreng pula cili kering yang dah dibuang biji. goreng sekejap saja.toskan.

3. goreng bawang, belacan, asam jawa. toskan

4. tumbuk kacang hingga separa lumat. ketepikan

5. Tumbuk pula cili kering, bawang,belacan, asam jawa (buang biji) hingga lumat

6. masukkan gula dan garam secukup rasa

7. Akhir sekali campurkan kacang Tanah yang ditumbuk dan gaul sebati.

8. Untuk disimpan dalam peti ais, simpan dalam bekas  kedap. bila hendak guna, tambah air panas
sikit-sikit dan curahkan atas sayuran tadi bila hendak makan. Bai suka masakkan kuah kacang ni sekejap atas dapur.


     


       


       

       
       
       


      Isnin, 6 Jun 2016

      Salam Ramadhan Al Mubarak 1437H

      Assalamualaikum..


      Salam Al Mubarak Ramadhan..Ramadhan datang lagi..hari ini merupakan hari pertama umat Islam seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa.  Merupakan rukun Islam ke 3 yang wajib kita taat. Semoga ramadhan kali ini Bai  dan keluarga dapat menambahkan lagi amalan makruf, berpuasa, berzakat, bersedekah dan bertarawih.

      Bai ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan beribadah di bulan ramadhan 1437 hijrah yang mulia ini, semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dn akhirat. Maafkan Bai jika ada salah bicara, tutur bahasa yang menyentuh hati, kita semua hanya manusia yang tak terlepas dari membuat salah dan silap.

      Buat surirumah dan wanita yang bekerja di pejabat, ketika inilah kita akan lebih sibuk dua kali ganda terutamanya di dapur kan!. Pasti lincah di dapur menyiapkan hidangan untuk beriftar dan juga bersahur untuk keluarga yang disayangi. Semoga kita semua diberi kesabaran dan kesihatan yang tinggi dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

      Dalam sibuk menyediakan hidangan kesukaan anak-anak dan suami tu, janganlah kita lupa, ada insan lain lagi yang serba kekurangan dalam menyambut bulan ramadhan. Jika berkemampuan, marilah bersedekah. Adakalanya jiran-jiran kita pun ada yang serba serbi kekurangan, kitalah yang kena prihatin. Jangan boros berbelanja serta membazirkan makanan.

      Adakalanya, bila memasak sendiri itu ada kelebihannya kerana kita tahu untuk agak atau bajet banyak mana yang perlu kita masak. Menu yang kita sediakan pun telah dirancang serta tahap kebersihan yang terjamin. Bukan apa, membeli makanan di pasar ramadhan ni adakalanya sedap dan harga berpatutan tetapi yang buruknya, makanan selalunya tak sedap, harga mahal dan adakalanya memberikan kita penyakit.

      Bai kalau membeli makanan di pasar ramadhan, biasanya Bai akan perhatikan keadaan penjual dan makanan tersebut. Puas hati baru beli. Sebenarnya, jarang sangat Bai membeli juadah berbuka ni kecuali bila tiba hujung-hujung ramadhan. Periuk belanga dah kena gantung sebab malas nak berkecah dapur. Biasanya waktu tu kita dah berkemas barang untuk pulang ke kampung kan..  dan biasanyalah, Bai akan membeli serba sedikit sahaja lauk pauk dan kuih muih yang betul-betul kita teringin. Buat tambah-tambah je sebenarnya. Tapi selalunya memang tak menepati citarasa lah. Lain orang lainlah cara dan bahannya. Jadi, daripada dapat dosa kering duk marah kat penjual sebab tak mencapai piawaian yang kita nak, Bai lebih suka masak sendiri satu atau dua jenis lauk dan satu jenis kuih.

      Apapun, selamat berpuasa dan sunat tarawih..selamat memasak..pssstt..waktu nilah kita kalut buka buku himpunan resepi..nak mencuba resepi untuk iftar lah katakan..huhu