Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 6 Jun 2016

Salam Ramadhan Al Mubarak 1437H

Assalamualaikum..


Salam Al Mubarak Ramadhan..Ramadhan datang lagi..hari ini merupakan hari pertama umat Islam seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa.  Merupakan rukun Islam ke 3 yang wajib kita taat. Semoga ramadhan kali ini Bai  dan keluarga dapat menambahkan lagi amalan makruf, berpuasa, berzakat, bersedekah dan bertarawih.

Bai ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan beribadah di bulan ramadhan 1437 hijrah yang mulia ini, semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dn akhirat. Maafkan Bai jika ada salah bicara, tutur bahasa yang menyentuh hati, kita semua hanya manusia yang tak terlepas dari membuat salah dan silap.

Buat surirumah dan wanita yang bekerja di pejabat, ketika inilah kita akan lebih sibuk dua kali ganda terutamanya di dapur kan!. Pasti lincah di dapur menyiapkan hidangan untuk beriftar dan juga bersahur untuk keluarga yang disayangi. Semoga kita semua diberi kesabaran dan kesihatan yang tinggi dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

Dalam sibuk menyediakan hidangan kesukaan anak-anak dan suami tu, janganlah kita lupa, ada insan lain lagi yang serba kekurangan dalam menyambut bulan ramadhan. Jika berkemampuan, marilah bersedekah. Adakalanya jiran-jiran kita pun ada yang serba serbi kekurangan, kitalah yang kena prihatin. Jangan boros berbelanja serta membazirkan makanan.

Adakalanya, bila memasak sendiri itu ada kelebihannya kerana kita tahu untuk agak atau bajet banyak mana yang perlu kita masak. Menu yang kita sediakan pun telah dirancang serta tahap kebersihan yang terjamin. Bukan apa, membeli makanan di pasar ramadhan ni adakalanya sedap dan harga berpatutan tetapi yang buruknya, makanan selalunya tak sedap, harga mahal dan adakalanya memberikan kita penyakit.

Bai kalau membeli makanan di pasar ramadhan, biasanya Bai akan perhatikan keadaan penjual dan makanan tersebut. Puas hati baru beli. Sebenarnya, jarang sangat Bai membeli juadah berbuka ni kecuali bila tiba hujung-hujung ramadhan. Periuk belanga dah kena gantung sebab malas nak berkecah dapur. Biasanya waktu tu kita dah berkemas barang untuk pulang ke kampung kan..  dan biasanyalah, Bai akan membeli serba sedikit sahaja lauk pauk dan kuih muih yang betul-betul kita teringin. Buat tambah-tambah je sebenarnya. Tapi selalunya memang tak menepati citarasa lah. Lain orang lainlah cara dan bahannya. Jadi, daripada dapat dosa kering duk marah kat penjual sebab tak mencapai piawaian yang kita nak, Bai lebih suka masak sendiri satu atau dua jenis lauk dan satu jenis kuih.

Apapun, selamat berpuasa dan sunat tarawih..selamat memasak..pssstt..waktu nilah kita kalut buka buku himpunan resepi..nak mencuba resepi untuk iftar lah katakan..huhu


 
 
 
 
 

 
 
 

Tiada ulasan: