Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 18 Disember 2017

TIP PILIHAN SALUTAN KEK DAN TAHUN BAHARU 2018

Assalamualaikum dan salam sayang ..


Tahun 2018 semakin menghampiri dan Bai masih di sini..
Segala pahit dan manis telahpun kita tempuhi..bermacam corak dan warna yang telah menempel di sanubari kita sepanjang tahun ini. Apapun syukur Alhamdulillah..kita masih tegap berdiri, masih berupaya melunaskan hasrat  dan impian hati, memenuhi hajat sendiri dan orang lain, menunaikan ibadat, menyelesaikan tugas yang dipertanggungjawabkan syukur tidak terhingga ya Allah..
 
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, Bai memang tidak dapat memberikan tumpuan untuk menulis di laman ini.. kekangan masa dan idea juga sering menghambat pergi. Namun hari ini, Bai dapat meluangkan sedikit  masa menintakan  kata-kata yang tak seberapa, untuk n3..mudah-mudahan kita dapat manfaat daripadanya..
 
Sepanjang pengalaman Bai yang dangkal ini dalam mengambil tempahan kek dan sebagainya..terdapat suatu perkara yang sering menjadi persoalan daripada customer yang kadang-kadang mereka terlupa nak maklumkan pada kita..iaitu kek yang macam mana sesuai untuk perjalanan jauh? Kek yang macam mana tahan panas dan tidak cair?
 
Apa yang Bai faham, customer ni bertanyakan tentang krim atau salutan pada kek yang dia nak tempah itu sesuai atau tidak, boleh atau tidak boleh dan sebagainya. Kadang-kadang tu kita sebagai pembuat kek yang bertanggungjawab, haruslah memberikan khidmat nasihat terbaik kepada customer. Mereka pun adakalanya tak tahu keadaan kek dengan kesesuaian tempat yang bagaimana apabila sampai ke tangan mereka. Oleh itu, Bai fikir tak salah kalau kita bertanya tentang suasana majlis dan tempat untuk perletakan kek tersebut kepada customer.
 
Pengalaman Bai..ada seorang customer ni minta Bai buatkan kek red velvet dengan salutan freshcream untuk hantaran pertunangannya. Asyik sibuk bercerita tentang jenis-jenis kek , saiz yang diperlukan dan kotak kek, terlupa pulak nak tanya dan diapun tak ingat nak maklum..tunangnya tu orang jauh nun di selatan tanah air..nasib baik masa Bai selesai membakar kek, terus ingat nak telefon pastikan semula..barulah dia maklumkan tunang dia orang jauh, apa lagi, Bai terpaksa maklumkan keadaan kek dengan krim yang diminta tu, nasib baik sempat tukar kepada buttercream sahaja kerana masa itu Bai kehabisan stok fondan dengan warna yang diminta..kalau tidak..naya saja, dapat kek yang mencair dan sememeh tu..
 
Oleh itu, di bawah ini ada sedikit tip yang Bai rasa kita boleh ambil maklum dalam pemilihan kek dan salutannya untuk majlis tertentu bersesuaian dengan venue majlis tersebut..
 
1) Kek bersalut dengan buttercream


 
 

 
 
 
Krim kek jenis ini sangat sesuai untuk majlis outdoor di bawah khemah yang bercuaca panas terik dan juga majlis di dalam dewan yang berhawa dingin. Campuran krim mentega bersama shortening membuatkan krim jenis ini sangat stabil walaupun untuk perjalanan jauh.

 
2) Kek bersalut dengan fondan
 
 
 
 
Salutan kek jenis ini memang sangat tahan lasak untuk perjalanan jauh dan berada di bawah khemah yang bercuaca panas ..cuma jika ia agak kering sedikit jika berada di dalam tempat yang sejuk atau terlalu panas, ia mungkin merekah atau pecah..namun jika keadaan hujan pula, fondan akan berair macam berpeluh. Fondan ni manis bertepung, tapi Bai tak suka makan dengan kek. Selalunya Bai perhatikan, ramai orang yang makan kek akan ketepikan fondan di piring.
 
3) Kek bersalut dengan freshcream , cream cheese dan coklat ganache
 
 
 
 
 
Salutan kek jenis ini sangat tidak tahan lasak dan tidak tahan panas untuk perjalanan jauh atau cuaca bawah khemah yang panas menyengit itu. Tetapi jika kek berada dalam dewan berhawa dingin ia stabil dan cantik. Freshcream memang sedap dimakan sebab ia tidak muak dan ringan berbanding buttercream yang berlemak dan lebih berminyak.
 
      Jadi, kita bolehlah membuat pilihan bijak sebelum membuat tempahan supaya tak kecewa belakang hari. Sebenarnya kita digalakkan untuk berbincang dengan lebih lanjut dengan baker. Daripada situ kita akan dinasihatkan oleh mereka..itulah sedikit sebanyak tip yang Bai kongsikan, sebenarnya ada lagi beberapa jenis aising ataupun salutan kek yang ada, namun Bai cuma ketengahkan jenis salutan kek yang sering diminta oleh customer
 
Tidak terlalu awal rasanya untuk Bai ucapkan selamat tahun baharu 2018..moga tahun 2018 akan lebih membawa sinar rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan untuk kita semua..
 
Salam sayang dari Teratak Manis Baizura!..
 
 
 

Jumaat, 2 Jun 2017

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Alhamdulillah..Ramadhan ke 7 sudah..lama sungguh Bai tak 'on air' kan? Sibuk memang iya sibuk..tapi merajuk jugak..hihi..tiada orang menyinggah nak berkawan dengan kita..
 
Adakalanya..Memang sibuk menguruskan anak-anak sekolah dan tuisyen hinggakan tak ada idea nak menulis. Penatnya tu tak dapat nak cerita, bila di pejabat pulak, walaupun kali ini kementerian tak turunkan lagi  waran peruntukan untuk laksanakan kursus-kursus singkat APBM Batu Gajah, namun kami cuba bergerak sendiri dengan mengadakan usahasama dengan agensi lain. Namun, sungguh terasa kali ini, bila tiada bajet nak buat program, semangat di awang-awangan..
 
Apapun selamat berpuasa kepada yang sudi singgah, moga ramadhan kali ini sangat bermakna dan di terima Allah swt..

Sabtu, 14 Januari 2017

Roti Cinnamon Roll



 
Assalamualaikum..
 
 
 
Cinnamon Roll..dengar nama pada mulanya Bai tak begitu teringin..sekali ..Bai ternampak di blog Azie Kitchen..hmm..memang teringin betul dah ditekak dah. Bahan-bahan semuanya ada..
 
 
 

Nak buatnya pun tak susah sangat. Jom cuba.

 



Lazat dan berkrim kan..minum pagi dan petang sangat sesuai.



CINNAMON ROLL

Bahan-Bahan

3/4 cawan susu segar
1/4 cawan margerin-suhu bilik ( Bai guna buttercup)
3 1/4 cawan all purpose flour -Bai guna tep.gandum
1 peket instant yeast
1/4 cawan gula  halus
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan air
1 biji telur

Bahan Filling:

1 cawan gula perang
1 sbesar serbuk cinnamon
1/2 cawan marjerin-suhu bilik(Bai guna buttercup)
1 cawan kismis (jika suka)

cara-cara:

Panaskan susu di dalam pan hingga timbul bubbles,angkat. Masukkan marjerin dan dikacau rata hingga mencair. Ketepikan sehingga menjadi suam.
 
Di dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cawan tepung,yis,gula dan garam..kacau rata. Tuang air,telur dan bancuhan susu dan dikacau rata lagi.
 
Tambahkan baki tepung dalam 1/2 cawan pada satu masa dengan dikacau rata setiap kali memasukkannya.
 
Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli sehingga sebati selama 5 minit.
 
Tutup doh dengan kain lembab dan ketepikan selama 10 minit.
 
Sementara itu, sediakan mangkuk kecil, satukan sebuk cinnamon, gula perang dan marjerin yang telah dilembutkan pada suhu bilik.
 
Leperkan doh sehingga menjadi bentuk segi4 saiz 12x9 inci. Sapukan adunan marjerin dan cinnamon tadi atas doh. Taburkan kismis jika suka.
 
Gulung dan tutupkan bahagian hujung dengan disapu air pada doh supaya melekat. potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya.
 
Susun dalam Loyang yang telah dilenser marjerin, ketepikan dan biar dalam 30 minit hingga doh naik lagi sekali ganda.
 
Panaskan oven pada suhu 190'C dan bakar selama 20 minit sehingga masak keperangan.
 
Bolehlah dihidangkan semas panas dan dituang dengan frosting.
 
Bahan frosting:
 
1/4 cawan cream cheese- suhu bilik
 
1 sbesar butter- suhu bilik
 
1 1/4 cawan gula icing - Bai kurangkan jadi 1/2 cwn sbb manis sgt
 
1/2 skecil vanilla
 
3-4 sbesar susu suam
 
Cara:
 
Satukan semua bahan kecuali susu. Apabila semua bahan gaul sebati, tuangkan susu sikit demi sikit hingga capai kecairan yang dikehendaki. Tuang semasa roti panas-panas.





Tekstur roti sangat gebu..makan panas-panas memang sangat sedap. Bau harum satu rumah tau..memang mengangkut je kerjanya..sedap!! tapi naiklah kilo lepas ni haha..tengah berdiet pun boleh 'cheat day' ..lepas ni kita 'workout' lah balik..kikiki