Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 18 Disember 2017

TIP PILIHAN SALUTAN KEK DAN TAHUN BAHARU 2018

Assalamualaikum dan salam sayang ..


Tahun 2018 semakin menghampiri dan Bai masih di sini..
Segala pahit dan manis telahpun kita tempuhi..bermacam corak dan warna yang telah menempel di sanubari kita sepanjang tahun ini. Apapun syukur Alhamdulillah..kita masih tegap berdiri, masih berupaya melunaskan hasrat  dan impian hati, memenuhi hajat sendiri dan orang lain, menunaikan ibadat, menyelesaikan tugas yang dipertanggungjawabkan syukur tidak terhingga ya Allah..
 
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, Bai memang tidak dapat memberikan tumpuan untuk menulis di laman ini.. kekangan masa dan idea juga sering menghambat pergi. Namun hari ini, Bai dapat meluangkan sedikit  masa menintakan  kata-kata yang tak seberapa, untuk n3..mudah-mudahan kita dapat manfaat daripadanya..
 
Sepanjang pengalaman Bai yang dangkal ini dalam mengambil tempahan kek dan sebagainya..terdapat suatu perkara yang sering menjadi persoalan daripada customer yang kadang-kadang mereka terlupa nak maklumkan pada kita..iaitu kek yang macam mana sesuai untuk perjalanan jauh? Kek yang macam mana tahan panas dan tidak cair?
 
Apa yang Bai faham, customer ni bertanyakan tentang krim atau salutan pada kek yang dia nak tempah itu sesuai atau tidak, boleh atau tidak boleh dan sebagainya. Kadang-kadang tu kita sebagai pembuat kek yang bertanggungjawab, haruslah memberikan khidmat nasihat terbaik kepada customer. Mereka pun adakalanya tak tahu keadaan kek dengan kesesuaian tempat yang bagaimana apabila sampai ke tangan mereka. Oleh itu, Bai fikir tak salah kalau kita bertanya tentang suasana majlis dan tempat untuk perletakan kek tersebut kepada customer.
 
Pengalaman Bai..ada seorang customer ni minta Bai buatkan kek red velvet dengan salutan freshcream untuk hantaran pertunangannya. Asyik sibuk bercerita tentang jenis-jenis kek , saiz yang diperlukan dan kotak kek, terlupa pulak nak tanya dan diapun tak ingat nak maklum..tunangnya tu orang jauh nun di selatan tanah air..nasib baik masa Bai selesai membakar kek, terus ingat nak telefon pastikan semula..barulah dia maklumkan tunang dia orang jauh, apa lagi, Bai terpaksa maklumkan keadaan kek dengan krim yang diminta tu, nasib baik sempat tukar kepada buttercream sahaja kerana masa itu Bai kehabisan stok fondan dengan warna yang diminta..kalau tidak..naya saja, dapat kek yang mencair dan sememeh tu..
 
Oleh itu, di bawah ini ada sedikit tip yang Bai rasa kita boleh ambil maklum dalam pemilihan kek dan salutannya untuk majlis tertentu bersesuaian dengan venue majlis tersebut..
 
1) Kek bersalut dengan buttercream


 
 

 
 
 
Krim kek jenis ini sangat sesuai untuk majlis outdoor di bawah khemah yang bercuaca panas terik dan juga majlis di dalam dewan yang berhawa dingin. Campuran krim mentega bersama shortening membuatkan krim jenis ini sangat stabil walaupun untuk perjalanan jauh.

 
2) Kek bersalut dengan fondan
 
 
 
 
Salutan kek jenis ini memang sangat tahan lasak untuk perjalanan jauh dan berada di bawah khemah yang bercuaca panas ..cuma jika ia agak kering sedikit jika berada di dalam tempat yang sejuk atau terlalu panas, ia mungkin merekah atau pecah..namun jika keadaan hujan pula, fondan akan berair macam berpeluh. Fondan ni manis bertepung, tapi Bai tak suka makan dengan kek. Selalunya Bai perhatikan, ramai orang yang makan kek akan ketepikan fondan di piring.
 
3) Kek bersalut dengan freshcream , cream cheese dan coklat ganache
 
 
 
 
 
Salutan kek jenis ini sangat tidak tahan lasak dan tidak tahan panas untuk perjalanan jauh atau cuaca bawah khemah yang panas menyengit itu. Tetapi jika kek berada dalam dewan berhawa dingin ia stabil dan cantik. Freshcream memang sedap dimakan sebab ia tidak muak dan ringan berbanding buttercream yang berlemak dan lebih berminyak.
 
      Jadi, kita bolehlah membuat pilihan bijak sebelum membuat tempahan supaya tak kecewa belakang hari. Sebenarnya kita digalakkan untuk berbincang dengan lebih lanjut dengan baker. Daripada situ kita akan dinasihatkan oleh mereka..itulah sedikit sebanyak tip yang Bai kongsikan, sebenarnya ada lagi beberapa jenis aising ataupun salutan kek yang ada, namun Bai cuma ketengahkan jenis salutan kek yang sering diminta oleh customer
 
Tidak terlalu awal rasanya untuk Bai ucapkan selamat tahun baharu 2018..moga tahun 2018 akan lebih membawa sinar rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan untuk kita semua..
 
Salam sayang dari Teratak Manis Baizura!..
 
 
 

Tiada ulasan: