Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 18 Disember 2017

TIP PILIHAN SALUTAN KEK DAN TAHUN BAHARU 2018

Assalamualaikum dan salam sayang ..


Tahun 2018 semakin menghampiri dan Bai masih di sini..
Segala pahit dan manis telahpun kita tempuhi..bermacam corak dan warna yang telah menempel di sanubari kita sepanjang tahun ini. Apapun syukur Alhamdulillah..kita masih tegap berdiri, masih berupaya melunaskan hasrat  dan impian hati, memenuhi hajat sendiri dan orang lain, menunaikan ibadat, menyelesaikan tugas yang dipertanggungjawabkan syukur tidak terhingga ya Allah..
 
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, Bai memang tidak dapat memberikan tumpuan untuk menulis di laman ini.. kekangan masa dan idea juga sering menghambat pergi. Namun hari ini, Bai dapat meluangkan sedikit  masa menintakan  kata-kata yang tak seberapa, untuk n3..mudah-mudahan kita dapat manfaat daripadanya..
 
Sepanjang pengalaman Bai yang dangkal ini dalam mengambil tempahan kek dan sebagainya..terdapat suatu perkara yang sering menjadi persoalan daripada customer yang kadang-kadang mereka terlupa nak maklumkan pada kita..iaitu kek yang macam mana sesuai untuk perjalanan jauh? Kek yang macam mana tahan panas dan tidak cair?
 
Apa yang Bai faham, customer ni bertanyakan tentang krim atau salutan pada kek yang dia nak tempah itu sesuai atau tidak, boleh atau tidak boleh dan sebagainya. Kadang-kadang tu kita sebagai pembuat kek yang bertanggungjawab, haruslah memberikan khidmat nasihat terbaik kepada customer. Mereka pun adakalanya tak tahu keadaan kek dengan kesesuaian tempat yang bagaimana apabila sampai ke tangan mereka. Oleh itu, Bai fikir tak salah kalau kita bertanya tentang suasana majlis dan tempat untuk perletakan kek tersebut kepada customer.
 
Pengalaman Bai..ada seorang customer ni minta Bai buatkan kek red velvet dengan salutan freshcream untuk hantaran pertunangannya. Asyik sibuk bercerita tentang jenis-jenis kek , saiz yang diperlukan dan kotak kek, terlupa pulak nak tanya dan diapun tak ingat nak maklum..tunangnya tu orang jauh nun di selatan tanah air..nasib baik masa Bai selesai membakar kek, terus ingat nak telefon pastikan semula..barulah dia maklumkan tunang dia orang jauh, apa lagi, Bai terpaksa maklumkan keadaan kek dengan krim yang diminta tu, nasib baik sempat tukar kepada buttercream sahaja kerana masa itu Bai kehabisan stok fondan dengan warna yang diminta..kalau tidak..naya saja, dapat kek yang mencair dan sememeh tu..
 
Oleh itu, di bawah ini ada sedikit tip yang Bai rasa kita boleh ambil maklum dalam pemilihan kek dan salutannya untuk majlis tertentu bersesuaian dengan venue majlis tersebut..
 
1) Kek bersalut dengan buttercream


 
 

 
 
 
Krim kek jenis ini sangat sesuai untuk majlis outdoor di bawah khemah yang bercuaca panas terik dan juga majlis di dalam dewan yang berhawa dingin. Campuran krim mentega bersama shortening membuatkan krim jenis ini sangat stabil walaupun untuk perjalanan jauh.

 
2) Kek bersalut dengan fondan
 
 
 
 
Salutan kek jenis ini memang sangat tahan lasak untuk perjalanan jauh dan berada di bawah khemah yang bercuaca panas ..cuma jika ia agak kering sedikit jika berada di dalam tempat yang sejuk atau terlalu panas, ia mungkin merekah atau pecah..namun jika keadaan hujan pula, fondan akan berair macam berpeluh. Fondan ni manis bertepung, tapi Bai tak suka makan dengan kek. Selalunya Bai perhatikan, ramai orang yang makan kek akan ketepikan fondan di piring.
 
3) Kek bersalut dengan freshcream , cream cheese dan coklat ganache
 
 
 
 
 
Salutan kek jenis ini sangat tidak tahan lasak dan tidak tahan panas untuk perjalanan jauh atau cuaca bawah khemah yang panas menyengit itu. Tetapi jika kek berada dalam dewan berhawa dingin ia stabil dan cantik. Freshcream memang sedap dimakan sebab ia tidak muak dan ringan berbanding buttercream yang berlemak dan lebih berminyak.
 
      Jadi, kita bolehlah membuat pilihan bijak sebelum membuat tempahan supaya tak kecewa belakang hari. Sebenarnya kita digalakkan untuk berbincang dengan lebih lanjut dengan baker. Daripada situ kita akan dinasihatkan oleh mereka..itulah sedikit sebanyak tip yang Bai kongsikan, sebenarnya ada lagi beberapa jenis aising ataupun salutan kek yang ada, namun Bai cuma ketengahkan jenis salutan kek yang sering diminta oleh customer
 
Tidak terlalu awal rasanya untuk Bai ucapkan selamat tahun baharu 2018..moga tahun 2018 akan lebih membawa sinar rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan untuk kita semua..
 
Salam sayang dari Teratak Manis Baizura!..
 
 
 

Jumaat, 2 Jun 2017

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Alhamdulillah..Ramadhan ke 7 sudah..lama sungguh Bai tak 'on air' kan? Sibuk memang iya sibuk..tapi merajuk jugak..hihi..tiada orang menyinggah nak berkawan dengan kita..
 
Adakalanya..Memang sibuk menguruskan anak-anak sekolah dan tuisyen hinggakan tak ada idea nak menulis. Penatnya tu tak dapat nak cerita, bila di pejabat pulak, walaupun kali ini kementerian tak turunkan lagi  waran peruntukan untuk laksanakan kursus-kursus singkat APBM Batu Gajah, namun kami cuba bergerak sendiri dengan mengadakan usahasama dengan agensi lain. Namun, sungguh terasa kali ini, bila tiada bajet nak buat program, semangat di awang-awangan..
 
Apapun selamat berpuasa kepada yang sudi singgah, moga ramadhan kali ini sangat bermakna dan di terima Allah swt..

Sabtu, 14 Januari 2017

Roti Cinnamon Roll



 
Assalamualaikum..
 
 
 
Cinnamon Roll..dengar nama pada mulanya Bai tak begitu teringin..sekali ..Bai ternampak di blog Azie Kitchen..hmm..memang teringin betul dah ditekak dah. Bahan-bahan semuanya ada..
 
 
 

Nak buatnya pun tak susah sangat. Jom cuba.

 



Lazat dan berkrim kan..minum pagi dan petang sangat sesuai.



CINNAMON ROLL

Bahan-Bahan

3/4 cawan susu segar
1/4 cawan margerin-suhu bilik ( Bai guna buttercup)
3 1/4 cawan all purpose flour -Bai guna tep.gandum
1 peket instant yeast
1/4 cawan gula  halus
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan air
1 biji telur

Bahan Filling:

1 cawan gula perang
1 sbesar serbuk cinnamon
1/2 cawan marjerin-suhu bilik(Bai guna buttercup)
1 cawan kismis (jika suka)

cara-cara:

Panaskan susu di dalam pan hingga timbul bubbles,angkat. Masukkan marjerin dan dikacau rata hingga mencair. Ketepikan sehingga menjadi suam.
 
Di dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cawan tepung,yis,gula dan garam..kacau rata. Tuang air,telur dan bancuhan susu dan dikacau rata lagi.
 
Tambahkan baki tepung dalam 1/2 cawan pada satu masa dengan dikacau rata setiap kali memasukkannya.
 
Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli sehingga sebati selama 5 minit.
 
Tutup doh dengan kain lembab dan ketepikan selama 10 minit.
 
Sementara itu, sediakan mangkuk kecil, satukan sebuk cinnamon, gula perang dan marjerin yang telah dilembutkan pada suhu bilik.
 
Leperkan doh sehingga menjadi bentuk segi4 saiz 12x9 inci. Sapukan adunan marjerin dan cinnamon tadi atas doh. Taburkan kismis jika suka.
 
Gulung dan tutupkan bahagian hujung dengan disapu air pada doh supaya melekat. potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya.
 
Susun dalam Loyang yang telah dilenser marjerin, ketepikan dan biar dalam 30 minit hingga doh naik lagi sekali ganda.
 
Panaskan oven pada suhu 190'C dan bakar selama 20 minit sehingga masak keperangan.
 
Bolehlah dihidangkan semas panas dan dituang dengan frosting.
 
Bahan frosting:
 
1/4 cawan cream cheese- suhu bilik
 
1 sbesar butter- suhu bilik
 
1 1/4 cawan gula icing - Bai kurangkan jadi 1/2 cwn sbb manis sgt
 
1/2 skecil vanilla
 
3-4 sbesar susu suam
 
Cara:
 
Satukan semua bahan kecuali susu. Apabila semua bahan gaul sebati, tuangkan susu sikit demi sikit hingga capai kecairan yang dikehendaki. Tuang semasa roti panas-panas.





Tekstur roti sangat gebu..makan panas-panas memang sangat sedap. Bau harum satu rumah tau..memang mengangkut je kerjanya..sedap!! tapi naiklah kilo lepas ni haha..tengah berdiet pun boleh 'cheat day' ..lepas ni kita 'workout' lah balik..kikiki

Sabtu, 31 Disember 2016

Disember 2016 Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama jugak Bai tak online dalam blog...bulan Disember tahun ini sungguh memberi warna dalam hidup Bai. Macam-macam peristiwa dah Bai lalui, pahit manis dalam kehidupan..
 
Sebenarnya hati ini memang nak sangat menulis di blog..bukan untuk bercerita gah atau sebaliknya, sebenarnya Bai tahu, tak ada pun yang membaca blog Bai, tak apa..Bai tak kisah sedikitpun..Bai bukan berblog untuk tujuan publisiti murahan atau menagih perhatian netizen..ini cumalah suatu tinta kenangan untuk diri Bai dan anak-anak..mana tahu, adik-adik Bai juga akan menemui blog ini..jadi ada juga sesuatu yang akan Bai simpan di sini.
 
Jika mengikut turutan hari dalam bulan DISEMBER 2016 ini..padat jugalah jadual hidup Bai. Bermula pada tarikh 4-6 Disember 2016..Bai ikuti Hari Keluarga APBM BG ke Melaka. Ada jugalah selitan kursus selama 2 jam dan juga himpunan bulanan di sana selama 1 jam..Bai turut membawa suami dan anak-anak untuk mengikuti lawatan dan berlibur di sekitar kota Melaka dan Zoo Air Keruh. Apa yang Bai boleh katakan..Hari Keluarga APBM kali ini..oklah..
 
Kami menginap di Chalet Persatuan Nelayan Kuala Sungai Baru Melaka yang tak berapa selesa. Jika ditanya kenapa..yang pertama )- Bilik inapan berbau seperti tandas yang tidak pernah dicuci..mungkin tandas kami bersebelahan dengan tangki septic agaknya..nak tukar bilik, akan dapat bilik yang lebih kecil pulak daripada yang ada..kami berempat pula..jadi kami membuat keputusan, tetap di bilik tersebut..tidur hanya di waktu malam saja, siang kami keluar bersiar-siar..
 
yang kedua )- masakan semuanya pedas-pedas walaupun untuk menu kanak-kanak. Tuhan saja tau betapa pedas pahitnye masakan di tempat itu..bila diminta untuk kurangkan pedas..disindir pulak kita ni..dah datang Melaka,memang pedaslah makanannya.. Bai kata, kami ni bukan asal orang Melaka, kami ni asal dari pelbagai negeri, Kedah, Perlis, Perak, Kelantan dan sebagainya..pastu diberi alasan, sekarang musim cili pedas agaknya, sebab dah beberapa kenduri di kawasan mereka pun makanan terlalu pedas dari biasa..jadi dalam hati kami yang melancong ke Melaka ni..tak salahlah terasa makanan yang dimasak oleh mereka begitu pedas hingga tak boleh masuk ke mulut rasanya. Pakat cirit belaka dengan cuaca panas gini..hmm..memang kenangan ngeri sungguh..nasib ada kedai runcit persatuan nelayan..boleh beli roti, Maggie dan minuman..
 


 
 
Itu saja..hihi..bukan nak halang daripada datang berkunjung ke situ..datanglah..banyak lagi kedai makanan laut di tepi laut yang cantik pemandangannya apabila mentari jatuh..
 
 
Pada 9hb pula Bai dengan anak-anak balik ke kampung di Perlis. Ngangah pun pulang bercuti sekolah di kampung selama 2 minggu. Bai balik sekejap, melepas rindu kat dia dan mak. Dapt luangkan masa bersama-sama dengan yang sentiasa dirindui memang seronok, Mak pulak setiap tahun akan buat 'gether birthday party' untuk anak-anak dan cucunya yang lahir pada bulan 12..
 
 
Meriah lah juga, dengan bihun Singapore Jaja yang sedap tu, sate yang dikma uruskan, kek sampai 2 biji..hihi..bertukar tukar hadiah pulak tu..kami berkelah di tepi padang Timah Tasoh Resort..malam tu ada karnival jualan  dan konsert artis..memang meriah lah tempat tu..Bai ni dahla rabun segala rabuh..gagahkan juga pandu kereta di kawasan yang gelap gelemat..suami Bai tak ikut balik kampung sebab kena kerja..jadi ke mana-mana yang di ajak oleh Mak, Bai lah pandu, Ngangah sebiji kereta..memang muatlah dengan anak-anak masing-masing, Mak, Jaja dan sorang anak saudara..setiap kali bergerak ke mana-mana, memang dua biji kereta la..muatan sarat..hihi
 
 
Makan ni toksah kiralah..memang naik kilo berat badan ni..seronok jumpa keluarga, tak sah la kalau tak ada makanan kan..pagi-pagi, pi beli nasi lemak, kuih muih di Nat Balai Baru..Nat ni macam pasar sehari lah di Perlis ni..perkataan daripada siam. Lepas tu makan kat taman mini Mak di halaman rumah..nasi lemak dan kuih muih masih lagi murah. Jangan terkejut..ni memang cerita tentang makan je tau..hihi

 
 
Tengahari pulak, atur makan di Restoran Pokok Sawa, Mata Ayer.. memang tempat best untuk makan tengahari bersama keluarga. Mak memang suka makan ikan keli goreng rangup dengan ulam ulaman dan sambal belacan..sayur manis rebung, ketela dan daun asin-asin..memang tak mandang keliling dah..Bai kalau dapat asam pedas sayur keladi, keli goreng, sambal belacan, kerabu taugeh habis kelam dunia..hihi
 
 
 


Petang-petang pi minum petang pulak sambil menghirup udara segar Tasik Melati..bawa anak-anak makan laksa, mee rebus, mee kari , rojak buah dan air kacang special di gerai-gerai makanan..hmm bajet pun tak lah mahal sangat..sedap pun sedap.. tapi kalau minum petang di Terinai Lake View Café di Tepian Empangan Timah Tasoh memang mahai lah..makanan western, dan goreng-goreng pun ada..makanan ala-ala thai pun ada..'standart' café lahkan tepi empangan pulak tu..hihi


     

Haa..malam kami berderet pulak makan ikan bakar di Kuala Perlis. memang segar ikan-ikan dan makanan laut yang lain..geram je tengok..nak makan tak larat dah..hihi..makanan eksotik seperti belangkas dan mentarang pun ada tau..


 
 
 
   Gambar ni di ambil sebelum makanan yang di pesan sampai semua..bayangkan bila pesanan penuh di meja..hmm
 
 
Ok..itu cerita 9 - 12hb Disember 2016..kisah himpunan keluarga dengan sulaman makan-makan yang enak..balik daripada bercuti di kampung, masuk kerja macam biasa..tapi takdir Allah tiada siapa yang tahu.
 
Pada tarikh 17hb Adik kedua sebelah suami Bai telefon mengkhabarkan berita sedih ketika itu, ayah mertua Bai  masuk wad ICU akibat sakit jantung yang mendadak hingga menyebabkan strok. Bai pula libang libu nak balik ke utara semula dengan cuti tahunan yang dah dibekukan, baju dan alatan sekolah anak belum beli lagi, duit simpanan pun kian tipis dan mencadangkan suami balik dulu untuk tengok keadaan  ayahnya.
 
Keesokannya 18hb, adik bagitau yang ayah dah koma..Bai terus bersiap-siap nak balik ke Langkawi kerana ayah diwadkan di hospital Langkawi dan semua adik beradik dah ada di sana.. jadi Bai merasakan kemungkinan ayah nak sembuh semula dah tiada..kami berkemas dan terus gerak ke Kuala Perlis..kelam kabutnya saat itu, bimbang pulak terjadi apa-apa di tengah jalan..hanya doa dan bacaan Yassin di sepanjang jalan. Bai dah tak peduli dengan cuti ke apa cuma ada berwassap dengan Timb.Pengarah maklum Bai nak bercuti kecemasan dan bertanyakan proses mohon cuti yang telah dibekukan. Tiada jawapan, jadi akhirnya Bai hubungi kerani dan maklumkan keadaan Bai sekeluarga. Alhamdulillah dia akan bantu uruskan dalam sistem nanti. 
 
Akhirnya kami sempat naik feri pukul 5.oo petang dan sampai di Kuah jam 6.30 petang..terasa lambat sungguh feri bergerak..Adik Bai, Nini ambil di Jeti dan terus bawa kami ke Hospital Langkawi..Sampai di sana..memang terlihat muka sedih adik-adik suamiku..Ayah mertua Bai ni, tinggal seorang setelah bercerai dengan Mak Mertua..kadang-kadang adik lelaki suami tidur di rumah ayah. Bai dapat sekejap saja lawat ayah dalam bilik icu..sedih melihat ketuaan dan keuzuran ayah dimamah usia. Tengah malam, doktor bertugas memanggil semua adik beradik, dan maklumkan bahawa ayah dah tiada harapan kerana hanya bergantung hidup dengan mesin sahaja..nadi pun semakin lemah..Malam tu kami semua tidur di kaki lima wad kerana bilik tetamu dah penuh.
 
19hb Disember 2016, jam 9.55 pagi, ayah mertua Bai telah kembali ke rahmatullah..jenazah ayah dibawa dan diuruskan di kampung Pulau Tuba. Kami pun ikut balik ke sana dan tinggal di rumah mak mertua sementara itu. Dapatlah juga kami melawat ayah mertua tiri yang sedang uzur juga.


Kami balik ke Perlis hari ketiga, singgah semalam di rumah Makbaq..pastu kami pulang ke Perak semula. Dalam sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak seadanya, dalam kewangan yang tipis..sempat juga menyambut ulang tahun kelahiran Bai  secara biasa saja pada 23hb tu. Anak dara Bai belikan kek secret resepi..alhamdulillah..Pastu sambut birthday Humairah pulak pada 28hb..simple je kek nye..

Jadilahkann..daripada tiada sambutan..tq Ayong, love you so much..such a good cake!




Suamiku pulak kena pulang menguruskan harta arwah bersama adik beradiknya di Langkawi pada 31hb Disember..jadi Bai mahu tak mahu kena seorang diri menghantar dan uruskan sekolah anak-anak..hmm..beli buku dan balut buku sekolah ni..toksah cakaplah..memang memenatkan. Tampal taq nama dan lencana..jahit itu jahit ini..

Bai berharap tahun depan ni akan bawa keberkatan yang lebih lagi dalam hidup kita, sentiasa dimurahkan rezeki dan setiap masalah akan sentiasa ada jalan penyelesaiannya..hidup ini adakala sedih adakala gembira..kita redha jelah dan nikmatilah kehidupan ini selagi bernafas di bumi Allah ini..
 
 
 
 

Rabu, 23 November 2016

Kek Coklat Moist

☺😍

Assalamualaikum..
 
 
 
Haa.. kek coklat moist ni kelas ayong tempah untuk jamuan akhir tahun mereka di sekolah. Hiasan ni tumpang adik dia punya..hihi 
 
 
Kalau ada yang teringin nak tempah sebegini..Bai jual dalam harga RM 75. Dalamnya 'fresh cream' coklat dan dilitupi coklat ganache  dari 'dark chocolate'. Coklat ganache ni Bai gunakan 'dairy whipping cream'..memang sangat lazat menjilat jari ye..Boleh je kalau nak tempah, tak perlu berkecah di dapur dan nak beli bahan runcit-runcit. Harga belian bahan-bahan yang kita beli dalam kuantiti sedikit ni yang mahal harganya.





Selasa, 22 November 2016

Kek Coklat Bogel

Assalamualaikum..




Haa..tajuk kek ni macam lucah pulak.. hihi..sebenarnya kek bogel ni bermaksud tiada salutan di seluruh kek. Siap Nampak lapisan-lapisan krim pada kek. Sekarang ni memang 'trendy'..Bai memang suka kalau dapat tempahan sebegini. Senang nak uruskan kek.
 
 
Yang ni anak Bai sendiri yang tempah untuk jamuan akhir tahun kelasnya. Hiasannya, dia yang tentukan. Taburan snikers dan toblerone..kemain citarasanya kan..ingat nak tabur-tabur dengan coklat rice atau coklat cip je..rupanya...nasib tak ferraro rocher..sabor jelah mak..nakk...hihihi
 
 
Kalau macam ni Bai jual dengan harga RM 60 dengan taburan snikers / toblerone penuh di sekeliling atas kek. Yang ni separuh je kan..takpelah..sedekah untuk kawan-kawan  dan guru-guru kelasnya..
 
Untuk tempahan, silalah hubungi Bai seawal 1 minggu..
 

Sabtu, 19 November 2016

Kek Kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Lama tak bersua di sini kan..sibuk sangat you!..
Baru-baru ni ada tempahan kek 2 tingkat. 'Customer' tu keliru nak kek bertingkat  yang bagaimana..yang ada tiang ke atau yang bertindan..Bai cadangkan buat tindan sajalah, Bai berani ambil risiko penghantaran sebab lokasinya tak berapa jauh..Seri Iskandar je.
 
 
Nak kek bajet yang mampu milik atau yang berharga mewah? semua tu terpulang atas nego antara kita dengan pelanggan. Pilihan kek memainkan peranan juga dalam menentukan harga kek kahwin. Jadi adik ni nak yang 'simple but nice'. Bai cadangkan supaya cuba dengan kek span dan 2 biji kek red velvet..biasalahkan..bila nak kek nampak tinggi dan cantik, memang kena buat dua adunan kek lah..oleh itu walaupun kita Nampak 2 tingkat, namun yang sebenarnya adalah 3 biji kek.


 
 

Kek Span Coklat di bahagian atas bersaiz 8 inci, lapis dengan 'fresh cream' coklat dan coklat ganache atasnya..kemudian tingkat bawah, adalah kek red velvet  dua adunan yang dilapisi dengan krim keju yang lemak berkrim bersaiz 10 inci..Bai salutkan ke semua kek dengan krim butter dan bunga juga juga daripada krim butter. Kalau macam ni Bai akan ambil RM 250. Itu tidak termasuk kos penghantaran, pisau kek (1set), patung pengantin, tempat letak kek (macam kat bawah tu) dll. Tengoklah dekat ke jauh dan risiko yang harus ditanggung. Nak buatnya  sehari suntuk jugaklah..Thanks Nina..lepas ni boleh tempah kek 'anniversary' dan 'birthday' pulak ye.

 


 
 
 
Sudilah tempah dengan Bai..wasap/call/sms di 012-5980060/012-5548281. COD area Tronoh, Batu Gajah , Siputeh dan Seri Iskandar.