Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 27 September 2014

Kek Mentega Oren Poppy Seed


Assalamualaikum..

 
         Bai ambil resepi kek oren ni dari dapur Bonda Team..Terima Kasih ye ..tengok keknye memang mengancam. Tapi Bai ada tokok tambah sikit ikut citarasa Bai sendiri. Nanti boleh tengok resepinya di bawah ye...Sebelum Bai pergi lebih lanjut lagi, ingin Bai nak kongsikan dapatan  maklumat dari Che Mat Gebu berkenaan poppy seed @ biji popi @ kas-kas. Bai ada terbaca semasa sedang mengintai-intai resepi kek oren di dapurnya.



 

 
 

         Serius cakap, Bai memang terkejut dengan info daripada Che Mat berkenaan Negara Singapura yang tidak membenarkan penggunaan poppy seed ini di Negara mereka dan diletakkan di bawah akta dadah berbahaya. Hasil pencarian maklumat Bai sendiri dari google poppy seed ini kebanyakannya digunakan dalam masakan india @ mamak di Malaysia dan dalam pembuatan pastri, kek dan roti di sebelah Negara Barat. Sekitar tahun 2005 dahulu terdapat perbahasan di Parlimen Malaysia tentang penggunaan poppy seed @ kas-kas ini dalam masakan dan  pembuatan makanan.



 
Biji Poppy Biru
 
 
Biji Poppy Putih 
   

        Hasil carian Bai dalam Google pula...Poppy seed ini ada dua jenis iaitu biji popi biru (Papaver Rhoeas) yang kebanyakannya digunakan di sebelah Eropah sebagai pemekat sup ,sirap dan perasa kepada pastri. Satu jenis lagi iaitu Biji popi putih (Papaver Somniferum) yang digunakan di Timur Tengah dalam masakan rempah dan kari. Ujikaji mendapati tidak ada bahan kimia narkotik (opium) dalam kas-kas apabila biji bunga pokok popi ini masak ranum. Bahan kimia narkotik hanya wujud sebelum biji itu matang dan terbentuk sepenuhnya. Namun, pengambilannya perlu berhati-hati kerana ia mampu juga memberi kesan pada ujian dadah. Maklumlah, asal usulnya juga memang daripada pokok candu. Biji popinya tu tak bahaya tetapi kapsul biji yang belum matang tu yang buatkan ia berbahaya.

         Bunga popi ni macam-macam warna. Memang cantik sangat, namun ada bahaya di sebalik keindahannya. Penggunaannya dalam bidang perubatan dan kecantikan memang terserlah sejak beribu tahun yang lalu. Namun yang tidak baik tu apabila disalahgunakan untuk tujuan penagihan  dadah yang merosakkan bangsa seluruh dunia.
 
 

         Kek Oren Biji Popi ni tak berapa cantik kejadiannya, bukan apa..Bai tak tengok setting api atas bawahnya. Inilah jadinya…tenggelam ditengah-tengah kek kerana Bai ter ‘set’ api bawah..Tapi dari segi rasa memang walla..sedap hingga tak boleh berhenti makan..habis diet I tau!!  Jom nengok kek ni..abaikan paras rupanya..yang pasti rasanya memang mengancam!!

 

 

 
KEK MENTEGA OREN
Oleh : Resepi Bonda Team
Diolah : Baizura
Bahan
225g mentega @ marjerin- Bai guna buttercup
1 ½ cawan gula kastor - Bai guna 1 cawan saja
4 biji telur gred A – asingkan putih dan kuning telur
2 cawan tepung self raising( ayak)
2 biji oren diparut kulitnya
4 sudu besar jus oren yang diperah
15g blue poppy seed – Bai tambah
Sedikit pewarna kuning @ oren- Bai tambah
1 suduteh esen oren – Bai tambah
Cara membuatnya
1.    Pukul mentega/marjerin dengan gula hingga kembang atau gula hancur. Masukkan parutan kulit oren. Pukul rata.
2.    Masukkan telur kuning satu persatu hingga habis.. pukul hingga gebu.
3.    Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren tadi. Masukkan biji popi dan sedikit esen oren. Gaul hingga rata dan ketepikan.
4.    Dalam bekas lain, pukul telur putih hingga kembang dan pekat. Kaupkan putih telur ke dalam adunan kek sambil digaul sehala hingga sebati. (jangan terlebih gaul)
5.    Tuangkan ke dalam Loyang yang telah digris dan dialas kertas pada dasar tin
6.    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15minit..bakar kek pada suhu 175’C selama 40 minit. Bai guna suhu 160’C selama 50 minit.
7.  Kalau bahagaian atas kek sudah perang tapi kek tak masak lagi, tutup dengan foil supaya tak hangus permukaan kek.
8.   Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari Loyang. dan hiaskan ikut kreativiti masing-masing.
 

Untuk tempahan sila wasap 012-5980060..

 

Tiada ulasan: