Celoteh

Teratak Manis Baizura

Jumaat, 3 Oktober 2014

Lava Cheese Cake Jumbo..~♥

 Assalamualaikum..Hai

   ~♥ Rezeki Hari Raya AidilAdha...Tempahan Lava Cheese Cake Jumbo oleh dua orang sahabat baik seorang dari Kuala Perlis dan seorang lagi dari Kota Bharu yang kebetulan pulang beraya di Perlis...sememangnya Bai sekeluarga nak pulang beraya di Perlis namun sebenarnya raya ni tiada cita-cita pun nak buat jualan atau terima tempahan memandangkan bisnes agak slow n steady...almaklum la, bila kita sibuk tumpukan kerja hakiki di pejabat, kerja sampingan mula lepas ke tepi...hmm tak apalah, yang penting mana yang dulu didahulukan yang kemudian dikemudiankan...tak gitu beb! Lagi pula, dua orang ni sahabat baik Bai..jadi tidak mahulah Bai menghampakan mereka. Jom nengok apa yang JUMBO sangat nih..hehe
 
 Deretan Lava Cheese Cake Jumbo...
 
 Flava Coklat Tiramisu
 
 Flava Pandan + Santan
 
 

   ~♥ Harga Kek Lava ni  tiap satu tidaklah mahal satu bekas 7.5x7.5 inci RM35.00..hmm besar tu beb! tu pun ada yang komplen mahal...rasa dulu baru tau berbaloi atau tidak...hehe..bukan saja-saja letak harga tau..tak baik nyusahkan customer...Kalo nak pegi Mekah cepat pun jangan le sampai letak harga yang tak relevan....hehe (sifu yang cakap)...Bai udah kira-kira harga bahan dan utiliti..bahan-bahan pula dari kualiti terpilih...2 jenis tepung berkualiti, keju jenama Tatura, Susu Segar Dutchlady @ Anchor, Buttercup, Santan, Cheese jenama Beqa, pure serbuk koko tempatan, telur semua saiz B..tak main yang comel-comel tu.. dan yang paling penting, akak pegi kelas tau blajo kat sifu yang meletop, tq Kak Ashima Tarmizi from Oven of Love... bukan kat makcik gugel tau...so, resepinye (hak cipta dan terpelihara) ni memang berkualiti dan konsisten..;p
 
 
    ~♥ Okey lah Bai sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha...selamat mengerjakan ibadah korban..ada masa dan ketika..in sha Allah jumpa lagi..daa..
 
 

Tiada ulasan: