Celoteh

Teratak Manis Baizura

Jumaat, 21 November 2014

Kek Coklat Moist Delight~♥


Assalamualaikum..hai

 



        Entry kali ini cuma nak tayang kek coklat moist yang ditempah oleh pihak sekolah anak untuk Majlis Perpisahan Tahun 6 baru-baru ini. Dalam keletihan kerana kena training sukan setiap hari di pejabat wakil acara bola tampar APBM Batu Gajah untuk Karnival Sukan Zon Utara KBS di IKBN Jitra,Kedah terpaksa juga Bai buatkan demi Aishah dan guru-gurunya di sekolah..hehehe..jangan mara aaa... 
 

        Dalam duk training tu, terima pulak arahan menghadiri kursus Protokol & Pengurusan Acara 3 hari di kuala Lumpur oleh Bah.Sumber Kementerian…mahu tak mahu kena SYMP lah. Aduss..keknye kena siapkan dululah..kursus pada 18hb Nov 2014..Majlis sekolah Aishah pada 17hb Nov 2014..Ahad malam(16hb) tu bertungkus lumuslah Bai siapkan keknye..

 


Kek Coklat Moist 9” dengan lapisan Coklat Mousse dan litupan coklat ganache…
 

Jumaat, 14 November 2014

Kek Span Coklat

Assalamualaikum..hai

 

         Lama tak bersua di sini…maklumlah cuti sekolah dah nak bermula, mulalah tempahan-tempahan kek semakin meningkat. Kerja di ofis makin berkurang namun kena siapkan segala perancangan awal untuk tahun hadapan, skt dan macam-macam hal pentadbiran.

         Kek span ni di tempah oleh pihak sekolah untuk meraikan Majlis Perpisahan Murid-murid bagi tahun 2014. Resepi ni Bai dapat daripada Blog Azlita Masam Manis. Memang menjadi dengan mudah jika diikut baik-baik tips yang Azlita beri.Terima Kasih daun keladi ye Azlita..banyak yang Bai belajar daripada Blog Azlita. Sekarang Bai kongsikan bersama dengan sesiapa saja yang sudi singgah di Blog Bai ni..

Resepi Kek Span Coklat

Bahan

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

tepung kek, baking powder dan serbuk koko disatukan kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun

Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C ..Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit

 

         Kek Span ni Bai buat 2 adunan dengan gunakan loyang bersaiz 10 inci. Alhamdulillah menjadi dengan cantiknye..Bai memang puas hati. You’all bolehlah mencuba resepi kek span ni ye..

Jumaat, 7 November 2014

Kau Pergi Jua..


Assalamualaikum..
 
Bubba dalam kenangan...

          Sebenarnya Bai sekeluarga masih lagi diselubungi kesedihan kerana kehilangan Bubba, kucing hitam putih yang manis pada pagi 1 November 2014 yang lalu. Tak dapat nak gambarkan kesedihan itu sebenarnya melalui tinta..kerana hati lebih dalam bergelodak, mata bergenang air bila memikirkan bagaimana dan kenapa Bubba pergi meninggalkan kami hari itu.
 
 
 
          Bubba anak Abot yang hampir berusia 7 bulan pada 11 november itu tetapi Allah lebih sayangkannya. Bubba merupakan adik bongsu dari 3 adik beradik. Dia seekor kucing yang manja sekali denganku dan suami. Aku yang menamakannya Bubba kerana dia lahir dengan lemak geleber diperutnya, sungguh lucu bila terdapat palitan kecil berwarna putih di dagu  hitamnya itu. Bubba sangat ceria dan pandai mengambil hati, sering menemani Bai bila membuat kek atau memasak..seronok memasak bila Bubba ada..teman dikala melipat kain baju…bila petang sentiasa menunggu Bai pulang dari kerja untuk bermain-main di padang tepi rumah atau di bawah pokok mempelam di belakang rumah. Dia paling suka makan buah honey dew dan mempelam masak manis dan sabar menunggu aku mengunyahkan buah-buah itu untuknya..biasanya kami berkongsi semangkuk buah-buahan bersama-sama bila aku sedang menonton TV atau minum petang di luar rumah. Bubba mesti berada di sisiku meletakkan dua kaki hadapanya di riba..sambil menanti dengan sabar bahagiannya…arghh! sedih untuk dikenang..

  
11.04.2014 3 beradik ini dilahirkan..Sinchan,Brenda & Bubba
 
      




   
 
      Bila sedang membaca buku, surat khabar atau membelek buku resepi, Bubba selalu sibuk menarik perhatianku dengan menggigit kaki, jari jemari, buku atau apa saja yang ku pegang…Bubba sentiasa ada menemaniku..suamiku juga, sentiasa ditemani Bubba ketika menyiram, menanam pokok…sambil mengejar rama-rama dan kumbang..main sorok-sorok di celah rumput dan pokok bunga…penunggu setia waktu anak-anak balik sekolah, di depan pintu..

          Hari itu…awal pagi, kami kalut dan bergegas ke sekolah kerana anak-anak Bai ada acara sukan. Jadi Ayong hanya sempat menuangkan bijian makanan kegemaran Bubba dan kakaknya Sinchan di dapur. Tidak terlintas sesuatu yang buruk akan berlaku terhadapnya. Pagi sebelum menuruni tangga, kelihatan Sinchan tidur di celah tirai tingkap namun tidak kelihatan si Bubba. Aku fikir dia keluar rumah untuk bermain atau membuang air.

          Malam sebelum itu, terdapat 3, 4 ekor anjing liar menceroboh kawasan kuarters kami. Bingit telinga dengan teriakan dan salakan anjing-anjing itu. Kucing-kucing kami agak ketakutan waktu itu. Aku memeluk Bubba manakala Ayong memeluk Sinchan. Lalu ku ada berpesan pada anak-anak supaya jangan biarkan tingkap dapur terbuka bimbang kucing-kucing itu keluar bermain dan digigit anjing. Semua tingkap semua ditutup dan kami bimbangkan si Abot ibu kepada Bubba dan Sinchan yang tidak pulang untuk makan. Semasa memeluk Bubba, aku berpesan padanya supaya jangan keluar rumah, nanti diapa-apakan anjing liar tu nanti. Aku bimbangkan Bubba kerana dia agak gemuk, mungkin dia sukar lari menyelamatkan diri.

          Rupanya sudah tersurat agaknya…entah kucing liar mana yang masuk mencari makanan dan membuka tingkap dapur yang menyebabkan Bubba bolos keluar juga. Kata jiran-jiran yang terdengar perkelahian anjing dengan kucing itu pada awal jam 5 pagi. Memang aku dan suami tidak sedar langsung akan bunyi teriakan itu. Jiran sebelah rumahku menghantar whatsapp gambar Bubba yang telah mati di bawah pokok berhampiran kawasan permainannya di belakang rumah untuk kepastian. Ketika itu kami masih di sekolah. Lalu dengan hati yang tidak enak, aku dan suami bergegas pulang ke rumah sementara anak-anak kami tinggalkan sebentar semasa upacara penutupan sukan.

          Tidak dapat aku dan suamiku menahan kesedihan, dan raunganku telah menyentuh hati jiran-jiran yang lain yang turut sama menitiskan airmata melihat tangisanku. Sewaktu aku mengangkat longlai tubuh Bubba yang renyuk digigit anjing sial itu, luka di merata tubuh..ku dakap erat. Maafkan mama Bubba…maafkan mama kerana tak dapat menyelamatkan Bubba..Bubba dah tiada..Bubba dah pergi tinggalkan kami…

Kami terlalu merindui kamu Bubba...♥
 
          Selepas suami selesaikan urusan pengkebumian Bubba, kami bergegas mengambil anak-anak pulang, suami tak mahu anak-anak melihat keadaan Bubba yang menyayat hati..aku tidak dapat menghentikan airmata yang mengalir tanpa putus..mahupun ketika ini..dah seminggu berlalu, kami masih terasa-rasa ngilu kehilangan Bubba…Sinchan juga seperti sentiasa menantikan adiknya di muka pintu…makan pun kurang selera…merindui Bubba.. yang pasti dia juga rasa apa yang kami rasa…

Dan..malam itu, anak-anak tidur dengan linangan airmata…Bai juga tidak dapat tidur hingga beberapa malam, dan suami sering terbangun pada jam 3 hingga 5 pagi ..kerana rindu pada gigitan manja Bubba meminta makan.

Ya Allah.. …Air mata ini tak berhenti mengalir... setiap kali terbayang dan terlihat barang mainannya...buah-buahan kegemarannya..Bai dah tak boleh makan lagi… seolah-olah semangat Bai telah dibawa pergi... Bai sedar Bai harus kuat dan tabah.. dia hanyalah makhluk Allah yang dipinjamkan sementara utk menjadi penghibur kami dikala duka dan bahagia...

     

 
 
 
   
Buah mempelam  kegemarannya

 
 
 
 
 

           Argh…maafkan andai Bai terbawa-bawa         perasaan...rindu ini memang menyeksakan!





 

 

 

Isnin, 3 November 2014

Roti Sarang Lebah Lagi..♥

Assalamualaikum...Hai..

 
Roti Sarang Lebah dalam Cup

       Bai masih bersedih dengan kehilangan Bubba...dalam pada itu, tempahan perlu juga diteruskan. Meskipun tiada lagi Bubba yang selalu menemani ketika Bai mem'baking'..terasa keseorangan semasa menguli roti. Biasanya dia akan selalu lepak di bawah meja, sekali sekala menguit kaki..meminta roti yang harum semerbak ketika dibakar..oww dia memang suka makan roti...menjilat krim keju dll di bekas-bekas yg telah digunakan..Bai akan bagi dia jilat sedikit sahaja, bimbang dia jatuh sakit! Upah temanlah tu...
 
          Hmm..berbalik pada cerita roti...tempahan sebanyak 11 pek diterima dengan Lava Cheese Cake..agak kelam kabut gak..so, saja ambik cuti..tiada hati di tempat kerja..
 

 
 
       Sebekas RM 6.00 sahaja...