Assalamualaikum..
Bubba dalam kenangan...
Sebenarnya
Bai sekeluarga masih lagi diselubungi kesedihan kerana kehilangan Bubba, kucing
hitam putih yang manis pada pagi 1 November 2014 yang lalu. Tak dapat nak
gambarkan kesedihan itu sebenarnya melalui tinta..kerana hati lebih dalam
bergelodak, mata bergenang air bila memikirkan bagaimana dan kenapa Bubba pergi
meninggalkan kami hari itu.
Bubba
anak Abot yang hampir berusia 7 bulan pada 11 november itu tetapi Allah lebih sayangkannya.
Bubba merupakan adik bongsu dari 3 adik beradik. Dia seekor kucing yang manja sekali denganku dan suami. Aku yang menamakannya
Bubba kerana dia lahir dengan lemak geleber diperutnya, sungguh lucu bila terdapat
palitan kecil berwarna putih di dagu
hitamnya itu. Bubba sangat ceria dan pandai mengambil hati, sering
menemani Bai bila membuat kek atau memasak..seronok memasak bila Bubba ada..teman
dikala melipat kain baju…bila petang sentiasa menunggu Bai pulang dari kerja
untuk bermain-main di padang tepi rumah atau di bawah pokok mempelam di
belakang rumah. Dia paling suka makan buah honey dew dan mempelam masak manis
dan sabar menunggu aku mengunyahkan buah-buah itu untuknya..biasanya kami
berkongsi semangkuk buah-buahan bersama-sama bila aku sedang menonton TV atau
minum petang di luar rumah. Bubba mesti berada di sisiku meletakkan dua kaki
hadapanya di riba..sambil menanti dengan sabar bahagiannya…arghh! sedih untuk
dikenang..
11.04.2014 3 beradik ini dilahirkan..Sinchan,Brenda & Bubba
Bila
sedang membaca buku, surat khabar atau membelek buku resepi, Bubba selalu sibuk
menarik perhatianku dengan menggigit kaki, jari jemari, buku atau apa saja yang
ku pegang…Bubba sentiasa ada menemaniku..suamiku juga, sentiasa ditemani Bubba
ketika menyiram, menanam pokok…sambil mengejar rama-rama dan kumbang..main
sorok-sorok di celah rumput dan pokok bunga…penunggu setia waktu anak-anak balik
sekolah, di depan pintu..
Hari
itu…awal pagi, kami kalut dan bergegas ke sekolah kerana anak-anak Bai ada
acara sukan. Jadi Ayong hanya sempat menuangkan bijian makanan kegemaran Bubba
dan kakaknya Sinchan di dapur. Tidak terlintas sesuatu yang buruk akan berlaku
terhadapnya. Pagi sebelum menuruni tangga, kelihatan Sinchan tidur di celah
tirai tingkap namun tidak kelihatan si Bubba. Aku fikir dia keluar rumah untuk
bermain atau membuang air.
Malam
sebelum itu, terdapat 3, 4 ekor anjing liar menceroboh kawasan kuarters kami.
Bingit telinga dengan teriakan dan salakan anjing-anjing itu. Kucing-kucing
kami agak ketakutan waktu itu. Aku memeluk Bubba manakala Ayong memeluk
Sinchan. Lalu ku ada berpesan pada anak-anak supaya jangan biarkan tingkap
dapur terbuka bimbang kucing-kucing itu keluar bermain dan digigit anjing.
Semua tingkap semua ditutup dan kami bimbangkan si Abot ibu kepada Bubba dan
Sinchan yang tidak pulang untuk makan. Semasa memeluk Bubba, aku berpesan
padanya supaya jangan keluar rumah, nanti diapa-apakan anjing liar tu nanti.
Aku bimbangkan Bubba kerana dia agak gemuk, mungkin dia sukar lari
menyelamatkan diri.
Rupanya
sudah tersurat agaknya…entah kucing liar mana yang masuk mencari makanan dan
membuka tingkap dapur yang menyebabkan Bubba bolos keluar juga. Kata
jiran-jiran yang terdengar perkelahian anjing dengan kucing itu pada awal jam 5
pagi. Memang aku dan suami tidak sedar langsung akan bunyi teriakan itu. Jiran
sebelah rumahku menghantar whatsapp gambar Bubba yang telah mati di bawah pokok
berhampiran kawasan permainannya di belakang rumah untuk kepastian. Ketika itu
kami masih di sekolah. Lalu dengan hati yang tidak enak, aku dan suami bergegas
pulang ke rumah sementara anak-anak kami tinggalkan sebentar semasa upacara
penutupan sukan.
Tidak
dapat aku dan suamiku menahan kesedihan, dan raunganku telah menyentuh hati
jiran-jiran yang lain yang turut sama menitiskan airmata melihat tangisanku.
Sewaktu aku mengangkat longlai tubuh Bubba yang renyuk digigit anjing sial itu,
luka di merata tubuh..ku dakap erat. Maafkan mama Bubba…maafkan mama kerana tak
dapat menyelamatkan Bubba..Bubba dah tiada..Bubba dah pergi tinggalkan kami…
Kami terlalu merindui kamu Bubba...♥
Selepas
suami selesaikan urusan pengkebumian Bubba, kami bergegas mengambil anak-anak
pulang, suami tak mahu anak-anak melihat keadaan Bubba yang menyayat hati..aku
tidak dapat menghentikan airmata yang mengalir tanpa putus..mahupun ketika
ini..dah seminggu berlalu, kami masih terasa-rasa ngilu kehilangan Bubba…Sinchan
juga seperti sentiasa menantikan adiknya di muka pintu…makan pun kurang selera…merindui
Bubba.. yang pasti dia juga rasa apa yang kami rasa…
Dan..malam itu, anak-anak
tidur dengan linangan airmata…Bai juga tidak dapat tidur hingga beberapa malam,
dan suami sering terbangun pada jam 3 hingga 5 pagi ..kerana rindu pada gigitan
manja Bubba meminta makan.
Ya Allah.. …Air
mata ini tak berhenti mengalir... setiap kali terbayang dan terlihat barang
mainannya...buah-buahan kegemarannya..Bai dah tak boleh makan lagi… seolah-olah
semangat Bai telah dibawa pergi... Bai sedar Bai harus kuat dan tabah.. dia hanyalah makhluk Allah yang dipinjamkan sementara utk
menjadi penghibur kami dikala duka dan bahagia...
Buah mempelam kegemarannya
Argh…maafkan andai Bai terbawa-bawa perasaan...rindu ini memang menyeksakan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan