Celoteh

Teratak Manis Baizura

Jumaat, 14 November 2014

Kek Span Coklat

Assalamualaikum..hai

 

         Lama tak bersua di sini…maklumlah cuti sekolah dah nak bermula, mulalah tempahan-tempahan kek semakin meningkat. Kerja di ofis makin berkurang namun kena siapkan segala perancangan awal untuk tahun hadapan, skt dan macam-macam hal pentadbiran.

         Kek span ni di tempah oleh pihak sekolah untuk meraikan Majlis Perpisahan Murid-murid bagi tahun 2014. Resepi ni Bai dapat daripada Blog Azlita Masam Manis. Memang menjadi dengan mudah jika diikut baik-baik tips yang Azlita beri.Terima Kasih daun keladi ye Azlita..banyak yang Bai belajar daripada Blog Azlita. Sekarang Bai kongsikan bersama dengan sesiapa saja yang sudi singgah di Blog Bai ni..

Resepi Kek Span Coklat

Bahan

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

tepung kek, baking powder dan serbuk koko disatukan kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun

Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C ..Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit

 

         Kek Span ni Bai buat 2 adunan dengan gunakan loyang bersaiz 10 inci. Alhamdulillah menjadi dengan cantiknye..Bai memang puas hati. You’all bolehlah mencuba resepi kek span ni ye..

Tiada ulasan: