Dari awal tahun lagi Aishah meminta daripada mamanya ini untuk membuat kek coklat moist 2 tiers untuk kek hari jadinya nanti pada 11 April 2014. Terkejut jugalah pada mulanya. Apa tidaknya, siapalah yang nak menghabiskan kek yang agak banyak dengan jumlah famili yang kami ada ini. Rupa-rupanya dia dah pakat dengan cikgu dan kawan kelasnya nak buat parti hari jadi di sekolah. Memandangkan Hari Ulang Tahun Kelahirannya yang ke 12 itu, aku pun mengambil cuti rehat yang tidak rehat langsung untuk :~
- Membawanya ke JPN Cawangan UTC Ipoh untuk buat Mykad..
- Nak membeli gula-gula dan jajan utk goodies birthday party nya ..
- Nak bikin 2 biji kek untuk kek tingkatnya tu..
Fuhhh...banyak benda nak kena buat dalam masa yang tak berapa nak ada...Alhamdulillah lah party tu buat pada hari sabtu, hari berikutnya tu ( kelas tambahan) So hari jumaat, pagi - petang kami buat persiapan ic n goodiesnya saja..malam pula buat kek sampai jam 4 pagi baru siap sepenuhnya. Memang ngantuk dan letih. Namun bila melihat matanya yang bersinar-sinar, aku tak mampu berkata tidak..
Taburan di atas kek tu aku minta Aishah yang buat dan susun sendiri. Nasib baik hiasan tak cerewet. Asal meriah aje.
" Mama ucapkan Selamat Hari Jadi Nur Aishah. Mama doakan agar kamu jadi anak yang solehah, anak yang pintar dan rajin, murah rezeki, anak yang sentiasa di berkati Allah, anak yang sentiasa sayangkan keluarga,mama, abah dan adik serta berguna di dunia dan akhirat...amin ya robbal a'lamin"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan