Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 17 Oktober 2015

Biskut Coklat Cip Ala Chipsmore


Assalamualaikum..

 

Biskut.. biskut.. biskut..biskut lagi…
 
 

Tak jemu-jemu makan biskut. Kali ni Bai buat biskut coklat cipsmore. Memang sedap lah juga. Tak pasal-pasal alat timbang makin naik..hihihi..
 
 

 Resepi ni Bai ubah sikit ikut citarasa. Resepi asalnya Bai ambil dari dapur kak Azlita. Teringin nak rasa yang bercoklat pulak.

 




COKLAT CIP ALA CHIPSMORE
By: Baizura TMJ

 115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang

1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
150 gm tepung gandum

50 gm serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka

 

Mula-mula anda satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam halus dan ayak


Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang. Kemudian gaul rata . dengan senduk kayu atau wisk sahaja. Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje. Kemudian masukkan telur dan vanilla. Adun rata
 
Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata. Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna

Sediakan Loyang. Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi. Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang. Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya. Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C(ikut oven masing-masing). Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies. Bakar selama 15 ~ 18 minit

Bolehlah mencuba. Bai kurangkan kandungan gula halus kepada 90g sebab rasa agak manis  dan bakar dengan suhu 170C..

 

Sangat sedap dicicah bersama milo panas atau milo sejuk.

 

 

        

 

Khamis, 15 Oktober 2015

Kek Coklat Moist Nombor 1


Assalamualaikum..

 

        Lamanya Bai tak online…sibuk sangat dua tiga menjak ni..hati memang selalu rindu nak menjengok blog sendiri, namun apakan daya..banyak sungguh hal yang menghalang.

        Baru-baru ini adalah kawan suami nak tempah kek untuk hari lahir anaknya yang berusia 1 tahun. Libang libu jugak hati, nak ambik tempahan atau tidak. Kawan suami ni namanya Firdaus. Dari zaman bujang hingga dah ada anak, dia tetap setia dengan kek buatan Bai. Rasa serba salah juga nak tolak. Sedangkan Bai sibuk dengan persediaan kursus dan perhimpunan bulanan jabatan, balik rumah memang rasa pewai tak bermaya…

        Suami Bai pujuk buatkan jugaklah kek untuk anak Firdaus yang bertemakan hello kitty dan nombor 1. Berhajat sungguh Firdaus ni. Bai terus terang tak pernah buat kek nombor-nombor atau hello kitty ni..hmm..cubalah juga. Letih Allah sahaja yang tahu.
 
 

        Nilah yang orang kata agaknya..bila kita letih, otak lesu..fokus kita hilang dan tak dapat kesan kesilapan bodoh yang tidak sepatutnya kita buat. Bai tak dapat kesan pun kek nombor yang Bai siapkan sebenarnya terbalik. Semasa nak ambil gambar, memang rasa macam ada yang tak kena dengan nombor tu tapi sebab dah letih dan mengantuk..jadi Bai abaikan perasaan itu. Semasa mata nak pejam atas bantal, tiba-tiba terbayang-bayang nombor tu.. terbalik rupanya..hmm Bai tertidur dengan kesalan yang meresahkan.
 

      
        Keesokan pagi tu, sebelum ke tempat kerja, Bai buka kotak kek..sambil termenung…dah terlambat nak buat pembetulan..aduhai..jadi inilah pengajaran buat diri Bai, kekhilafan ini boleh meruntun hati…semoga tidak berulang lagi. Firdaus nak datang ambil kek malam tu jugak, tak dapat nak betulkan apa-apa dah..mohon ampun maaf jelah yang akak mampu dik..!

 
        Pesan Bai..kalau kita tak betul-betul sedia nak siapkan tempahan..jangan paksa diri nak mengambil tempahan tersebut. Mungkin dah tersurat, bukan rezeki kita. Nanti jadilah kesilapan seperti apa yang telah Bai lakukan. Fokus dan tenaga sangat penting kepada kita ‘homebakers’ ni..faktor umur juga main peranan juga, muda-muda dulu bolehlah bersengkang mata tak tidur 2-3 hari..sekarang ni kena jaga jugalah…takut dapat darah tinggi dan sebagainya..

 
        Suami Bai cuba sejukkan hati..takpelah..kek comel dan cantik jugalah walaupun nombornya terbalik..anggap jelah ‘mirror reflection’..huhuhu..Allah saja yang tahu hati kita ni..