Celoteh

Teratak Manis Baizura

Khamis, 15 Oktober 2015

Kek Coklat Moist Nombor 1


Assalamualaikum..

 

        Lamanya Bai tak online…sibuk sangat dua tiga menjak ni..hati memang selalu rindu nak menjengok blog sendiri, namun apakan daya..banyak sungguh hal yang menghalang.

        Baru-baru ini adalah kawan suami nak tempah kek untuk hari lahir anaknya yang berusia 1 tahun. Libang libu jugak hati, nak ambik tempahan atau tidak. Kawan suami ni namanya Firdaus. Dari zaman bujang hingga dah ada anak, dia tetap setia dengan kek buatan Bai. Rasa serba salah juga nak tolak. Sedangkan Bai sibuk dengan persediaan kursus dan perhimpunan bulanan jabatan, balik rumah memang rasa pewai tak bermaya…

        Suami Bai pujuk buatkan jugaklah kek untuk anak Firdaus yang bertemakan hello kitty dan nombor 1. Berhajat sungguh Firdaus ni. Bai terus terang tak pernah buat kek nombor-nombor atau hello kitty ni..hmm..cubalah juga. Letih Allah sahaja yang tahu.
 
 

        Nilah yang orang kata agaknya..bila kita letih, otak lesu..fokus kita hilang dan tak dapat kesan kesilapan bodoh yang tidak sepatutnya kita buat. Bai tak dapat kesan pun kek nombor yang Bai siapkan sebenarnya terbalik. Semasa nak ambil gambar, memang rasa macam ada yang tak kena dengan nombor tu tapi sebab dah letih dan mengantuk..jadi Bai abaikan perasaan itu. Semasa mata nak pejam atas bantal, tiba-tiba terbayang-bayang nombor tu.. terbalik rupanya..hmm Bai tertidur dengan kesalan yang meresahkan.
 

      
        Keesokan pagi tu, sebelum ke tempat kerja, Bai buka kotak kek..sambil termenung…dah terlambat nak buat pembetulan..aduhai..jadi inilah pengajaran buat diri Bai, kekhilafan ini boleh meruntun hati…semoga tidak berulang lagi. Firdaus nak datang ambil kek malam tu jugak, tak dapat nak betulkan apa-apa dah..mohon ampun maaf jelah yang akak mampu dik..!

 
        Pesan Bai..kalau kita tak betul-betul sedia nak siapkan tempahan..jangan paksa diri nak mengambil tempahan tersebut. Mungkin dah tersurat, bukan rezeki kita. Nanti jadilah kesilapan seperti apa yang telah Bai lakukan. Fokus dan tenaga sangat penting kepada kita ‘homebakers’ ni..faktor umur juga main peranan juga, muda-muda dulu bolehlah bersengkang mata tak tidur 2-3 hari..sekarang ni kena jaga jugalah…takut dapat darah tinggi dan sebagainya..

 
        Suami Bai cuba sejukkan hati..takpelah..kek comel dan cantik jugalah walaupun nombornya terbalik..anggap jelah ‘mirror reflection’..huhuhu..Allah saja yang tahu hati kita ni..




 

 

Tiada ulasan: