Assalamualaikum..
Musim hujan datang lagi..kawasan di
negeri-negeri banjir dah bersiap siaga..semoga tahun ini tidak teruk seperti
tahun lepas. Bersabarlah dengan ujian Allah. Sungguh mencabar apabila hendak
memulihkan sesuatu yang telah rosak dengan begitu teruk. Apa pun Bai doakan
semoga mangsa-mangsa banjir tabah dan diberi kemudahan dalam segala urusan
dunia dan akhirat serta dimurahkan rezeki.
Apa yang nak Bai
luahkan mungkin akan ada pelbagai pandangan pro dan kontra. Namun ini adalah
apa yang Bai dan kebanyakan orang rasa. Topik bersedekah. Bai seringkali
merasakan sesuatu dalam ulu hati sendiri apabila melintas di hadapan peminta
sedekah yang buta dan peminta derma di pintu-pintu mesin ATM. Kalau dahulu Bai
akan berikan wang kepada anak-anak Bai untuk meletakkan wang dalam bekas atau
tabung yang disediakan mereka. Namun pada hari ini Bai Cuma dapat memandang dan
berdoa semoga mereka beroleh wang yang banyak dan dimurahkan rezeki mereka yang
memerlukan.
Bai sangat-sangat
merasakan keadaan masa kini memang susah untuk kita bersedekah. Mana tidaknya,
gaji yang dapat memang cukup-cukup makan. Tiada lebihan pun untuk disimpan pada
masa hadapan. Tahun hadapan kita semua bakal merasai kegetiran hidup yang lebih
meruncing. Bagaimanalah yang mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada
Bai, yang hanya kais pagi untuk makan pagi, kais petang untuk makan petang..semoga
Allah sahaja yang dapat mencukupkan rezeki kami dan limpah ruahkanlah rezeki
untuk kami bagi meneruskan hidup ini.
Bai memang bertungkus
lumus untuk keselesaan keluarga. Habis kerja, bergelumang dengan kek-kek
tempahan yang semakin hari semakin berkurangan. Bai faham, kita masing-masing
ikat perut dan menahan keinginan untuk sesuatu. Dan tak perlulah kita dengan
bangganya mengatakan bahawa orang itu pegawai tinggi, gajinya banyak, orang itu
berniaga maju sedangkan dia menghadapi waktu sukar sama seperti orang yang
lain, tidak pula kita dapat bantu.
Di pejabat, ramai
yang membawa bekal untuk sarapan dan makan tengahari. Tidak terkecuali Bai
sendiri, adakalanya bancuh air dan cicah biskut. Anak-anak dibekalkan makanan
dari rumah, wang saku dikurangkan. Namun belanja-belanja lain seperti minyak
kereta, tol dan barang dapur semakin naik. Aduhai, bagaimana nak bantu
meringankan bebanan orang yang susah, kita sendiri pun bergelut. Elaun pemimpin-pemimpin
Negara naik saban tahun. Banyak manalah kenaikan gaji tahunan penjawat awam
setiap tahun. Alangkah bagusnya jika mereka dapat merasai kegetiran rakyat
bawahan seperti kami.
Bukan Bai tidak
bersyukur dengan apa yang ada sekarang, namun terfikir juga kepada orang yang
lebih susah dan sengsara dari diri dan keluarga ini. Macam mana nak bantu orang
lain yang kesusahan..nak simpan wang pun tak boleh kerana gaji tiada berbaki lagi
di pertengahan bulan..hmm!!
Cupcake ini di tempah
pada saat-saat akhir. Hari ni tempah esok nak..hmm..Bai Cuma tolong memenuhi
hajat orang sahaja. Bukan nak merungut pulak..Letih memang letih weihh..balik
kerja dah kena buat kek..untung pun tak seberapa, sedikit pun wang jugak. Namun Bai puas hati dapat
tunaikan hajat dan harapan orang dan yang paling penting, orang gembira!!
Asta La Vista..