Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 30 November 2015

Kek Comel Untuk Hantaran



Assalamualaikum..

 
 
       Musim hujan datang lagi..kawasan di negeri-negeri banjir dah bersiap siaga..semoga tahun ini tidak teruk seperti tahun lepas. Bersabarlah dengan ujian Allah. Sungguh mencabar apabila hendak memulihkan sesuatu yang telah rosak dengan begitu teruk. Apa pun Bai doakan semoga mangsa-mangsa banjir tabah dan diberi kemudahan dalam segala urusan dunia dan akhirat serta dimurahkan rezeki.

         Apa yang nak Bai luahkan mungkin akan ada pelbagai pandangan pro dan kontra. Namun ini adalah apa yang Bai dan kebanyakan orang rasa. Topik bersedekah. Bai seringkali merasakan sesuatu dalam ulu hati sendiri apabila melintas di hadapan peminta sedekah yang buta dan peminta derma di pintu-pintu mesin ATM. Kalau dahulu Bai akan berikan wang kepada anak-anak Bai untuk meletakkan wang dalam bekas atau tabung yang disediakan mereka. Namun pada hari ini Bai Cuma dapat memandang dan berdoa semoga mereka beroleh wang yang banyak dan dimurahkan rezeki mereka yang memerlukan.

         Bai sangat-sangat merasakan keadaan masa kini memang susah untuk kita bersedekah. Mana tidaknya, gaji yang dapat memang cukup-cukup makan. Tiada lebihan pun untuk disimpan pada masa hadapan. Tahun hadapan kita semua bakal merasai kegetiran hidup yang lebih meruncing. Bagaimanalah yang mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada Bai, yang hanya kais pagi untuk makan pagi, kais petang untuk makan petang..semoga Allah sahaja yang dapat mencukupkan rezeki kami dan limpah ruahkanlah rezeki untuk kami bagi meneruskan hidup ini.
 

         Bai memang bertungkus lumus untuk keselesaan keluarga. Habis kerja, bergelumang dengan kek-kek tempahan yang semakin hari semakin berkurangan. Bai faham, kita masing-masing ikat perut dan menahan keinginan untuk sesuatu. Dan tak perlulah kita dengan bangganya mengatakan bahawa orang itu pegawai tinggi, gajinya banyak, orang itu berniaga maju sedangkan dia menghadapi waktu sukar sama seperti orang yang lain, tidak pula kita dapat bantu.
 

         Di pejabat, ramai yang membawa bekal untuk sarapan dan makan tengahari. Tidak terkecuali Bai sendiri, adakalanya bancuh air dan cicah biskut. Anak-anak dibekalkan makanan dari rumah, wang saku dikurangkan. Namun belanja-belanja lain seperti minyak kereta, tol dan barang dapur semakin naik. Aduhai, bagaimana nak bantu meringankan bebanan orang yang susah, kita sendiri pun bergelut. Elaun pemimpin-pemimpin Negara naik saban tahun. Banyak manalah kenaikan gaji tahunan penjawat awam setiap tahun. Alangkah bagusnya jika mereka dapat merasai kegetiran rakyat bawahan seperti kami.
 

         Bukan Bai tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang, namun terfikir juga kepada orang yang lebih susah dan sengsara dari diri dan keluarga ini. Macam mana nak bantu orang lain yang kesusahan..nak simpan wang pun tak boleh kerana gaji tiada berbaki lagi di pertengahan bulan..hmm!!

          Alhamdulillah Bai ada sedikit kemahiran yang Allah pinjamkan ini untuk ikhtiar hidup memjana pendapatan keluarga. Kena pandai pusing-pusing wang untuk memenuhi keperluan keluarga. Ada tempahan bermakna adalah sedikit wang tambahan untuk anak-anak yang masih bersekolah.

        
           Cupcake ini di tempah pada saat-saat akhir. Hari ni tempah esok nak..hmm..Bai Cuma tolong memenuhi hajat orang sahaja. Bukan nak merungut pulak..Letih memang letih weihh..balik kerja dah kena buat kek..untung pun tak seberapa, sedikit pun wang jugak. Namun Bai puas hati dapat tunaikan hajat dan harapan orang dan yang paling penting, orang gembira!!
 
 
 
Asta La Vista..



 
 



Tiada ulasan: