Celoteh

Teratak Manis Baizura

Ahad, 10 April 2016

Kek Birthday Aishah yang ke 14 Tahun!!


Assalamualaikum
 
 
 Happy Birthday Aishah!!

Semalam Bai berhempas pulas nak siapkan kek birthday seperti yang diminta oleh anak Bai ni Nur Aishah bt Tauhidlailatul Qadar. Esok genaplah dia si manis 14..
 
 
 
Aishah ni seorang yang periang, peramah, baik hati dan juga pemarah. Mungkin sebab dia anak sulung, maka dia bersifat begitu. Kenakalannya memang menjadi mimpi ngeri kami sekeluarga..hahaha..namun aku sayang sungguh anak bertuah ni!
Mama doakan semoga Aishah sentiasa dilindungi Allah SWT daripada segala mala petaka, kesusahan , gangguan syaitan dan gangguan manusia berhati jahat. Semoga jalan hidupmu sentiasa diberkati Allah, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, menjadi anak yang solehah, anak yang hormat dan sayangkan ibubapanya, berjaya di dunia dan di akhirat…
 
Nak sangat letakkan nama kawan baiknya yang beza sehari dengan Aishah!! Layankan jer..
 
 
Mama, Abah dan Adik sayang Ayong..
moga ayong suka dengan kek yang mama buat khas untuk ayong ini ye..Kek Coklat Moist 9", tak mau belah lapis dengan inti apa-apa..nak seketul macam tu saja..dia memang tak banyak kerenah, tapi tapi kalau itu katanya, itulah yang dibuatnya..tak usahlah disuruh dipaksa..hmm..katanya, mama tak usahlah hadiahkan apa-apa lagi sebab mama dah buatkan kek yang cantik ni untuknya..
Ayong nak raikan hari ulang tahun kelahirannya di sekolah, nak makan dengan kawan-kawannya..

 

       

 

 

Untuk tempahan sila wasap 012-5980060..

 

Jumaat, 8 April 2016

Puding Trifle Kek Coklat Moist Jeli Epal..


Assalamualaikum,

 

Puding Trifle Kek Coklat Moist Jeli Epal…

 
Teringin sungguh nak makan lagi. Kali ini permintaan daripada jiran yang teringin nak makan lagi selepas suaminya bawa pulang sedikit selepas jamuan di pejabat tempohari.
 

Bai cari jeli perisa oren namun tiada, jadi perisa epal pun bolehlah..hehehe         

Jika teringin nak buat, Bai dah pernah upload di entri bulan Mac 2016. Bolehlah cuba. Cuma kali ini Bai pekatkan lagi adunan kastadnya agar senang dipotong dan dihidangan di dalam piring. Bai tambah ¼ cawan tepung kastadnya.
 
Banyak juga Bai dapat dalam 1 resepi ini jadi Bai hantarkan kepada jiran-jiran yang berdekatan dalam bekas yang kecil sedikit. Musim sekarang kan panas merecik..sedap telan puding ni sejuk-sejuk..hmm..
 
 



 

Selasa, 5 April 2016

Balik Kampung Bersama TheO


Assalamualaikum,

 

          Dalam kesibukan mengejar dateline tugas, Bai sering teringat blog yang Bai tinggalkan sementara waktu. Teringat-ingat juga nak buka dan update bila stress datang atau kepala otak dah jem. Tapi itulah..bila buka pasti Bai akan hanyut..hihi

          1 April lalu Bai sekeluarga balik ke Perlis. Balik sekejap je pun. Kerinduan pada bonda Lebar tak dapat ku tahankan lagi bila dia mula bikin ayat sedih dalam whatsapp dan FB..haha..bukan apa takut jatuh berdosa atau derhaka je. Yelah, baru dapat gaji, bolehlah pulang ke kampung, balik lepas tu lain cerita..

 
 
 
 
          Sedih juga bila tengok pokok Harumanis kali ini tak menjadi. Mungkin cuaca panas melampau menyebabkan putik bunga luruh. Mungkin awal lagi, tetapi nampak buah yang ada macam tak berapa nak besar elok. Tapi agak mengejutkan jugalah bila ronda-ronda bahagian belakang rumah Mak, buah pelam Sala meluyut-luyut dibuai angin. Rupanya Mak tak perasan pun ada buah, mulalah mak memaksa Bai memetik buah pulak di tengah panas merecik ni..berperang dengan kerengga yang bersarang berhampiran buah. Mak mengekek ketawa melihat Bai melompat-lompat, menjerit kesakitan di kokak kerengga.

        Sebenarnya Bai dan suamilah yang suka dengar gelak ketawa mak. Mak Bai ni dah tak kuat sangat berdiri..pastu dia asyik mengheret kerusi plastik ke mana saja dia pergi. Duduk bawah pokok asam jawa manis, sambil mengupas kulit asam, golek-golekkan buah nyiok kumpul satu tempat. Bai masih terkinja-kinja menepis serangan kerengga. Bila semua dah terkumpul, mak tersenyum kepuasan.
 
 
          Balik kali ini, kami bawa si Theo, nak bagi mak usap-usap kucing gedempol ni agar terhibur dan lepaskan rasa kerinduan terhadap Tambi yang telah pergi mengadap penciptanya. Memang mak minta anak kucing, tapi mengenangkan adik Bai nak balik berpantang di sana, Bai memberikan alasan akan bagi si Theo kembali semasa hari raya nanti. Bai nak ‘kasi’kan Theo terlebih dahulu supaya kejadian yang menimpa Tambi tidak akan berulang kepada Theo.
 
 

          Memang seronok meluangkan masa dengan mak. Adik-adik macam tulah, sibuk dengan kerja masing-masing. Dapat makan ikan keli goreng dengan mak di Restoran Pokok Sawa, makan aiskrim di Gua Kelam, makan malam di Restoran . Masa memang suntuk, namun penuh terisi dengan mak. Dalam pada tu sempat juga meninjau Nat Sabtu Balai Baru dan Nat Ahad Pokok Getah di Pauh.  
 
 comel tak saya!!

 
           Sambil lalu ke Gua Kelam, tengok tasik susut airnya. Lama tak hujan kata mak. Empangan Tasik Timah Tasoh menjadi kering…Kemain Mak posing atas dasar tasik tu, siap boleh parking kereta..huhu
 
 


 

Sekianlah coretan kali ini..memang seronok balik kampung. Ada rezeki, kami pulang lagi..