Celoteh

Teratak Manis Baizura

Selasa, 5 April 2016

Balik Kampung Bersama TheO


Assalamualaikum,

 

          Dalam kesibukan mengejar dateline tugas, Bai sering teringat blog yang Bai tinggalkan sementara waktu. Teringat-ingat juga nak buka dan update bila stress datang atau kepala otak dah jem. Tapi itulah..bila buka pasti Bai akan hanyut..hihi

          1 April lalu Bai sekeluarga balik ke Perlis. Balik sekejap je pun. Kerinduan pada bonda Lebar tak dapat ku tahankan lagi bila dia mula bikin ayat sedih dalam whatsapp dan FB..haha..bukan apa takut jatuh berdosa atau derhaka je. Yelah, baru dapat gaji, bolehlah pulang ke kampung, balik lepas tu lain cerita..

 
 
 
 
          Sedih juga bila tengok pokok Harumanis kali ini tak menjadi. Mungkin cuaca panas melampau menyebabkan putik bunga luruh. Mungkin awal lagi, tetapi nampak buah yang ada macam tak berapa nak besar elok. Tapi agak mengejutkan jugalah bila ronda-ronda bahagian belakang rumah Mak, buah pelam Sala meluyut-luyut dibuai angin. Rupanya Mak tak perasan pun ada buah, mulalah mak memaksa Bai memetik buah pulak di tengah panas merecik ni..berperang dengan kerengga yang bersarang berhampiran buah. Mak mengekek ketawa melihat Bai melompat-lompat, menjerit kesakitan di kokak kerengga.

        Sebenarnya Bai dan suamilah yang suka dengar gelak ketawa mak. Mak Bai ni dah tak kuat sangat berdiri..pastu dia asyik mengheret kerusi plastik ke mana saja dia pergi. Duduk bawah pokok asam jawa manis, sambil mengupas kulit asam, golek-golekkan buah nyiok kumpul satu tempat. Bai masih terkinja-kinja menepis serangan kerengga. Bila semua dah terkumpul, mak tersenyum kepuasan.
 
 
          Balik kali ini, kami bawa si Theo, nak bagi mak usap-usap kucing gedempol ni agar terhibur dan lepaskan rasa kerinduan terhadap Tambi yang telah pergi mengadap penciptanya. Memang mak minta anak kucing, tapi mengenangkan adik Bai nak balik berpantang di sana, Bai memberikan alasan akan bagi si Theo kembali semasa hari raya nanti. Bai nak ‘kasi’kan Theo terlebih dahulu supaya kejadian yang menimpa Tambi tidak akan berulang kepada Theo.
 
 

          Memang seronok meluangkan masa dengan mak. Adik-adik macam tulah, sibuk dengan kerja masing-masing. Dapat makan ikan keli goreng dengan mak di Restoran Pokok Sawa, makan aiskrim di Gua Kelam, makan malam di Restoran . Masa memang suntuk, namun penuh terisi dengan mak. Dalam pada tu sempat juga meninjau Nat Sabtu Balai Baru dan Nat Ahad Pokok Getah di Pauh.  
 
 comel tak saya!!

 
           Sambil lalu ke Gua Kelam, tengok tasik susut airnya. Lama tak hujan kata mak. Empangan Tasik Timah Tasoh menjadi kering…Kemain Mak posing atas dasar tasik tu, siap boleh parking kereta..huhu
 
 


 

Sekianlah coretan kali ini..memang seronok balik kampung. Ada rezeki, kami pulang lagi..
 
 
 

 

       





Tiada ulasan: