Assalamualaikum
Semalam Bai berhempas pulas nak siapkan kek birthday seperti
yang diminta oleh anak Bai ni Nur Aishah bt Tauhidlailatul Qadar. Esok genaplah
dia si manis 14..
Aishah ni seorang yang periang, peramah, baik hati dan juga pemarah. Mungkin
sebab dia anak sulung, maka dia bersifat begitu. Kenakalannya memang menjadi
mimpi ngeri kami sekeluarga..hahaha..namun aku sayang sungguh anak bertuah ni!
Mama doakan semoga Aishah sentiasa dilindungi Allah SWT daripada
segala mala petaka, kesusahan , gangguan syaitan dan gangguan manusia berhati
jahat. Semoga jalan hidupmu sentiasa diberkati Allah, dimurahkan rezeki yang
melimpah ruah, menjadi anak yang solehah, anak yang hormat dan sayangkan
ibubapanya, berjaya di dunia dan di akhirat…
Nak sangat letakkan nama kawan baiknya yang beza sehari dengan Aishah!! Layankan jer..
Mama, Abah dan Adik sayang Ayong..
moga ayong suka dengan kek yang mama buat khas untuk ayong ini ye..Kek Coklat Moist 9", tak mau belah lapis dengan inti apa-apa..nak seketul macam tu saja..dia memang tak banyak kerenah, tapi tapi kalau itu katanya, itulah yang dibuatnya..tak usahlah disuruh dipaksa..hmm..katanya, mama tak usahlah hadiahkan apa-apa lagi sebab mama dah buatkan kek yang cantik ni untuknya..
Ayong nak raikan hari ulang tahun kelahirannya di sekolah, nak makan dengan kawan-kawannya..
Untuk tempahan sila wasap
012-5980060..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan