Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 24 September 2016

Kek Lemon Gebu Berkrim

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


 
Hari ni kek lemon kauu...huhu..ada dua biji lemon dalam peti ais..beli nak buat air detox..simpan dekat dua minggu dah tak terdetox lagi huhu..alih-alih teringatkan gambar kek lemon adikku yang tinggal di Kuantan baru -baru ini..apalagi terus menggodek kek laa..
 
 
Kek ni rasa tak masam pun, tapi lemonnya memang terasa. Teksturnya sangat gebu dan lembab. Meh Bai kongsikan resepinya di bawah.. 


 
Resepi Kek Lemon Gebu Berkrim
by Baizura
 
 
 
Bahan
 
225g Butter @ mentega
250g gula kastor
3 biji telur
350g tepung naik sendiri
1 biji kulit lemon yang diparut
3sdbesar jus lemon
125ml susu segar
1 sdkecil esen lemon
1@ 2 titik pewarna kuning lemon
1 sdbesar poppy seed jika suka
 
Cara
 
1. Panaskan oven 165/170'C selama 10 minit. Bai gunakan api atas bawah dan letakkan Loyang di bahagian paling bawah sebab oven Bai panas sangat di bahagian atas. ( Ikut oven masing-masing ye, kenali oven anda ceewaah!)
 
2. Pukul butter dengan gula hingga kembang, masukkan gula sebiji demi sebiji.Masukkan esen dan pewarna. Kalau nak masukkan poppy seed bolehlah waktu ni..Bai tak letak sebab dah tak ada stok.
 
3. Masukkan separuh tepung, pukul hingga sebati, masukkan kulit lemon dan jus, pukul rata. Masukkan susu separuh, tepung, susu dan akhir sekali tepung. Pukul rata.
 
4. Gris loyang 8 inci bulat, lapikkan kertas minyak dan gris kertas tersebut. Tuangkan adunan kek dan bakar hingga masak.
 
5. Kalau bahagian atas kek dah garing, cucuk condong bahagian tengah kek untuk pastikan kek dah masak ke belum..kalau belum, tutup atas kek dengan kertas foil untuk elak rentong. Tak ada kertas foil tu, tutup dengan tudung periuk pun boleh..
 
 
 
Bolehlah cuba buat..senang sangat..
 

Ahad, 18 September 2016

Kek Marble Vanilla, Strawberi dan Kopi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selepas balik berhari raya korban baru-baru ini, apapun kekudap tak ada nak dimakan. Yelah masa balik kampung tempohari, memang banyaklah kek dan biskut raya 2 jenis di dapur.
 
Teringat adik-adik dan bonda yang nak makan kek marble..bila balik di rumah sendiri, dah tak ada apa yang nak digerit..apalagi, merayu-rayulah minta buatkan kek marble. Katanya tak puas makan sebab merebut-rebut makan, padahal, diorang yang ralit bermain dengan sepupu sepapatnya. Jadi, buatkanlah juga walaupun penat tak habis lagi. Cuma kali ini Bai tukarkan coklat kepada kopi..

Kek Marble diterbalikkan untuk proses penyejukan..

 
 

 

Potongan di bahagian tengah
 
 
Hmm..memang harum satu rumah..kopi kann..huhuhu..rasa tak sabar nak ngap pabila keluarkan dari oven. Huhu..makan dengan nescafe..apa nak kata..


 
 
 
Kek marble ni memang sangat moist. Kalau nak simpan, boleh saja balutkan dengan pembalut makanan plastic dan simpan di tempat sejuk sahaja bukan yang beku tau. Sebelum dihidangkan, biar ke suhu bilik  baru makan.
 


 
 
Nak cuba, boleh saja tengok kat resepi  kek marble yang sebelum ini..u all boleh je tukar-tukar perisa dan warna ikut kesukaan. Macam Bai, suka 3 perisa iaitu Vanilla - dengan warna plain, Strawberi - emulco strawberi dan pewarna merah dan Kopi - bai guna emulco kopi dan sedikit pewarna coklat nak bagi gelap sikit warna kopinya tu..
 
 
Kek-kek sebegini memang layan kan..dari zaman Bai kecil dahulu hinggalah turun ke anak-anak..memang tak jemu.