Selepas balik berhari raya korban baru-baru ini, apapun kekudap tak ada nak dimakan. Yelah masa balik kampung tempohari, memang banyaklah kek dan biskut raya 2 jenis di dapur.
Teringat adik-adik dan bonda yang nak makan kek marble..bila balik di rumah sendiri, dah tak ada apa yang nak digerit..apalagi, merayu-rayulah minta buatkan kek marble. Katanya tak puas makan sebab merebut-rebut makan, padahal, diorang yang ralit bermain dengan sepupu sepapatnya. Jadi, buatkanlah juga walaupun penat tak habis lagi. Cuma kali ini Bai tukarkan coklat kepada kopi..
Kek Marble diterbalikkan untuk proses penyejukan..
Potongan di bahagian tengah
Hmm..memang harum satu rumah..kopi kann..huhuhu..rasa tak sabar nak ngap pabila keluarkan dari oven. Huhu..makan dengan nescafe..apa nak kata..
Kek marble ni memang sangat moist. Kalau nak simpan, boleh saja balutkan dengan pembalut makanan plastic dan simpan di tempat sejuk sahaja bukan yang beku tau. Sebelum dihidangkan, biar ke suhu bilik baru makan.
Nak cuba, boleh saja tengok kat resepi kek marble yang sebelum ini..u all boleh je tukar-tukar perisa dan warna ikut kesukaan. Macam Bai, suka 3 perisa iaitu Vanilla - dengan warna plain, Strawberi - emulco strawberi dan pewarna merah dan Kopi - bai guna emulco kopi dan sedikit pewarna coklat nak bagi gelap sikit warna kopinya tu..
Kek-kek sebegini memang layan kan..dari zaman Bai kecil dahulu hinggalah turun ke anak-anak..memang tak jemu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan