Salam Sejahtera,
Hari ini ada Perhimpunan Bulanan Opis Bai. Jemputan penceramah pada kali ini adalah daripada AKPK iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit yang merupakan anak syarikat milik penuh Bank Negara.
Barulah Bai tahu adanya satu agensi yang memberi khidmat nasihat dan kaunseling untuk menangani masalah keberhutangan individu tanpa dikenakan sebarang bayaran malah mereka bertugas sebagai orang tengah untuk berunding dengan pihak bank atau peminjam.
Kita sedia maklum sebenarnya peranan institusi-institusi kewangan yang menyediakan kemudahan pinjaman terutamanya kepada individu-individu yang mengalami krisis kewangan. Kemudahan tersebut biasanya kita tahu dalam bentuk kad kredit, kad caj dan dana peribadi. Sudah tentu kita sedar juga tentang bayaran faedah yang akan dikenakan.
Sebagai peminjam, apa yang mebezakan dia itu seorang yang celik kewangan atau tidak adalah ketika dia membuat keputusan yang bijak untuk menguruskan perbelanjaan!. Semasa mendengar ceramah pagi tadi, memang menbuatkan Bai terjaga dari lena yang panjang. Siapa yang tak pernah berhutang..Bai juga salah seorang penghutang terbesar kad kredit dan pinjaman untuk membayar kad kredit dan faedahnya. Huuh!...berdebar rasanya bila mendengar perkataan M.U.F.L.I.S...@ B.A.N.K.R.A.P...!!
Terfikir juga untuk bertemu dengan pihak kaunselor AKPK ini. Lagi awal lagi bagus. Ini kerana Bai rasa letih memikirkan bagaimana hendak menimbus lubang kad kredit setiap bulan. Bai bukan sorang yang saja suka-suka berbelanja yang bukan-bukan, namun akan pasti terselit juga barang-barang yang tak perlu membeli ketika itu secara mendadak. Apatah lagi ketika ini suami sudah tidak bekerja kerana masalah kerenah di tempat kerja dan masalah pengasuh anak. Menulis dari pengalaman sendiri..hehehe..
Apa yang Bai fikirkan agaknya..ketika memohon kad kredit semasa baru dua tahun bekerja sebagai penjawat awam pada tahun 2002. Adakah ketika itu Bai perlukan kad keramat itu untuk menampung minyak kereta dan lampin, susu anak kecil? atau lambang status hidup. hmm..memang Bai akui bahawa ketika itu terlalu banyak 'outstation' dalam tugas sebagai penolong pegawai. Bahagian sukan pula tu, ada saja mesyuarat-mesyuarat, sebagai pegawai penyelaras mahupun wakil pengarah di kementerian, kursus-kursus jauh daripada jabatan. Pastinya memerlukan perbelanjaan luar jangkaan!. Pegawai cabuk ni mana ada elaun keraian, lainlah kalau pegawai atasan. Hmm..Bai memang perlulah kad keramat itu. Dapatlah satu kad Visa satu lagi kad Master. Setiap bulan Bai hanya bayar minimum kerana merasakan itulah kelebihan ber kad kredit, guna banyak, bayar sikit. Ceteknya pemikiran!!! beberapa tahun kemudian, tambah satu lagi kad kredit dari bank yang berlainan.@;@
Kadang kala kita ni memang mengambil mudah setiap perkara. Dah tak tahu, malu bertanya.. sampai satu ketika, kita dah tak mampu kejar kerana kita hanya membayar faedah sahaja, belum lagi jumlah RM yang dipinjam. Apalagi, buat pinjaman peribadi untuk tampung hutang kad kredit yang tertunggak beribu-ribu lemon tu...hmm..biasalah..faedah dalam 5%..kerja gila!!tinggi tuu. Nak buat macam mana, hutang harus dilunaskan. Selesai hutang satu kad kredit, Bai terus mansuhkannya. ooii ingat senang ke nak mansuh kad kredit. Banyak songel la pulak, kena isi borang pembatalan kad kredit dan alasan-alasannya.
So, sekarang ni keperluan Bai jatuh kepada sangat-sangat memerlukan kad kredit sebagai 'back up' setiap bulan. Dengan keadaan tuntutan kewangan keluarga yang semakin tinggi. Anak-anak dah besar, perlu tuisyen, perlu hantar sekolah pergi balik ( minyak lagi), duit belanja sekolah, ke sana ke sini.Takkan nak minta tolong mak ayah lagi bila dah berkeluarga, dah tua pulak tu..hehe. Dalam celah-celah tu juga, kereta iswara aeroback yang setia itu pun mula sakit tenat. Maklumlah, dia pun sama umur anakku yang sulung.
Nak cerita sikit pengalaman paling ngeri selepas eksiden berjemaah berhampiran terowong menora pada tahun 2011. Pada 2012 Kereta Iswara ini rosak di lebuhraya di tengah-tengah bukit agak-agak lagi 3 km nak sampai ke RnR Sungai Perak. Kami dari kampung di Perlis nak pulang ke Tronoh. Jam menunjukkan hampir 3.30 pagi ketika itu. Radiator punah, berasap-asap kereta tu di tengah kegelapan yang pekat. Nasib baik jugalah ada kereta kerap lalu lalang,( kuranglah sikit ketakutan) dalam sejam menyejukkan enjin kereta di tepi highway ada 'tow car' sesat. Alhamdulillah, ditunda hingga ke RnR Sungai Perak. Nasib ada sikit wang dalam dompet. Dipendekkan cerita, kereta Iswara Bai ni ditunda lagi sehingga lah ke Seputeh dengan 'tow car' yang lain daripada RnR Sg.Perak . Lesap jugalah beberapa ratus di situ, belum lagi hal pembaikan lagi. Dugaannnn...!
Selepas tu kereta Iswara tu sentiasa saja sakit. Hampir setiap bulan ada saja yang perlu dibaiki. Dah lah perbelanjaan keluargaku pun gawat!. Jadi selepas sekeluarga berbincang, kami perlukan kereta baru (Grand Livina) untuk pulang menjenguk orang tua yang masih ada ( dua-dua belah ada di Utara). Memang susahlah juga untuk membuat hutang lagi dengan pinjaman kereta. Apapun kami dah setuju untuk ikat perut.:( Tolak kereta lama, tampung kereta baru, tambah hutang baru. Ini pun salah satu keperluan(kaki) juga kan.
Jadi mahu tak mahu, kad kredit ada juga berperanan membantu kewangan Bai di kala tak nampak jalan untuk meneruskan hidup. Memang susah, tapi selagi bernyawa, kita kena berusaha dan berdoakan...?
Jadi terlanjur berbicara topik ini, memang banyak bermuhasabah. Kerjaya penjawat awam ni, kalau tidak berhutang, memang tidak sah. Kita terikat dengan pekeliling dan etika kerja. Dengan tuntutan hidup yang semakin tinggi, nilai matawang rendah, kita terpaksa bekerja sampingan untuk lunaskan hutang. Namun ada saja halangan untuk mencari kehidupan yang selesa. Penjawat awam tak boleh sewenang-wenangnya berbisnes!!!. menurut peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 kena minta kebenaran bos dulu, pastu tak boleh memegang jawatan pengarah/pengurus dalam syarikat menurut perenggan 4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 tahun 1982.
hmm alahai..kena jugak la ke AKPK nampaknya...