Celoteh

Teratak Manis Baizura

Ahad, 6 April 2014

CeloTeh

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh barakah ini,

        Sudah lama Bai nak membuat laman Blog sendiri. Namun banyak kali tertunda dengan kekangan masa dan keadaan. Baru-baru ini, semacam ada gesaan yang lebih kuat untuk membuat blog. Dalam keadaan kekalutan dengan tugas-tugas hakiki dan tambahan di pejabat, perlahan-lahan Bai merangkak menyusuri tutorial daripada sahabat2 blogger yang lain untuk memulakan proses pembikinan blog.
 
         Bukan apa, lama sudah Bai tak menulis. Sangat lama. Adakalanya cuma melakarkan coretan di kertas-kertas yang bila dicari semula, entah di mana letaknya. Ikut mana sempat. hahaha ;) Hati ini bagaikan tergaru-garu untuk melakarkan coretan yang boleh ditatap dan dibaca semula.
 
          Sekarang bolehlah Bai mula menulis kembali. Ada yang untuk ditatap peribadi ada yang untuk tatapan umum. Apapun Bai gembira dapat menemukan semula keghairahan ini. Lebih-lebih lagi, dapat mencoret tentang masakan dan membuat kek.
 

Tiada ulasan: