Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 28 April 2014

OuT sTaTiOn Lagii..

Assalamualaikum...

       Lamanye Bai tak ber online..kali ni kena buat Kem Keusahawanan di Nur Laman Bestari,Ulu Yam, Selangor 22-25 haribulan April 2014 baru-baru ini...pesertanya terdiri daripada belia yang berkemahiran. Terdapat 3 jenis rekreasi kem pada kali ini iaitu Jungle tracking, Flying Fox dan Explorace...wah wah wah..kemain bebudak belia ni bila ada games dan aktiviti outdoor..kesian juga ada sesetengah institusi kemahiran ni tak begitu menitik beratkan jati diri dan sahsiah, tak begitu prihatin dengan jiwa dan tenaga belia yang dahagakan aktiviti sebegini, yang mereka tahu kalau tak lulus, tak trampil lah, buat silap kerana memberontak, didenda dan sebagainya...huhuhu
 
      Di dalam kabin, aku ditemani tikus-tikus di waktu malam yang kelaparan..hmm..makan la roti yang aku bawa untuk bekalan tu, memang rezeki korang la..hehe..Alhamdulillah pacat tak berapa banyak walaupun sentiasa lembab. Hujan hampir setiap petang turun dengan lebatnya..aku cuma dapat menelan rasa ingin berendam dalam sungai jernih ber arus deras itu tiap kali hujan lebat di sebelah petang..haii..apa nak buat!
 
       Di dalam kem ini bukan saja ada aktiviti rekreasi tetapi ada kelas dan ceramah tentang pengenalan kepada usahawan dan sesi LDK yang kami kendalikan. Memang bebudak tu takkan melupakan kenangan indah ber kem bersama Team aku yang best tu..hehe
 
 
 
 
Sekian, sampai ketemu lagi..

Tiada ulasan: