Celoteh

Teratak Manis Baizura

Ahad, 20 April 2014

Kek Butter

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

     Pepagi ni mood untuk berkongsi resepi datang lagi. Kali ini kek evergreen, kek zaman kecik-kecik dulu.KEK BUTTER. Mak selalu jugak buatkan kek butter ni bila raya atau untuk jamuan sekolah. Dulu kalau takder buttercup biasanya mak guna planta jer. Itu pun dah sedap. Teringat first time buat kek. Masa tu Bai berumur 12 tahun. Mintak mak buatkan untuk jamuan sekolah esok hari. Masa tu mak sibuk melayan si baby Ismabaizuma, adikku yang ke 5. Walaupun mak sibuk, namun dia bagi arahan dari jauh saja, inilah masanya aku baking kek aku sendiri..hehehe...warna yang ada masa dan ketika itu hanyalah merah..Jadilah kek butter marble merah kuning dan agak bantat!!!..Masa tu tak kisahlah bantat ke keras ker, kawan-kawan kata sedap dan licin dalam masa beberapa minit..bangganya sebab Bai dah boleh buat KEK!!! Terima Kasih Mak...♥
 
     So, weekend baru-baru ini, mood buat kek datang lagi, kali ni rindu pada Mak di kampung terus teringat kek butter dia. Kami adik beradik  dan mak selalu ber WhatsApp. Kali ni mak suruh balik kampung kutip buah mempelam Harum Manis. Terus teringat nak makan kek butter dia!! Nak resepi kek ni ada di bawah tau..
 
 
Bahan-Bahan :
 
250g Tepung Self Raising
250g Butter (Anchor)
180g Gula Kastor
4 Biji Telur saiz B
125ml Susu Segar
 
Cara-Caranya:
 
1. Putar butter dengan gula sehingga kembang, gebu dan berwarna pucat.
2. Masukkan telur satu demi satu berselang seli dengan tepung. Putar
    sebati sehingga habis.
3. Masukkan susu segar dan putar sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam Loyang 8 inci yang telah digriskan dengan
    shortening dan ditabur sedikit tepung supaya kek tak melekat.
5. Bakar dengan suhu 170 Celsius selama 40 minit @ sehingga masak.
6. Setelah masak,keluarkan kek dan biarkan di dalam Loyang selama 10 minit
    dan selepas itu boleh keluarkan kek menyejuk di atas redai.
7. Bila betul-betul sejuk, kek bolehlah dihiaskan dengan frosting.
 
 
     Senangkan tengok resepinye tu, sejuk jer hati nak buat. Kalau guna butter biasa yang ada  susu campur dengan minyak kelapa sawit seperti Buttercup, FarmCow atau planta, biasanya kek memang jadi elok tetapi bau dia kurang mengancam..cubalah gunakan butter Anchor atau yang pure lemak susunya..aduimak..memang Wangi satu rumah, dan-dan tu jugak nak makan kek...lagi lama, kek lagi lembab dan lembut..biasanya takdan simpan lama..kuikuikui..butter yang pure kandungan susunye, struktur kek lebih lembut, lemak manis dan mencair dalam mulut gitew..
 

 
 
        Nilah beberapa gambar yang diambil weekend yang lalu. In Shaa Allah resepi kek ini dalam kategori 'buat pasti menjadi' tau. Kena cuba tau u olls...hmm.....Sedapnyer makan kek butter bersama minum teh o sambil mengimbas kenangan lalu..♥
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: