Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 19 Mei 2014

APAM POLKADOT..♥


            Apam polkadot merupakan apam versi baru. Biasanya apam polkadot ni dibikin saiz kecil-kecil..comel namun renyah. Bahan-bahannya menggunakan telur dan ovallete dan juga ada inti. Macam-macam inti yang boleh kita guna. Inti nutella, kaya, jem strawberi, blueberi dan lain-lain. Masa apam ini mula masyhur, Bai memang teringin nak buat namun ada saja halangan. Suatu hari, saja try buat untuk anak2 nak makan tapi buat dengan saiz sebesar cupkek..ambik kau..besar, puas makan!
 
1 adunan dapatlah 30 biji jikalau takde yang rosak.
 
 
            Pastu dapat idea nak buat hadiah hari guru, anak-anak punyalah excited. Memang renyah membuatnyer walaupun saiz besar. Namunku gagahkan juga buat untuk cikgu-cikgu sekolah diorang. Harap cikgu sukalah...
 

 
 
        Ni adalah koleksi-koleksi gambar apam polkadot yang penah Bai ambik tempahan. Bolehlah kalau nak kongsi gambar untuk simpanan u oll ye..tapi jangan la publish semula plak kata gambar ni u oll punya, u oll yang buat...tak baik la gitu. oke, jom nengok gambar..
 





 

Ahad, 18 Mei 2014

KEK MARBLE VANILA COKLAT

Assalamualaikum..

        Lama juga tak masukkan entri masakan atau celoteh...agak sibuk juga kebelakangan ini. Mood untuk berkongsi catatan pun agak kurang lantaran terdapat serpihan serpihan duka akibat daripada tempat kerja, masalah anak-anak di rumah dan jiran-jiran tetangga adakalanya menuntut masa untuk bersendirian sebentar menghadapi kemelut itu. Bai hanya diam di rumah sambil membelek-belek koleksi resepi, buat kek lava cheese cake untuk stok jualan di FS Mart Tronoh dan buat kek marble untuk makan-makan di rumah bersama anak-anak dan suami. Tekak ni dua tiga menjak asik teringat kek marble aje. Resepi ni Bai kongsi daripada blog Azie Kitchen. Orangnye cantik, dan sangat suka makan kek butter..hehe.. meh nengok kek marble kita...♥
 
 
      

 

     Kek ni dah kali kedua Bai buat..yang pertama dulu kak Malini, Ketua Bhg.Pengembangan APBM Batu Gajah order untuk meeting ahli kuarters APBM, sambil-sambil buat jamuan di bulan Rejab ni. Tq lah di atas kepercayaan menempah kat Teratak Manis Baizura ni..bukan nak perasan, tapi ramai yang kata kek marble vanilla coklat tu sedap..Alhamdulillah. Memang buat nak bagi orang makan puas-puas..hehe.. meh kita kongsi resepi ni. Kalau rajin buatlah, memang kategori kek pasti menjadi punyalah..tapi kalau takde masa atau malas nak cuci bekas-bekas baking, boleh la tempah kat akak tau!
    
  





























Bahan bahan:

8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)

 Cara cara:

 Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata. Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
 
Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna, serbuk koko atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick atau batang sudu.

 Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 


 
 

             Dah masak, sejukkan kek dalam Loyang dalam 5-10 minit, bila nampak kek renggang sikit dari loyang, boleh telangkupkan kek atas redai yang dilapik kertas minyak yang disapu shortening atau butter untuk elakkan kulit kek melecet. Kek ni makin lama makin moist dan lembut. Hari ketiga, yang tinggal saki baki tu bila makan memang terasa kelembutannya..hmmm...nikmat!! Biasanya kek suam-suam kuku, anak-anak dah keliling kek, tanya bila boleh makan..hehe..tu pun jenuh potong asingkan untuk bekal sekolah @ tuisyen diorang..Jarang sampai hari ketiga..kuikuikui..
 
 SELAMAT MENCUBA!!

Red Velvet

 HAI...
 
       Tempahan kek red velvet ini adalah tempahan daripada Kelab Sukan dan Kebajikan APBM Batu Gajah,Perak untuk Majlis Sambutan Hari Jadi dan Bersara seorang kakitangan mereka pada 15 Mei 2014 yang lalu.
 
 
 
       Kek red velvet ni disalut dengan freshcream dan bunga-bunganya pun daripada cream cheese..lapisan dalam kek salut dengan cream cheese. masa tu musim panas, malam pun suam suam kuku jugak la..asyik nak cepat cair jer..tak larat keluar masuk fridge hehehe..awak xder aircond, nak wat camne..
 
       Tapi tu tengoklah ek..tulisan tu saya gunakan buttercream..bila tulis atas freshcream selalu jadi warna kembang gini..so, u olls jangan guna kaedah macam nilah, tak cantik. Lebih baik guna buttercream semua..tapi tu la kan.. kurang sedap la sikit.. Red Velvet ni kan lebih sedap dimakan dengan cream cheese..masam-masam manis lemak gitu...iskhh..telan air liur pulak dah..!
 
          Hmm..lepas ni, Bai nak buat lapisan dengan cream cheese tapi bunga-bunganya dengan buttercream..mungkin takkan kembang warnanya macam ni. Bukan tak biasa buat, tapi selalu ulangi kesilapan yang sama..masa terhad..maklumla..awak bukan 100% fokus baking ni..kerja hakiki di pejabat pun lebih utama jugak ..tak gituu...hehe..
 
         Bagaimanapun Bai masih berpegang dengan permintaan daripada customer..bukan semua orang boleh makan cream cheese @ buttercream tak gituu..ikut citarasa customer la..Bai boleh bagi pandangan dan cadangan..ok,happy offday!
        
 


Sabtu, 10 Mei 2014

Kek Coklat Moist

Hai...

    Entri kali ini adalah berkenaan Kek Coklat Moist...sepanjang berbisnes ini, kek coklatlah yang menduduki takhta carta kek paling fofular dari Teratak Manis Baizura ni..hehe..jom nengok kek coklat Bai ni ye..
 













 
 
      Gambar-gambar ni kalau ada yang nak buat contoh dekonye tu boleh, gunakanlah untuk kebaikan korang tapi janganlah cedok gambar Bai  dan kata kek ni kek korang..xmau yer..! Bai sedar, masih banyak lagi yang perlu Bai pelajari dan akan sentiasa berusaha untuk mencapai tahap yang Bai inginkan. Namun Bai takkan gunakan gambar milik orang lain dan claim itu gambar kita punya..tak baikkan diknon!..hehe
 
 
Sekian dulu..jumpe lagi! Daa..

Selasa, 6 Mei 2014

SUKATAN CAWAN KE GRAM


 
TEPUNG (sukatan dr cawan ke gram)
 
¼ cup : 30 gm
 
½ cup : 60 gm
 
1 cup : 125 gm
 
6 ¾ cup : 1 kg
 
GULA @ MENTEGA (sukatan dr cawan ke gram)
 
¼ cup : 60 gm
 
½ cup : 125 gm
 
1 cup : 250 gm
 
CECAIR (sukatan dr cawan ke gram)
 
¼ cup : 50 ml
 
½ cup : 125 ml
 
¾ cup : 180 ml
 
1 cup : 250 ml
 
4 cup : 1 liter
 
Sukatan cawan ke gram (oz)
 
1 cup plain flour : 125 g (4oz)
 
1 cup self raising : 125 g (4oz)
 

1 cup castor sugar : 250 g (8oz)

 

1 cup brown sugar : 185 G (4 oz)

 

1 cup icing sugar : 125 g (4oz)

 

1 cup koko : 125 g (4oz)

Isnin, 5 Mei 2014

MENGIRA KOS CUPKEK


Assalamualaikum...hii peeps!!
Ramai juga yang bertanyakan bagaimana nak mengira kos jualan cupkek atau kek dan sebagainye..Jadi, saya ingin membantu bakers yang lain untuk belajar bagaimana mengira kos..saya kongsikan di sini, harap dapat membantu..;p

LANGKAH 1

Andaikan you’ all nak buat costing untuk cupcake (vanila). Senaraikan semua bahan-bahan yang digunakan untuk buat cupcake tu sambil tengok balik resit pembelian..jangan lupa guna kalkulator..hehe ..nanti fening.. :

 
250 gm butter = rm7.50 (anchor butter)

180gm gula kastor ÷ 1000g  = rm0.18 x harga 1 kilo rm 3.70 = rm0.63

4 biji telur gred A x rm0.40sebiji=rm1.60

50 ml fresh milk ÷1000ml=rm0.05 x  rm5.99 sekotak = rm0.299

1 sudu teh vanila - RM0.10 sen (ni saya agak-agak je...)

280 gm tepung naik sendiri ÷ 1000g=rm0.28 x 1 kg tepung @harga sekotak rm3.70=RM1.036

 
LANGKAH 2

 
Untuk barang-barang lain pun sama gak la cara nak kira. Tapi saya selalunya yang barang terlalu sikit macam secubit garam, 1/4 sudu teh baking powder atau 1 sudu teh baking powder tu, agak-agak je la dalam...5 sen, 10 sen....kira logik la tau. So, dah dapat semua harga setiap barang tu, kita campur la semua sekali...

 7.50 + 0.63 +1.60 + 1.299 + 0.10 + 1.036 = rm 12.165

 Ini baru kos keseluruhan bahan. Kita kena tambah sekurang-kurangnya 30 %  untuk kos elektrik, air, buruh dan lain-lain.
 
30% daripada rm12.165 = rm3.649 ....genapkanlah jadi rm3.65, senang kira.

 Jadi kos semua : rm12.165 + rm3.65 =rm15.81

Kita nak tau berapa harga 1 biji cupcake. Katakanlah untuk satu adunan tu kita dapat 25 biji cupcake yang saiz L so, RM15.81 bahagi 25 biji = rm0.63 sen.

Belum habis kira lagi....0.63 sen tu tak masuk bekas. Katalah guna yang shouffle, harga untuk satu lebih kurang RM0.15 hingga RM.0.20. Katakanlah RM0.20 satu. So, kena la campur RM0.63 sen + rm0.20 = RM0.80 sen.
 
Ha...rm0.80 sen ni lah kos sebiji cupcake kita....(ni tanpa krim tau...kosong...)

Bila dah dapat kos sebenarnya, terserahlah kepada budi bicara masing-masing nak letak untung banyak mana. kalau kita bersifat pemurah dan berniat nak bersedekah sambil berniaga letaklah RM1.00 jer satu. Kalau nak kaya cepat, RM2.00 sebiji.....hehhehehe

Tapi serius ni....sebenarnya, banyak faktor yang akan menentukan harga/untung yang kita boleh ambil. Ada yang tak kisah letak harga murah sebab dia homebase, ada yang tak kisah ambil untung sikit, tapi banyak order, ada yang tak kisah sebab customer dia cuma boleh bayar dengan harga tu. Semua terserah pada budi bicara & strategi pemasaran masing-masing....Tapi satu yang saya nak ingatkan, walaupun kita kira kos kita tu rendah, kita juga kena ambil kira masa, kreativiti dan kemahiran yang kita gunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Kebanyakkan kita ni homebase kan..alatan yang kita gunakan pun biasa-biasa je..
Sebab tu, harga cupcake yang dihias dengan buttercream agak tinggi . Kita kena ambil kira masa dan kreativiti yang kita guna untuk buat cupcake tu. Dan sebab tu jugalah harga kek-kek fondant tinggi. Sebenarnya bukan pada harga fondantnya, tapi ketelitian, kemahiran, artistik n masa yang digunakan untuk buat kek tu menjadikannya yang mahal. So, kalau ada customer yang tak berapa nak menghargai hasil tangan kita, yang merungut kata mahal, saya nasihatkan, buatlah design yang simple. Tapi jangan marah customer tau..hehhehhe ..Maafkan la diorang sebab dia tak berapa faham bab-bab kosting, kreativiti n susah payah membuat hasil seni yang cantik tu...
 
Sehingga berjumpa lagi..bai-bai...harap dapat membantu!!

 

 

 

 

 

Ahad, 4 Mei 2014

HARUM MANIS

MUSIM MEMPELAM HARUM MANIS DATANG LAGI..

Assalamualaikum..
 
Cuti Hari Pekerja @ Buruh pada 1hb. Mei yang lalu Bai sekeluarga pulang ke kampong di Perlis. Sengaja pilih hari tu untuk pulang menjenguk Mak, adik-adik dan juga pokok Harum Manis..hehe..sudah beberapa kali Mak suruh pulang..call,dalam whatsapp, dalam sms,dalam FB..fuhh...kemain Mak aku ...celik IT yuu...!!
 
Memang masa terlalu terhad..tapi kena cari jugak masanya tu..lalu dengan rasa serba salah..terpaksa memontengkan anak-anak bersekolah pada hari Jumaat yang lalu...dan kelas tambahan si Ayong pada hari Sabtu...
 
Perjalanan pulang ke Perlis biasanya mengambil masa 5 jam dari Tronoh, Perak. Memang seronok balik kampung dengan perjalanan yang selesa ikut highway PLUS...utara-selatan..Bukan saja anak-anak tak sabar nak segera sampai nak peluk maktuk Baq nya...malah si Abot yang ikut serta bersama 3 gerabak keciknya turut tak sabar nak sampai..hehe..
 
Kami ikut Highway Changloon- Kuala Perlis...sampai di simpang exit ke Kangar, tiba-tiba tekak teringin laksa Kuala Perlis..jadi straight to the Kak Su Laksa..menonong jer..hehe..lebih teruk daripada orang mengidam kuikuikui...Laksa Kak Su ni memang terkenal..sejak aku bertugas di Perlis iaitu pada tahun 2001 lagi..kalo buat birthday party mesti tempah laksa kak su...dah berapa tahun dah, rasa dan kesedapannya masih kena dengan tekak...di Perak ni, kuah laksanya agak cair dan lebih masam..hmm..mungkin tekak aku la tu..suami memang gemar laksa kola ni..hirup kuah sampai kering mangkuk...hehe..
 
Laksa Kuala Perlis ni dia punya specialities tu adalah makan laksa bersama pulut udang atau karipap spera (inti kelapa)..memang sedap!! sepanjang mengenali Restoran Laksa Kak Su ni ada jugak khabar angin yang menyatakan kedai ni guna pelarislah, masak kuah bersama seluar dalam lah, letak tisu dalam kuah lah..iskh iskh iskh..biaq betuii kome..tak baik menuduh tanpa usul periksa..nak guna pelaris apa kalo tempat nak makan laksa yang sedap tu ada 1, 2 tempat jer di Kuala Perlis..memang laris la orang cari..tempat terhad. Kalau kome ke sini..cuba la cari restoran ni, rasakan kelainannya...
 
 


 
 
 
 
 
Sampai di rumah Mak..rupa-rupanya Mak dah petik banyak jugak la buah mempelam harum manis ni untuk di peram..di samping tu ada juga terselit mempelam siam dan Chokanan..pelam konen @ kuini aku tak tahan bau dalam kereta nanti..jadi makan di rumah mak jer la..buat sambal konen perghh..cicah dengan ikan kembung goreng..apa nak kata, pecah peluh makan..hehehe
 
 
 
 
 

 

Kongsi gambar ye makcik manggis..chek xdok gambaq pulut harum manih..

Buah pelam Harum manis ni adalah salah satu 'trade mark' negeri Perlis Indera Kayangan. Isinya memang tebal, berwarna kuning oren, beraroma harum dan manis..kulitnya berwarna hijau tua walaupun dah masak. Sekarang ni dah banyak spesies kacukan..kalau jumpa harum manis isi kuning, hmm ..tak ori dah la..balik kampung hari tu dengar cerita Mak, ada orang Perlis jual RM26 sekilo..mak aii..mahalnyer..sekilo baru dua biji pelam saiz sedang..janganlah jual mahal sangat, orang lain pun nak rasa jugak..sajalah balik hari tu ronda-ronda pasar malam dan pasar sehari (Nat) nak tengok harga buah harum manis..ada yang RM 20/kg, ada yang RM18/kg dan RM15/kg..tengok saiz dan kualiti buah lah. Aku ni merupakan insan bertuah sungguh kerana di rumah Mak ada 2 pokok Harum Manis, Pelam Sala, Pelam Siam ThongDam, Konen,NamdokMai hmm..jiran-jiran sekeliling rumah pun banyak tanam berjenis-jenis pokok pelam.
 
Tahun ni menjadi jugaklah Harum Manis, dapatlah Mak jual sikit buat belanja rumah yang selebihnya untuk anak cucu dan adiknya Maksu Wan dan anak saudaranya yang tinggal bersebelahan pagar jer..huhu..tapi ada satu citer yang melucukan namun menimbulkan rasa kurang senang kami adik beradik dengan perangai jiran-jiran ni. Mak tinggal dengan seorang adik perempuan yang bekerja di hospital, jadi kerja ikut shif. Dalam keluarga tak ada orang lelaki untuk urus sekeliling rumah. Ayah dah lama 'tiada'. Pakat duk sibuk la si jiran-jiran jantan ni nak ambik tau hal-hal sekeliling rumah kami. Alo, bini-bini korank tak jeles ker?? Apatah lagi dengan kehadiran buah mempelam di sekeliling rumah Mak. Biasanya suamiku lah yang rajin menengok, menebas, membaja, mencantas setiap kali balik ke kampong..Harum Manis menjadi tahun ini..meluyut-luyut buahnye..Alhamdulillah, nikmat Allah!!
 
Jiran aku ni memang suka meronda dalam kawasan rumah Mak, tak kira siang atau malam, pagi atau petang, tengok itu ini, adakalanya meminjam alatan kebun tanpa memberitahu dan memulangkannya kembali. Memang peliknye perangai..!!pak aji oh pak aji...Risau juga aku bila memikirkan pekara-pekara ini apatah lagi bila ber imaginasi yang buruk-buruk..bagi aku, memang kena juga berprasangka buruk supaya tak betul-betul berlaku..hmm..Na'uzubillahiminzaliq..Pendek citer, dia ni memang suka memetik buah-buah pelam Mak sesuka hati dia..ada orang yang Nampak perbuatannya tu..tak tahu la sama ada untuk dijual atau diberi pada orang..!
 
Sekarang ni, Mak ikut adikku yang bongsu untuk rawatan sakit pinggang n tulangnya di Terengganu. Tinggallah adikku seorang di rumah Mak. Mudah-mudahan Allah melindungi keselamatan adik dan harta benda Mak di kampung..owhh Harum Manis, aku tak tahu apa kisahmu selepas ini nanti..!
 
 
 
Semasa di kampung baru-baru ini, aku dan suami meronda di pesisiran pantai Kuala Perlis hinggalah ke Sungai Baru..beli belacan segar dan mencari siput mentarang. Hasil laut yang lain seperti siput lala, kepah dan kerang yang lain pun ada la juga..Kome tau ke Mentarang tu macam mana..ni ha, yang ini sesudah dicuci selutnya..tinggal untuk dimasak je lagi..hehe..setahu Bai la kan, mentarang ni ada di dua tempat je di Malaysia..di sini dan di Kuala Selangor. Mentarang ni buat masak sayur manis, tumis dengan kundur, putik tembikai, betik atau tumis dengan bawang putih je pun dah sedap..tapi kalo nak buat sambal pon sodap! tapi hati-hati dengan kulit mentarang yang nipis tu..takut termakan sekali..hehe
 

 
Seronok jalan-jalan cari makan bila balik ke kampung. Pi jalan-jalan di nat sabtu memang best. Ikan Kembung sekilo baru RM 3.00, yang besar sikit RM8/kg..puas makan! kain baju memang murah-murah, kena pandai tawar menawar. Makanan yang best ialah nasi lemak kari ikan, pasembur kantan, serabai, bihun kuah laksa, apam balik dan macam-macam lagi kuih muih tradisional yang dilonggokkan di atas meja makan..pilih untuk dimakan di situ atau take away..heheh
 
 
Cerita pasal kampung memang tak sudah..in shaa Allah, kalau ada rezeki lagi, kami akan pulang lagi hujung bulan ini sempena cuti sekolah pertengahan tahun..tata..jumpa lagi!