Celoteh

Teratak Manis Baizura

Khamis, 17 Julai 2014

BISKUT RAYA

Assalamualaikum dan selamat petang,

        Petang ni nak masak apa ye untuk juadah berbuka puasa?hmm...susah jugalah bagi orang perempuan yang bekerja kan. Balik kerja terus bertungkus lumus menyiapkan menu untuk hidangan berbuka puasa dalam masa yang ada tinggal tak seberapa tu..hendak singgah beli di pasar ramadhan pun memakan masa juga hendak buat pilihan dan sebagainya. Hati-hatilah ye..takut terbeli makanan yang dah tercemar ataupun dah basi dan rosak. Di dada akhbar-akhbar tempatan sering menceritakan hal makanan yang telah tercemar yang dibeli dari pasar ramadhan hingga memudaratkan ahli keluarga..dan ada yang lebih menyayat hati apabila ada ahli keluarga yang koma akibat makan roti john manakala yang lain terlantar di katil hospital selama beberapa hari..sadis!
 
         Pengalaman Bai tidaklah seteruk itu tetapi sedikit sebanyak memang hot jugalah dengan pengusaha atau peniaga yang hanya mementingkan duit daripada nyawa, kepuasan dan kesihatan pembeli. Dahulu Bai pernah membeli kuih muih untuk juadah berbuka puasa, namun seringkali kecewa dengan rasa kuih tu. Bai sekeluarga gemar kuih buah Melaka, dua kali beli, dua-dua mendukacitakan. Manakan tidak, kuih tersebut keras dan gula merahnya hampir tiada rasa. kuih muih yang lain juga serupa..ada yang kelapanya basi, berlendir dan macam-macam lagi. Memang tak berjodohlah Bai nak beli kuih muih di bulan ramadhan. Mau tak mau kena cargas jugalah buat kuih sendiri..huhuhu..
 
        Masa muda-muda dulu selalu tolong mak buat kuih untuk jualan di gerai depan pejabatnya. Mak Bai juga seorang penjawat awam, seorang jururawat. Namun, itu tidak menghalang dia daripada mencari rezeki tambahan untuk keluarga. Bai memang suka memasak dan makan. Semasa menunggu keputusan SPM 1990, Bai selalu bantu mak buat nasi lemak, kuih muih untuk jualan. Masa tu adik-adik kecil lagi, boleh le juga tolong ambilkan daun pisang , daun pandan,kutip kelapa tua  di belakang rumah..hehe..mungkin sebab itulah Bai tahu jugalah membuat kuih muih serba sedikit untuk keluarga Bai.
 
      Masa tu kita jugalah yang buat biskut raya dan kek untuk seisi keluarga. Tapi menggunakan peralatan yang sedia ada. Dulu Bai ada oven bulat elektrik yang rosak...arwah ayah memang genius..hehe..dia buangkan plastik di kaki oven dan letak atas dapur gas untuk bakar kek atau biskut..memang menjadi. Itulah saja cara kami gunakan oven untuk buat kek atau biskut..kreatif ayah!!
 
      Hmm..kenangan zaman dulu memang tak habis cerita..hehe...jom nengok biskut raya yang Bai buat untuk keluarga, mak dan mentua. Kalau ada yang tempah, Bai juga ada buat untuk tempahan biskut raya kecil kecilan..hehe..
 
 Biskut Samperit Dahlia
 
 Biskut Red Velvet Choc Chip
 
 Biskut Nestum
 
 Biskut Snow Almond
 
Biskut Strawberi
 
 
       Sambil-sambil buat biskut untuk family tu..Bai sudi juga terima tempahan daripada kawan-kawan. Bai buat biskut ni memang dari hati dan dengan kasih sayang tau. Setakat ni semua sedap kata hubby dan anak-anak..hehe..
 
 
      Hari ni dah masuk 20 hari kita berpuasa,raya aidilfitri dah semakin dekat...ramadhan hampir sudah sampai ke penghujungnya..dalam hati terasa-rasa sesuatu yang menusuk kalbu..entah apa ye..

Tiada ulasan: