Lagi 5 hari umat islam akan menyambut hari raya...Bai ucapkan selamat berhari raya Aidilfitri untuk semua pengunjung yang pernah singgah di Teratak Manis Baizura ini. Bai juga menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya terdapat salah silap sepanjang berada di maya ini.
Terima kasih kepada customer yang sudi menempah biskut dan produk dari TMB dijadikan pilihan juadah untuk hari raya yang bakal tiba tak lama lagi..moga semua berpuas hatilah ye..memang Bai buat dengan keikhlasan supaya sedapnya berpanjangan!
Jumaat ini segala aktiviti tempahan dan jualan ditutup sempena cuti hari raya. Bai pulang ke kampung selama seminggu..bahagi cuti di rumah mak di Perlis dan di rumah Mentua di Langkawi..hehe..Semoga yang pulang beraya ke kampung, pulanglah dengan selamat. Yang kena bertugas, selamat bertugas dengan sabar.
Raya kali ini, Bai mungkin tak dapat jumpa dan berhari raya dengan dua orang adik yang menetap di Langkawi dan di Terengganu. Yang sorang tu sebab kena kerja dah masuk raya ke dua..yang sorang lagi tu pulak kerana masalah kesihatan..
Raya kali ini terasa tak begitu meriah..biasa-biasa saja. mungkin faktor umur meningkat. Atau xberapa dapat nak berbelanja lebih sikit untuk anak2 hmm ntahlah..maklumlah, nilai matawang kita kian turun merudum, harga barang naik mencanak. Walaupun menerima wang bantuan hari raya sorang rm500 tu, Alhamdulillah lah juga..buat tambah-tambah..so yang penting hari raya ini adalah..dapat berkumpul bersama seluruh ahli keluarga, makan minum bersama, bergurau senda dan bertanya khabar..yang lain xbegitu penting kankankan..hehe..
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan