Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 7 Julai 2014

Puasa ohh Puasa

Salam Ramadhan Al Mubarak..

    Selamat berpuasa dan menjalani ibadah lain di bulan ramadhan seperti solat tarawih dan tadarus al Quran. Lama Bai tak ber online..sibuk dengan kerja dan agak kurang sihat kebelakangan ini...demam batuk dan selsema..huhu...namun Alhamdulillah sekarang ni agak pulih dan sihat kembali.
 
    Bulan puasa ni perbincangan menu juga menjadi topik hangat. Bukan apa, adakalanya Bai faham, balik kerja kita jugalah yang bertungkus lumus di dapur menyediakan juadah berbuka. Sudahlah penat berkerja di pejabat, balik rumah, membersihkan diri dan solat..masuk pejabat di dapur pula hahaha..menu kesukaan si suami hinggalah menu kegemaran anak ditanya untuk disediakan. Bagi Bai pula agak berlainan sedikit. Ringan jugalah dalam menyediakan juadah berbuka puasa ini. Mana taknye, Bai cuma akan sediakan kuih muih berbuka dan 1 atau 2 lauk tu pun kadang-kadang kerana hubby yang akan sediakan lauk pauk..jangan jeles, terrer masak tu diknon..huhu
 
    Biasanya Bai suka buat kuih yang simple dan cepat penyediaannya. Maklumlah, masa tak banyak. Kalau hari cuti oklah. Boleh masak  yang agak renyah dan banyak la sikit juadahnya. Setakat 9 hari dah berpuasa belum ada lagilah juadah yang ditongsampahkan..semuanya licin! Alhamdulillah! Jom nengok Bai suka buat kuih apa ye..


 
    Ada lagi kuih yang Bai selalu buat, hantar kepada jiran-jiran..bila dicari gambar-gambar tu tiada pulak, entah disimpan ke mana. Dalam telefon ke, dalam kamera ke..hmm..Bai selalu buat kuih seri muka ( feberet anak-anak ni), kuih lopeh, qasidah, puding buah-buahan koktail dan agar-agar biasa. Bukan takmau beli, tapi biasanya tak puas makan dan adakalanya memang mendukacitakan perasaan. keluarga Bai ni memang kaki makan..jenis makan angkut-angkut. Bukan makan serangga tu tau..hehehe..macam mana nak jelaskan erk..jenis yang makan kejap-kejap makan tu..hehe . Lepas solat maghrib, makan lagi, lepas solat terawih makan lagi..hmm..
 
Sekian dulu celoteh Bai dalam bulan yang mulia ini..nanti, kita jumpa lagi..

Tiada ulasan: