Assalamualaikum..
Lamanya Bai tidak muncul di sini.
Memang sibuk sungguh dengan tugas di pejabat dan last event yang perlu Bai
selesaikan, Alhamdulillah..semuanya selesai dengan jayanya. Anak-anak buah memang terbaeklah!
Seminar Usahawanita 28-29 November 2015 APBM Batu Gajah
Sahabat baik Bai semasa zaman sekolah
menengah dan juga housemate Bai ada datang bercuti di Ipoh bersama dengan
familinya. Katanya 3 hari bercuti-cuti Malaysia di Ipoh, sambil melawat adiknya
Najwa di Clearwater. Teringat dia selalu mengeluh bila tengok kek-kek yang bai
buat dalam page FB Teratak Manis Baizura.
Teringin katanya.
Sebenarnya Bai pun baru masuk kerja dari cuti seminggu kerana menemani adik kedua Bai berkonvo di dewan Malaysia Agro Exhibition Park,Serdang. Mak, Jaja, Nini dan Wawa, Micha, Bai sekeluarga dan Ngangah sekeluarga. Penat belum habis, hinggalah hari isnin kerani maklumkan dalam whatsapp yang Bai kena hadir dengar taklimat bajet di RTM Ipoh..sehari. Balik rumah, malam tu siapkan kek span coklat sebiji..untuk sue sekeluarga yang baik hati.
Bai kalau outstation ke Kota Bharu,
mesti dia tak lepas melawat Bai di tempat penginapan dan bawa makan-makan. Dalam
keletihan tu duk congak-congak nak salut apa kek span tadi. Kalau salut
buttercream je ..macam biasa-biasa je..bai nak buat sesuatu yang agak istimewa
untuk tekak sue..jadilah krim coklat mousse. Dah macam kek indulgence coklat la
kan..Bai salutkan krim mousse tu dan simpan dalam peti ais dan esoknya baru Bai
siramkan dengan coklat ganance serta deko bunga k pop..huhu dan malam esok tu
Bai nak ke hotel penginapannya berjumpa melepas rindu sahabat lama.
Berbalik cerita konvo adik Bai, diorang
lepak 2 malam di rumah, bayangkan rumah dah jadi macam mana..macam tongkang
pecah..haha..seronok ramai-ramai kembali. Dengan keletah anak-anak
saudara..adik-adik dan mak..turut sama ialah mak mentua adik. Kami pergi ke AEON
Manjung, Lumut dan Teluk Batik. Seronok lihat mak kuat luar biasa. Potong kek
untuk December Babies seperti tahun lalu..Bai, Ngah dan Mairah..kebetulan jatuh
pada 7hb hari yang sama seperti tahun
lepas.
lepas.
Proud with you my sister..
8hb Disember pagi kami gerak ke Putrajaya di Presint 9 untuk homestay. Tengok adik sangat gembira..kami pun turut bahagia. Tahniah Ta..you deserve it! All the hardworks and tears, pay off, at last..macam-macam cerita di Putrajaya, KLCC Suria, Alamanda, Homestay di Presint 9..huhu..(tak berbaloi dan taknak promote)..di sate kajang, zoo Negara..hahaha..banyak kenangan lucu!
Konvokesyen
Ngah jatuh pada 10hb Disember sempena tarikh birthdaynya..petang itu juga kami
berpisah ikut haluan masing-masing..huhh sedihnya..namun sangat puas hati!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan