Assalamualaikum..
Terkadang manusia itu sangat susah
untuk dimengertikan.. siapalah Bai untuk menghakimi orang, sedangkan Bai
sendiri pun banyak kekhilafan..
Biarkanlah mereka dengan cara mereka
sendiri..Bai Cuma suka buat orang lain gembira walaupun dunia sekeliling kita
penuh duri berbisa. Allah ada.
Takpalah..kita biarkan saja renungan
itu. Minggu ni Bai buat sebiji kek indulgence coklat. Untuk sahabat lama
Suraini Othman yang Bai panggil Sue. Dia datang Ipoh untuk bercuti-cuti Malaysia
bersama keluarga. Sahabat sekolah menengah hinggalah menjadi housemate semasa
bekerja di Petaling Jaya 1984-1986 dan sambung hinggalah kini. Panjang jodoh
persahabatan yang murni ini. Bai kenai suaminya dari sebelum mereka berkahwin
lagi. Mereka bercinta di ITM Shah Alam. Ketika itu aku telah bekerja sambilan
di UIAM kampus PJ sebagai Jurulatih Rekreasi Wanita.
Semoga
persahabatan ini berkekalan hingga jannah dan gembira dengan pertemuan singkat
ini. Kenangan manis yang takkan dilupakan sampai bila-bila.
Caranya
tidaklah susah Cuma agak renyah sikit je kerana Bai agak kesuntukan masa. Kalau
plan dengan masa yang santai..Bai boleh buat tanpa rasa renyah. Alhamdulillah,
tercapai hasrat nak hadiahkan kek buat Sue sekeluarga.
Sediakan
kek Span Coklat saiz 8 inci. Bila sejuk, belah tiga lapis. Buatkan krim coklat
mousse dan salutkan lapisan serta keseluruhan kek , simpan semalaman dalam
fridge. Keesokkanya tu sediakan coklat ganache. Biarkan sejuk selama sejam. Selepas
itu siramkan atas kek tadi. Pastikan semua dilitupi coklat ganache ye. Simpan dalam
fridge sejam sebelum di hiaskan dengan buttercream. Resepi semuanya boleh tengok di page yang lalu..
Well…kebahagian
adalah apabila kita melihat orang lain bahagia, maka kita juga bahagia..jumpa lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan