Happy
Birthday Humairah…29/12/15
Memang dia dah tahu mama dia pasti akan
buatkan dia kek birthday. Dia tak minta yang bukan-bukan sebab dia tahu mamanya
tengah susah hati..hmm..bulan 12 ni macam-macam yang nak kena bayar..bil-bil,
pakaian sekolah, buku tulis, roadtax insuran, lesen..blablabla..
Bila Humairah minta hiaskan kek hari
lahirnya simple saja, tabur-tabur je katanya..kesian pulak dia. Sebelum ni
berangan-angan nak frozen la, hello kitty la..hujung tahun ni memang semua ke
laut..Jadi Bai hiaskan kek dengan gambar minion je..bananana..bananana
Tersenyum lebarlah bila petang tu Bai
minta dia potongkan kek untuk kawan-kawan di kejiranan kami. Dan dia sendiri
yang hantarkan. Nur Humairah bt
Tauhidlailatul Qadar ini memang anak yang baik, manja, sedikit baran dan sensitif.
Maklumlah yang bongsu katakan. Sangat mudah dibawa berbincang. Mama dan Abah
doakan agar Humairah menjadi anak yang solehah, taat perintah agama, rajin dan
bijak dalam pelajaran.
Dia memang pulun makan kek..sedap krim
yang mama buatkan ni katanya. Keknya adalah kek span coklat. Bai lapis dan
salutkan kek dengan krim mousse coklat putih yang dicampur dengan pes coklat.
Ini kerana coklat compound dah tak cukup dan coklat putih masih banyak lagi. Imej
minion tu Bai buat dengan krim keju. Memang sedaplah..kena di tekak..hihi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan