Celoteh

Teratak Manis Baizura

Selasa, 19 Julai 2016

Kek Karamel Pelangi Raya

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya yang ke 15..

 
 
 
 
Mesti kalian banyak menerima undangan majlis rumah terbuka hari raya kan...kenduri kahwin pun bukan main banyak..setakat ini Bai ada la 2, 3 buah kenduri kahwin..'open house' pun banyak..jemputan jiran-jiran, jabatan antara jabatanlah kan..hihi..naik lagilah kg..
 
Walaupun begitu, Bai masih lagi menerima tempahan biskut raya dan kek..Alhamdulillah!
 
 
Ni tengah bersauna..masak cara bain marie

 
 Kek Karamel Pelangi ni bagi Bai, agak renyah kerana kena ikut betul-betul cara buatnya supaya menjadi..bukan apa, suatu masa dulu, Bai pernah buat kek ini tapi tak menjadi..memang kecewa, tapi itu tak menghalang Bai dari nak terus mencuba hingga berjaya..
 
Ni kek baru diterbalikkan atas papan kek
 
Resepi yang kita ambil dari blog atau di mana saja, kita kena semak dan baca dengan teliti..faham betul-betul cara buatnya, barulah menjadi..dari situ kita 'try n error'..kalau tak menjadi..baru kita dapat tahu apa yang kita tak buat atau tertinggal..
 
 
Kek ni memang kena faham betul-betul semasa baca resepinya.. kena banyak-banyak sabar.. biasalah kadang-kadang kita ni nak cepat siap je..hingga banyak 'mistaken'..
 
 
 
Kena biarkan sekejap dalam oven hingga kek renggang
 
 
Kek kali ini .. Alhamdulillah menjadi.. yang risau tu sebabnya..Bai buat dalam keadaan terkocoh-kocoh..sambil-sambil tu berkumat kumit mulut Bai berdoa agar tiada kesilapan dalam pembikinan kek ni..hihi..bukan apa, Bai terlupa ada tempahan keesokan harinya tu untuk kawan Bai..lama dia berharap nak makan..tapi ada saja halangan nak tempah..jadi, minggu lepas, dia nak kek pada hari rabu..yang syoknya..balik kerja, santai je rehat-rehat, siap tengok berita TV lagi..hinggalah suami Bai tanya anak-anak ada kerjasekolah tak..barulah Bai terperasan..hihi Bai pun ada kerja rumah yang tak siap lagi..kelam kabut la baru nak tengok bahan-bahan..telur tak adalah pulak!..terpaksalah merayu suami tolong pergi kedai untuk beli..nasib baik dia ok dan kedai pun masih buka lagi..itu yang siap lambat..jangan buat dah gini..hihi
 
 
 
Nilah rupa kek karamel pelangi yang Bai dah siapkan..comot sikit, sebab terlupa nak lap dengan tisu dapur..resepinya kalian boleh cari di ruangan carian tepi sebelah kanan ini..yang Bai pernah buat sebelumnya. Nak lap kek ni kena hati-hati ye sebab kek ni lembut sangat..air gula semasa terbalikkan kek ni  akan meleleh tepi kek..itu normal..kena cepat-cepat lap tau..Harap Nurul puas hatilah menikmati bersama keluarga..
 
 
 
 

Khamis, 7 Julai 2016

Kek Sandwish Victoria Raya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya..


wahh..lama juga Bai tak ke udara dan meng'update' catatan di blog..kelam kabut sikit dekat-dekat nak raya hari tu..macam-macam jadi..Alhamdulillah dapat juga Bai pulang beraya ke kampung di Perlis.
 
Apa pun biarlah ia suatu kenangan yang akan Bai cuba lupakan. Bai pun dapat menguli biskut raya agak lewat iaitu beberapa hari nak pulang beraya hingga pagi sebelum pulang ke kampung selepas tarawikh..baru dapat siapkan biskut raya tempahan di kampung. Legaa..1 bab..nak tinggal kucing-kucing kesayangan lagi 1 bab..huhuhu
 
 
 
Sehari sebelum pulang beraya..jiran minta buatkan Kek Sandwish Victoria..hairan jugalah Bai, nak makan waktu mana..waktu iftar nanti kah atau raya nanti??..biarlah orang yang tempah jawab..hihi
 
 
Alhamdulillah ..semua siap..bai buat kek berselang seli dengan biskut-biskut raya tempahan..kiranya tak berhenti rehatlah oven teratak manis Baizura..hihi
 
Kek pun jadi cantik, gebu je..
 


Buat kek ni tak susah langsung. dah sejuk, barulah Bai lapiskan kek dengan jem strawberi, krim fresh dan buah-buahan seperti strawberi dan blueberi.



 
Di sini Bai nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..kepada semua pembaca..MAAF ZAHIR DAN BATIN dari Bai sekeluarga..



Sabtu, 2 Julai 2016

Samperit Dahlia

Assalamualaikum




Hari raya bakal menjelma..Bai masih berperang dengan tepung di dapur untuk menyudahkan tempahan biskut raya. Sambil-sambil tu mulut berkumat kamit berdoa supaya Allah permudahkan urusan kami nak beraya di kampung, dapat puaskan hati pelanggan biskut raya.
 
Kira punya kira..rupanya tak cukup dua baling lagi biskut samperit dahlia..Apalagi, pederaih la menyemperit..Alhamdulillahlah sedar awai..kalau tak lambatlah bergerak pulang ke kampung.
 
Bai suka nak kongsikan resepi biskut samperit yang sangat mudah dan rangup. Resepi ni boleh jadikan kelopak bunga tak berapa jatuh..tapi kena guna acuan samperit pecah 15 lah..jenuh goyang inul nak bentukkan samperit tu..hihi
 
Tapi yang dalam entri ni, Bai guna acuan samperit pecah 12..besar sikit dan kelopak bolehlah tahan..Sebenarnyakan..Bai dah banyak gunakan resepi samperit daripada blog dan 'facebook'. Resepi turun temurun daripada mak Bai pun ada..sama juga, kelopak bunganya mesti jatuh sikit..setakat ni Bai belum lagi jumpa satu resepi yang boleh buatkan kelopak bunganya 'maintain' gitu..huhu
 
 
Baiklah bagi sesiapa yang nak cuba buat boleh lah cuba dengan resepi Bai ni ya..
 
 
 
Samperit Bunga
oleh : Baizura
 
Bahan
 
250g mentega buttercup (yang dalam bekas tu)
110g gula aising
160g tepung gandum*
110g tepung jagung*
115g tepung kastad*
1 suduteh esen vanilla
Ceri merah secukupnya
 
Cara Membuatnya
 
1. Ayakkan semua tepung bertanda* ketepikan sebentar.
2. Masukkan mentega dan gula aising dalam satu bekas. gaul sebati. Pastikan tiada ketulan gula.
3. Bila sebati, masukkan esen vanilla. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaulkan dengan tangan hingga sebati.
5. Bolehlah terapkan menggunakan acuan pecah 12 @ 15 tadi ke atas dulang biskut tanpa disapu apa-apa mentega.
6. Bakar dengan suhu 150'C selama 20 minit atau sehingga masak.
 
 
Selamat mencuba dan jangan malu-malu nak komen diruang yang disediakan ya..