Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 2 Julai 2016

Samperit Dahlia

Assalamualaikum




Hari raya bakal menjelma..Bai masih berperang dengan tepung di dapur untuk menyudahkan tempahan biskut raya. Sambil-sambil tu mulut berkumat kamit berdoa supaya Allah permudahkan urusan kami nak beraya di kampung, dapat puaskan hati pelanggan biskut raya.
 
Kira punya kira..rupanya tak cukup dua baling lagi biskut samperit dahlia..Apalagi, pederaih la menyemperit..Alhamdulillahlah sedar awai..kalau tak lambatlah bergerak pulang ke kampung.
 
Bai suka nak kongsikan resepi biskut samperit yang sangat mudah dan rangup. Resepi ni boleh jadikan kelopak bunga tak berapa jatuh..tapi kena guna acuan samperit pecah 15 lah..jenuh goyang inul nak bentukkan samperit tu..hihi
 
Tapi yang dalam entri ni, Bai guna acuan samperit pecah 12..besar sikit dan kelopak bolehlah tahan..Sebenarnyakan..Bai dah banyak gunakan resepi samperit daripada blog dan 'facebook'. Resepi turun temurun daripada mak Bai pun ada..sama juga, kelopak bunganya mesti jatuh sikit..setakat ni Bai belum lagi jumpa satu resepi yang boleh buatkan kelopak bunganya 'maintain' gitu..huhu
 
 
Baiklah bagi sesiapa yang nak cuba buat boleh lah cuba dengan resepi Bai ni ya..
 
 
 
Samperit Bunga
oleh : Baizura
 
Bahan
 
250g mentega buttercup (yang dalam bekas tu)
110g gula aising
160g tepung gandum*
110g tepung jagung*
115g tepung kastad*
1 suduteh esen vanilla
Ceri merah secukupnya
 
Cara Membuatnya
 
1. Ayakkan semua tepung bertanda* ketepikan sebentar.
2. Masukkan mentega dan gula aising dalam satu bekas. gaul sebati. Pastikan tiada ketulan gula.
3. Bila sebati, masukkan esen vanilla. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaulkan dengan tangan hingga sebati.
5. Bolehlah terapkan menggunakan acuan pecah 12 @ 15 tadi ke atas dulang biskut tanpa disapu apa-apa mentega.
6. Bakar dengan suhu 150'C selama 20 minit atau sehingga masak.
 
 
Selamat mencuba dan jangan malu-malu nak komen diruang yang disediakan ya..
 

Tiada ulasan: