wahh..lama juga Bai tak ke udara dan meng'update' catatan di blog..kelam kabut sikit dekat-dekat nak raya hari tu..macam-macam jadi..Alhamdulillah dapat juga Bai pulang beraya ke kampung di Perlis.
Apa pun biarlah ia suatu kenangan yang akan Bai cuba lupakan. Bai pun dapat menguli biskut raya agak lewat iaitu beberapa hari nak pulang beraya hingga pagi sebelum pulang ke kampung selepas tarawikh..baru dapat siapkan biskut raya tempahan di kampung. Legaa..1 bab..nak tinggal kucing-kucing kesayangan lagi 1 bab..huhuhu
Sehari sebelum pulang beraya..jiran minta buatkan Kek Sandwish Victoria..hairan jugalah Bai, nak makan waktu mana..waktu iftar nanti kah atau raya nanti??..biarlah orang yang tempah jawab..hihi
Alhamdulillah ..semua siap..bai buat kek berselang seli dengan biskut-biskut raya tempahan..kiranya tak berhenti rehatlah oven teratak manis Baizura..hihi
Kek pun jadi cantik, gebu je..
Buat kek ni tak susah langsung. dah sejuk, barulah Bai lapiskan kek dengan jem strawberi, krim fresh dan buah-buahan seperti strawberi dan blueberi.
Di sini Bai nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..kepada semua pembaca..MAAF ZAHIR DAN BATIN dari Bai sekeluarga..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan