Selamat Hari Raya yang ke 15..
Mesti kalian banyak menerima undangan majlis rumah terbuka hari raya kan...kenduri kahwin pun bukan main banyak..setakat ini Bai ada la 2, 3 buah kenduri kahwin..'open house' pun banyak..jemputan jiran-jiran, jabatan antara jabatanlah kan..hihi..naik lagilah kg..
Walaupun begitu, Bai masih lagi menerima tempahan biskut raya dan kek..Alhamdulillah!
Ni tengah bersauna..masak cara bain marie
Kek Karamel Pelangi ni bagi Bai, agak renyah kerana kena ikut betul-betul cara buatnya supaya menjadi..bukan apa, suatu masa dulu, Bai pernah buat kek ini tapi tak menjadi..memang kecewa, tapi itu tak menghalang Bai dari nak terus mencuba hingga berjaya..
Ni kek baru diterbalikkan atas papan kek
Resepi yang kita ambil dari blog atau di mana saja, kita kena semak dan baca dengan teliti..faham betul-betul cara buatnya, barulah menjadi..dari situ kita 'try n error'..kalau tak menjadi..baru kita dapat tahu apa yang kita tak buat atau tertinggal..
Kek ni memang kena faham betul-betul semasa baca resepinya.. kena banyak-banyak sabar.. biasalah kadang-kadang kita ni nak cepat siap je..hingga banyak 'mistaken'..
Kena biarkan sekejap dalam oven hingga kek renggang
Kek kali ini .. Alhamdulillah menjadi.. yang risau tu sebabnya..Bai buat dalam keadaan terkocoh-kocoh..sambil-sambil tu berkumat kumit mulut Bai berdoa agar tiada kesilapan dalam pembikinan kek ni..hihi..bukan apa, Bai terlupa ada tempahan keesokan harinya tu untuk kawan Bai..lama dia berharap nak makan..tapi ada saja halangan nak tempah..jadi, minggu lepas, dia nak kek pada hari rabu..yang syoknya..balik kerja, santai je rehat-rehat, siap tengok berita TV lagi..hinggalah suami Bai tanya anak-anak ada kerjasekolah tak..barulah Bai terperasan..hihi Bai pun ada kerja rumah yang tak siap lagi..kelam kabut la baru nak tengok bahan-bahan..telur tak adalah pulak!..terpaksalah merayu suami tolong pergi kedai untuk beli..nasib baik dia ok dan kedai pun masih buka lagi..itu yang siap lambat..jangan buat dah gini..hihi
Nilah rupa kek karamel pelangi yang Bai dah siapkan..comot sikit, sebab terlupa nak lap dengan tisu dapur..resepinya kalian boleh cari di ruangan carian tepi sebelah kanan ini..yang Bai pernah buat sebelumnya. Nak lap kek ni kena hati-hati ye sebab kek ni lembut sangat..air gula semasa terbalikkan kek ni akan meleleh tepi kek..itu normal..kena cepat-cepat lap tau..Harap Nurul puas hatilah menikmati bersama keluarga..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan