Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 6 Ogos 2016

Penjagaan Anak Kucing 1 - 4 Minggu

Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera


       Entri kali ini berkenaan penjagaan anak kucing yang berumur dalam lingkungan 1-4 minggu. Bai dah banyak kali menjadi bidan dan menjaga anak kucing kecil hingga dewasa..maklumlah, bela kucing sendiri ni memang kena tahu serba sedikit penjagaan mereka. Jadi, Bolehlah Bai kongsikan serba sedikit pengalaman menjaga kucing-kucing ni.  Itulah tanggungjawab kita sebagai manusia yang mengasihi kucing.




          Biasanya, anak kucing yang berumur 1-4 minggu sangat bergantung kepada ibu kucing. Sediakan tempat yang bersih seperti bakul, kotak atau raga yang dilapik dengan kertas surat khabar lama dan kain yang lembut. Setiap 5 hari sekali, kena tukarkan kain alas tersebut. Makin dewasa, makin kerap kena salin alas tersebut. Macam lampin jugakan..hihi.. Salah satu sebab mengapa ibu kucing sering memindahkan anak-anaknya ke tempat lain ialah faktor kebersihan dan bau. Yang kedua, faktor keselamatan. Yang ketiga, faktor gangguan. jadi jangan hairan sekiranya ibu kucing asyik memindahkan anak-anaknya seperti ke dalam almari, belakang kabinet dan sebagainya. Mungkin dia berasa keadaan di tempat anaknya sudah tidak lagi selesa, tidak selamat dan juga sering diganggu..

 
 
 
           Jika ada anak kucing terbiar yang ditinggalkan ibunya, atau air susu ibunya tidak mencukupi, bolehlah anda menggunakan susu tepung khas untuk anak kucing yang dijual di 'pet shop' atau di klinik haiwan. Anda juga boleh menggunakan langkah-langkah ini  dalam penjagaan anak kucing jika mereka ketiadaan ibu, kerana kitalah ibu mereka..

 
 
 
        Anak kucing ketika berumur lingkungan ini hanya menyusu susu ibunya. Mata dan telinga belum boleh berfungsi. Anak kucing hanya merangkak terketar-ketar untuk bergerak. Biasanya dalam pemerhatian Bai, anak kucing akan buka mata apabila berumur antara 6-7 hari. Tali pusat akan tergantung di perutnya dan akan luruh sendiri bila kering dalam tempoh 6 hingga 7 hari selepas dilahirkan. Masuk minggu kedua, pendengarannya mula tajam, mata makin jelas melihat objek.
 
 
         Ibu kucing akan sentiasa membersihkan kemaluan anak-anaknya dengan cara menjilat dan juga untuk merangsang pengeluaran air kecil. Untuk pengetahuan semua, anak kucing ketika ini tidak pandai mengeluarkan air kecil atau besarnya sendiri ya. Jadi untuk anak kucing yang ketiadaan ibunya, apa yang kita perlu buat ialah dengan merangsang pengeluaran air kecil dengan menggunakan kapas atau kain lembab selepas setiap kali minum susu. Bai pernah gunakan air suam, cepat saja anak kucing mengeluarkan air kecil. Masa tu, Bai tengah bela si Abot yang memang jauh dari ibunya yang liar itu..minum susu khas untuk anak kucing dengan menggunakan botol..lepas minum susu atau selepas bangun tidur, dia selalu berbunyi, mungkin sengkak perut agaknya..bila Bai buat yang macam di atas tu, memang keluar air kecilnya..
 
Abot masa kecil dahulu..berusia dalam 2-3 minggu
 
 
Ni sekarang, Abot dah besar dan telah menjadi ibu..
 
             Anak kucing waktu ini kena jauhkan daripada kipas angin atau penyaman udara. Bukan apa, anak kucing mudah sangat kesejukan. Ini membuatkan mereka tidak selesa. Ingat ye, segala botol susu dan peralatan lain yang berkenaan kena cuci dan rendam dengan air panas, macam bayi manusialah juga, mereka mudah terdedah dengan segala penyakit. Selain botol susu, picagari atau 'syringe' juga boleh digunakan untuk menyusukan anak kucing.
 
 
          Masuk minggu ke 4, dah boleh kenalkan dengan makanan pejal basah sama ada yang dalam peket, tin atau kita rebus sahaja ikan atau ayam tanpa garam kepada mereka. Kena hancurkan dululah makanan tu. Air masak atau air tapisan bermineral sangat bagus untuk diberi. Makanan kering seperti kibbles untuk anak kucing, juga boleh diperkenalkan, sebaiknya, rendam dengan air panas, bagi lembut dan kembang, lagi baik, gunakan susu. Tapi, makanan bersusu ni tak tahan lama, cepat masam,..jadi pastikan beri ketika masih segar..lama-lama kita tak perlu rendamkan biji kibles tersebut, mereka dah boleh makan sendiri kerana gigi mereka dah mulai panjang dan kuat.
 
         Bila dah mula makan, tentulah dah pandai 'membuang' air besar dan kecil sendiri. Jadi waktu inilah paling baik untuk sediakan tempat poopoo dan peepee mereka. Sediakan bekas yang diisi dengan pasir atau 'cat litter' yang dijual di kedai haiwan. Macam-macam dah pasir untuk kucing..boleh pilih ikut kesesuaian. Kalau Bai, suka beli yang palet, senang nak ceduk buang, dan yang penting, anak kucing tak makan pasir tu.
 
 
 
         Masa nilah anak kucing sangat aktif bermain dan kuat tidur juga..waktu main, kena bagi main..itulah cara mereka nak besar dengan sihat.

12 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih atas pelajaran yg Bai berikan... Tqvm

Unknown berkata...

Nak tanye kucing baru lahir bila dia akan minum susu ibunya. Ye

Unknown berkata...

Ank kucing yg trpisah dr ibunyer, bila kita nyusukan mggunakan susu khas utk kucing n pakai botol, mmg dia akan menolak yer.. adakah kita prlu memaksa utk mnyusukan ank kucing tu

Unknown berkata...

Waalaikumsalam bai...bedasarksn pengalaman saya,anak kucing saya pernah tertelan juga,dia masih sihat sampai harini...Alhamdulillah...

Unknown berkata...

kucing biasanya meminum susu ibunya sehingga 4 minggu...jadi jika anda terjumpa kucing yang masih kecil,pastikan dia diberikan susu.😘

Unknown berkata...

jika sukar menggunakan botol,kaedah picagari boleh digunakan 🥰

Unknown berkata...

Assalamualaikum nk tnya.. Anak kucing yang sya bela ni bru 11 hari.. Dan ad kluar darah pda duburnya.. Kenapa yee?

Unknown berkata...

Macam mana pula kalau saya bagi anak kucing yang baru lahir dalam lingkungan umur 17 hari tetapi sudah ditinggalkan oleh ibunya boleh ke kalau saya bagi dia minum susu

Unknown berkata...

Berapa lama boleh kita tinggal anak kucing seusia ini ..

Unknown berkata...

sudah 2 Hari kucing saya pergi ke rumah jiran untuk panggil kucing jantan jiran datang ke rumah saya..kucing jiran tu yang pernah mengawan dgn kucing saya dulu..& tetiba pagi ni kucing saya pindahkan anak dia..
Anak dia dah umur 10 Hari & Mata dh terbuka..agak² kenapa ye?😅

Shima berkata...

Assalammualaikum..saya ingin bertanya,bila kita boleh start bagi vitamin tambahan utk kitten?

Tanpa Nama berkata...

bukan senang nak tahu umur kucing rescue