Hari ni dah 29 Muharram 1438H..punyalah lama Bai pendamkan keinginan nak makan bubur asyura ni. Di sana sini asyik menonjolkan aktiviti kacau bubur asyura..tak tertahan rasanya nak rasa..
Ini adalah serba sedikit sejarah tentang bubur asyura yang pernah terjumpa dan ada yang dari bualan orang tua-tua di kampung dulu-dulu.
Sejarah Asyura ini sebenarnya berasal daripada zaman Nabi Musa a.s dan juga zaman Nabi Nuh a.s.. Biasanya bubur asyura ni dibuat pada setiap 10 Muharram dalam kalendar Islam. Asyura jika mengikut bahasa arab (a'syara)bermaksud sepuluh. Katanya, bubur asyura ni biasanya kena ada 10 bahan atau ramuan..tak pastilah pula jika terkurang atau terlebih bubur apa pulak yang jadi..hihi..Janji bila siap, kita dapat kongsikan makanan ni dengan orang lain, seperti kawan-kawan sepejabat, jiran tetangga dan sebagainya. Itu lebih bermakna lagi..Namun, sempena kedatangan bulan Muharam ini, ramai orang Islam Malaysia mengambil kesempatan untuk mengagumi peristiwa bersejarah ini dengan mengamalkan ibadah sunat dengan berpuasa pada 10 muharam selain mengacau bubur asyura beramai-ramai selagi belum habis bulan muharam..
Menurut Ibnu Abbas r.a menceritakan Nabi Muhammad s.a.w sering berpuasa ketika di Mekah dan apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda melihat orang yahudi turut berpuasa pada 10 muharam di Madinah. Baginda bertanya apa yang mereka lakukan? dan orang yahudi menjawab bahawa hari ini hari soleh (10 muharam) Allah telah menyelamatkan Musa a.s dan Bani Israel daripada musuh mereka dan Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Jadi Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh a.s. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura.
Teringat Arwah Tok Leha bercerita masa Bai kecil dulu-dulu, katanya, orang yang di atas bahtera Nabi Nuh a.s tu kelaparan tapi hanya ada cebisan makanan yang tinggal. Jadi mereka kumpulkan apa yang ada, kekacang, tepung, buah-buahan kering, daging dan sebagainya lalu dimasak dan dimakan beramai-ramai. Mereka sangat bersyukur kerana terselamat dari banjir besar yang dahsyat itu.
Ketika itu ibadah puasa di bulan Ramadhan belum disyariatkan. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban. Wallahu'alambissawab..
Rujukan : Wikipedia
Biasanya bubur asyura ni menggunakan pelbagai bahan-bahan seperti kekacang, ubi, tepung, daging ayam, rempah dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara untuk membuat bubur ini mengikut versi utara dan pantai timur. Di sini Bai nak tunjukkan resepi versi utara yang lebih banyak diterima oleh majoriti. Versi utara ni memang feberet Bailah..tapi Bai pun suka jugak bubur asyura versi pantai timur, ia manis berempah dan ada daging atau ayam. Tapi keluarga pulak tak suka yang pantai timur ni.
Jom tengok resepi bubur asyura versi utara Bai punya..
BUBUR ASYURA UTARA
by: Baizura
Bahan
Bahan-bahan A:
500 g tepung beras
100 g tepung jagung
500ml pati santan
1/2 tin susu cair
750g gula pasir - blh dikurangkan jika tidak suka manis
250g gula merah
50 g sagu putih- rendam hingga kembang dan toskan
Beberapa helai daun pandan
Air secukupnya (1200ml) agak2 tau
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
400 gm kacang hijau
100 gm kacang kuda
150 gm kacang merah ABC
150 gm jagung - tak perlu rebus
100 gm kacang Tanah- goreng tanpa minyak
250 gm ubi keledek kuning
250 gm ubi keledek oren
250 gm ubi keladi
1kg pisang emas @ nangka ( Bai tak suka..nak letak
boleh je)
Cara Membuatnya
1. Kupas kulit keledek dan keladi..potong dadu.
2. Rebuskan kacang hingga empuk KECUALI ubi
keledek dan keladi, rebus hingga 1/2 empuk saja.
Takut hancur nanti . Kacang Tanah ,jagung , pisang
dan nangka tak perlu rebus.
3. Satukan gula merah dan gula putih dalam periuk.
Masukkan air secukupnya. Masakkan hingga larut
bersama daun pandan sehelai.Tapiskan.
4. Satukan tepung beras, tepung jagung , santan ,
susu , garam , air dalam 1200ml , gula merah dan putih
.. gaulkan hingga sebati. Tapiskan. Kemudian masak
atas api yang kecil hingga separuh pekat. Rasakan
gula garam secukupnya. Kalau kurang boleh tambah
lagi waktu ni.
5. Masukkan kekacang, ubi, jagung, kacang Tanah ,
sagu dan daun pandan 2 helai. Masak hingga agak
pekat kalau pekat sangat ,tambah air dalam
100ml..kena sentiasa kacau takut hangit bawah.
6. Masak hingga pekat. Untuk memastikan adunan ini
masak
dengan elok, ambil sedikit daripada adunan
tadi dan letakkan di atas piring.
Biarkan ia sejuk
sebentar. Selepas sejuk, cuba golekkan adunan tadi di
atas
piring. Sekiranya ia tidak melekat, ini bermakna
adunan tadi telah masak. Tetapi
sekiranya ia masih
melekat, ini bermakna adunan tadi belum betul-betul
masak.
Hendaklah dikacau lagi.
7. Proses memasak ini mengambil masa selama 2 jam.
Bila dah masak, buangkan daun pandan, cepat-
cepat tuangkan ke dalam bekas, sejukkan dan boleh
di simpan dalam peti ais.
Selamat mencuba..tak susahpun..puas hati dapat
makan dan hantar ke jiran-jiran..hihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan