Celoteh

Teratak Manis Baizura

Rabu, 23 November 2016

Kek Coklat Moist

☺😍

Assalamualaikum..
 
 
 
Haa.. kek coklat moist ni kelas ayong tempah untuk jamuan akhir tahun mereka di sekolah. Hiasan ni tumpang adik dia punya..hihi 
 
 
Kalau ada yang teringin nak tempah sebegini..Bai jual dalam harga RM 75. Dalamnya 'fresh cream' coklat dan dilitupi coklat ganache  dari 'dark chocolate'. Coklat ganache ni Bai gunakan 'dairy whipping cream'..memang sangat lazat menjilat jari ye..Boleh je kalau nak tempah, tak perlu berkecah di dapur dan nak beli bahan runcit-runcit. Harga belian bahan-bahan yang kita beli dalam kuantiti sedikit ni yang mahal harganya.





Selasa, 22 November 2016

Kek Coklat Bogel

Assalamualaikum..




Haa..tajuk kek ni macam lucah pulak.. hihi..sebenarnya kek bogel ni bermaksud tiada salutan di seluruh kek. Siap Nampak lapisan-lapisan krim pada kek. Sekarang ni memang 'trendy'..Bai memang suka kalau dapat tempahan sebegini. Senang nak uruskan kek.
 
 
Yang ni anak Bai sendiri yang tempah untuk jamuan akhir tahun kelasnya. Hiasannya, dia yang tentukan. Taburan snikers dan toblerone..kemain citarasanya kan..ingat nak tabur-tabur dengan coklat rice atau coklat cip je..rupanya...nasib tak ferraro rocher..sabor jelah mak..nakk...hihihi
 
 
Kalau macam ni Bai jual dengan harga RM 60 dengan taburan snikers / toblerone penuh di sekeliling atas kek. Yang ni separuh je kan..takpelah..sedekah untuk kawan-kawan  dan guru-guru kelasnya..
 
Untuk tempahan, silalah hubungi Bai seawal 1 minggu..
 

Sabtu, 19 November 2016

Kek Kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Lama tak bersua di sini kan..sibuk sangat you!..
Baru-baru ni ada tempahan kek 2 tingkat. 'Customer' tu keliru nak kek bertingkat  yang bagaimana..yang ada tiang ke atau yang bertindan..Bai cadangkan buat tindan sajalah, Bai berani ambil risiko penghantaran sebab lokasinya tak berapa jauh..Seri Iskandar je.
 
 
Nak kek bajet yang mampu milik atau yang berharga mewah? semua tu terpulang atas nego antara kita dengan pelanggan. Pilihan kek memainkan peranan juga dalam menentukan harga kek kahwin. Jadi adik ni nak yang 'simple but nice'. Bai cadangkan supaya cuba dengan kek span dan 2 biji kek red velvet..biasalahkan..bila nak kek nampak tinggi dan cantik, memang kena buat dua adunan kek lah..oleh itu walaupun kita Nampak 2 tingkat, namun yang sebenarnya adalah 3 biji kek.


 
 

Kek Span Coklat di bahagian atas bersaiz 8 inci, lapis dengan 'fresh cream' coklat dan coklat ganache atasnya..kemudian tingkat bawah, adalah kek red velvet  dua adunan yang dilapisi dengan krim keju yang lemak berkrim bersaiz 10 inci..Bai salutkan ke semua kek dengan krim butter dan bunga juga juga daripada krim butter. Kalau macam ni Bai akan ambil RM 250. Itu tidak termasuk kos penghantaran, pisau kek (1set), patung pengantin, tempat letak kek (macam kat bawah tu) dll. Tengoklah dekat ke jauh dan risiko yang harus ditanggung. Nak buatnya  sehari suntuk jugaklah..Thanks Nina..lepas ni boleh tempah kek 'anniversary' dan 'birthday' pulak ye.

 


 
 
 
Sudilah tempah dengan Bai..wasap/call/sms di 012-5980060/012-5548281. COD area Tronoh, Batu Gajah , Siputeh dan Seri Iskandar.
 

Sabtu, 5 November 2016

Roti Lenggang..atau Lempeng?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 
 
Cuaca Mendung semenjak dua menjak ni..sejuk nyaman terasa..Alhamdulillah..sebelah Perak ni cuti Hari Keputeraan Sultan Perak hari Jumaat, jadi bercuti panjanglah juga..
 
Bai sekeluarga tiada rancangan nak ke mana-mana, nak berehat dan mengemas rumah sambil siapkan tempahan kek.
 
Petang-petang ni rasa lapar pulak, Sardin ada setin di dapur, mulalah mereka-reka nak makan apa petang ni. Lantas teringat kat Mak di kampung, Mak cukup pandai mereka-reka menu, katanya, maklumlah anak ramai..kena kreatiflah..bila adik-adik keriau lapar, mulalah mak menggodek-godek sesuatu di dapur dan Bailah pembantunya..tengah kita kalut di dapur..tau-tau semua dah berkumpul bersila depan TV..hihi..tunggu makananlah tu..
 
 
 
So..petang ni jadilah lempeng yang kami panggil roti lenggang di sebelah kampungku cicah dengan kuah sardin. Anak-anak dan suami makan tak kira apa dah..bancuh teh o panas..orang datang tak sedar dah..hihi
 

Ni sajalah Bai nak kongsikan resepi lempeng yang gebu dan lembut ini.

 
 
 
Resepi Lempeng Gebu
by : Baizura
 
Bahan
 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar margerin @ butter
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
 
Cara
 
1. Blendkan semua bahan hingga rata dan gebu.
 
 
2. Sediakan kuali non stick..jika tiada, boleh sapu dengan butter atau minyak masak sedikit atas kuali.
 
3. Api kena kecil, tuangkan 2-3 senduk adunan, dan bolehlah pusingkan kuali buat bulatan. Sambil tu jika nak goyang inul pun boleh, jangan terlajak rentung udahh..hihi
 
4. Bila bahagian tepi sudah kering dan lekang, bahagian tengah sudah kering, maka bolehlah diangkat.


 
 
5. Jika suka lempeng jadi nipis, macam crepe durian tu, tambah sedikit lagi air, kasi cair..yang adunan Bai ni adunan tebal sedikit, baru puas nak mencolek kuah sambal kann...puas kunyah.
 
6. Lempeng ni sesuai dengan kuah sardin, sambal udang, sambal bilis, susu pekat, kuah durian pekat, kuah kari.. macam-macam boleh , ikut selera..jangan pulak kau cicah dengan budu dan cencaluk plak..hihi
 
Bolehlah mencuba..
 

Rabu, 2 November 2016

Misteri Kehilangan Duit, Cincin dan ...Smartfon??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua..


Hari ni Bai tak ada buat desert atau kek..hanya mood nak berceloteh sahaja..

Pernah tak korang diselubungi misteri kehilangan duit di dalam beg duit, celah-celah 'handbag', dalam poket seluar yang digantung dalam almari, dalam kereta, dalam al Quran atau bawah bantal, padahal hanya kita sahaja yang tahu??
 
Pada mulanya kita agak mungkin salah letak kot, ke dah terguna kot tak perasan..makin lama makin kita perasan bila kita sorokkan duit di tempat tersembunyi yang hanya kita saja yang tahu, boleh hilang! RM200 yang kita cucukkan dengan jarum peniti pun boleh hilang sekeping not RM50, Yang kita ikatkan dengan getah  , gulung, lipat, bungkus ..dalam RM150 not RM50 boleh hilang 1-2 keping!! simpan dalam al Quran pun boleh hilang!!tak ke pelik?
 
Inilah misteri yang sampai hari ni Bai tak terungkap..memang pelik, memang misteri.. hampir 3 - 4 tahun begini. Bai ingat masa pertama kali sedar akan kehilangan duit tu, porak peranda rumahtangga, tuduh menuduh anak beranak dan suami. Maklumlah anak baru meningkat remaja, suami tak bekerja pulak. Adakalanya jadi seminggu sekali, selang  2-3 hari pun ada..sebulan dua tak ada apa-apa tiba-tiba, hilang lagi..Asal lepa sikit, jadilah kehilangan itu..agaknya tunggu kita ralit dan leka..
 
Bukan apa..Segala perbelanjaan rumahtangga terletak di bahu kita seorang. Bila kita luahkan dengan rakan sekerja, terus dituju kepada orang yang berada di dalam rumah kita sendiri. Hati memang terasa aneh, pelik, bukan setakat duduk bersemuka anak beranak malah sering menyakiti anak-anak setiap kali kehilangan. Memang sakit hati yang tak pernah selesai. Sampai suatu ketika, rasa penat yang teramat sangat, penat menuduh, penat kecewa, penat berharap dan macam-macam lagi tapi tiada penghujungnya.
 
Dulu yang Bai perasan, hanya not RM50 sahaja yang hilang walaupun tersusun sekali dengan not RM100..lama-lama pandai hilang dah..terkini, not RM 20, 10 dan RM1 pun dia kebas..hmm
 
Sampailah sekarang pun, duit masih hilang..cincin perkahwinan setahun yang lalu hilangpun tak jumpa-jumpa lagi..hanya letak di atas meja sebelah katil je pun..hmm rasanya 'udah leboh' bak kata orang perak. Setakat ni rasanya dah beribu riban dah duit kita dikebasnya..
 
Cerita pasal smartfon pulak..macam tulah..telefon bimbit si anak yang dikenakan denda tak boleh guna sampai habis 'exam' di simpan dalam laci tepi katil, sebelum raya haji baru -baru ni, juga ghaib tak dapat dikesan..masa mula-mula dulu bila kita 'call' dengar masih ada nada..carilah kami serata ceruk rumah..sekarang, dah tak ada dah, mungkin dah dibawa ke alam lain..hah!
 
Pernah tak korang??