Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 5 November 2016

Roti Lenggang..atau Lempeng?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 
 
Cuaca Mendung semenjak dua menjak ni..sejuk nyaman terasa..Alhamdulillah..sebelah Perak ni cuti Hari Keputeraan Sultan Perak hari Jumaat, jadi bercuti panjanglah juga..
 
Bai sekeluarga tiada rancangan nak ke mana-mana, nak berehat dan mengemas rumah sambil siapkan tempahan kek.
 
Petang-petang ni rasa lapar pulak, Sardin ada setin di dapur, mulalah mereka-reka nak makan apa petang ni. Lantas teringat kat Mak di kampung, Mak cukup pandai mereka-reka menu, katanya, maklumlah anak ramai..kena kreatiflah..bila adik-adik keriau lapar, mulalah mak menggodek-godek sesuatu di dapur dan Bailah pembantunya..tengah kita kalut di dapur..tau-tau semua dah berkumpul bersila depan TV..hihi..tunggu makananlah tu..
 
 
 
So..petang ni jadilah lempeng yang kami panggil roti lenggang di sebelah kampungku cicah dengan kuah sardin. Anak-anak dan suami makan tak kira apa dah..bancuh teh o panas..orang datang tak sedar dah..hihi
 

Ni sajalah Bai nak kongsikan resepi lempeng yang gebu dan lembut ini.

 
 
 
Resepi Lempeng Gebu
by : Baizura
 
Bahan
 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar margerin @ butter
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
 
Cara
 
1. Blendkan semua bahan hingga rata dan gebu.
 
 
2. Sediakan kuali non stick..jika tiada, boleh sapu dengan butter atau minyak masak sedikit atas kuali.
 
3. Api kena kecil, tuangkan 2-3 senduk adunan, dan bolehlah pusingkan kuali buat bulatan. Sambil tu jika nak goyang inul pun boleh, jangan terlajak rentung udahh..hihi
 
4. Bila bahagian tepi sudah kering dan lekang, bahagian tengah sudah kering, maka bolehlah diangkat.


 
 
5. Jika suka lempeng jadi nipis, macam crepe durian tu, tambah sedikit lagi air, kasi cair..yang adunan Bai ni adunan tebal sedikit, baru puas nak mencolek kuah sambal kann...puas kunyah.
 
6. Lempeng ni sesuai dengan kuah sardin, sambal udang, sambal bilis, susu pekat, kuah durian pekat, kuah kari.. macam-macam boleh , ikut selera..jangan pulak kau cicah dengan budu dan cencaluk plak..hihi
 
Bolehlah mencuba..
 

Tiada ulasan: