Berhari raya di rumah Maktuk Baq bersama anak saudara Micha..
Selamat Hari Raya ..maaf zahir dan batin..3 Syawal 1435Hijrah..hari raya pertama dan kedua beraya di rumah mentua di Pulau Tuba,Langkawi. Raya ke 3 hingga sabtu beraya di Padang Lati,Perlis.~♥
Raya kali ini pun tidaklah semeriah yang terdahulu...entahlah, terasa sesuatu di hati. Bukan kerana terpaksa beraya di rumah mentua tau.. tapi pengisian hari raya di sebelah sini tahun ini agak hambar sedikit..tak payahlah aku ceritakan di sini secara detail..namun untuk renungan aku sendiri dan kaum keluarga..dalam hidup ini.. secara berpijak di bumi yang nyata..kita tidak akan menongkat langit ini selama-lamanya. Kita hidup dengan cara kita buat pilihan sama ada ingin hidup BAHAGIA atau DERITA. Wang bukan segala-galanya. Kasih sayanglah yang beraja di dalam rumahtangga. Tidak ada benda atau dadah yang dapat memberi kebahagiaan dalam keluarga melainkan dengan mengamalkan solat 5 waktu dan kasih sayang dari keluargalah yang memberikan kekuatan dalam hidup.
Nukilan hari ini pun adalah kerana teringat-ingat akan perkara yang terjadi, yang di berlaku luar jangkaan kotak minda dan prasangkaku. Seseorang yang aku sangka baik budi pekerti dan sikap rupanya dusta semata-mata. Aku pulak seorang yang susah percaya jika tidak berlaku di depan mata. Ibu mentuaku pula seorang yang berat mulut nak menceritakan perihal buruk adik beradiknya. Sehinggakan aku tidak pernah sedar selama ini mereka menyindir dan mengorek rahsia peribadi kami melalui aku!!
..hmm..raya kali ini aku banyak menghabiskan masa di rumah, memasak bersama ibu dan adik iparku Emie..tiada hati nak bertandang ke rumah saudara mara yang lain. Apatah lagi dengan penat yang belum reda, mengangkut segala beg kain baju, buah tangan, biskut dan kek raya 2 kali menyeberangi laut dengan feri dan bot tambang..arghh!! dugaan! aku sering bercanda dengan suami menyatakan kita ni dah macam santa claus..angkut segala barang untuk keluarga!! hehe..
Aku hairan dengan sikap orang yang memandang wang ringgit dan materialistik sehingga tidak kenal tua dan merampas hak kepunyaan orang. Mungkin didikan ibubapanya begitu..kebetulannya, si ibu itupun merampas suami orang juga dan memandang harta benda sebagai jaminan hidup bahagia. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Minta dijauhkan kejadian ini berlaku kepada anak-anak dan keluargaku yang lain!!!
Aku juga telah diberi amaran secara lembut melalui adik iparku supaya jangan lagi menegur apa-apa atau beri nasihat kepada anaknya itu melalui facebook yang sebelum ini ku anggap adik yang menjadikan aku sebagai idolanya. Tak apalah, aku terus unfriend kan aje..bukannya ada apa-apa keuntungan pun aku dengan dia.
Sebenarnya, pabila berlaku kejadian begini, ukhwah kasih sayang antara adik beradik semakin kuat. apatah lagi bila terasa disisihkan oleh orang lain. Adik beradiklah tempat mengadu..Rasa hambar tu hanya bila terkenangkan 'sanak saudara' yang dekat di mata, sakit di hati itu aje..hehe..tapi sebenarnya rasa manis-manis raya tu tetap ada.. dan sekarang aku mula rindu pada mak ayah mentuaku, masakan adik iparku yang pedas berhantu..bondaku dan adikku jaja yang pandai masak rendang daging pokpek dan rendang tok, adik-adik, anak-anak dan suami di sisi serta serdak duit yang masih bersaki baki! Apalagi yang aku nak..cukup semua! Alhamdulillah..;p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan