Celoteh

Teratak Manis Baizura

Rabu, 27 Ogos 2014

Si Merah Baldu


Haii...

           Kek Red Velvet ini adalah tempahan daripada beberapa customer tetap Teratak Manis Baizura.. jom nengok..hehe

 Red Velvet ni bersalut krim keju.
 
Red Velvet ni juga bersalut krim keju.
 
Red Velvet ni bersalut freshcream.
 
 
           Kebelakangan ini Bai agak sibuk sedikit. Nanti bila ada masa lagi, bolehla borak panjang .bye
 
    
 

Selasa, 19 Ogos 2014

Kek Lapis Asam Keping

Hai ..
 
      Kek ni dah lama Bai buat cuma baru-baru ni ada sedikit kesempatan nak share dengan u olls..hehe..kebetulan ada orang tempah kek lapis ni..bolehlah Bai tayang..hehe..resepi boleh scroll ke bawah ye..kalau u oll buat memang menjadi punya..

 
 Resepi Rujukan daripada Yatiememories.TQ ye kongsi resepi...huhu
Bahan-bahan
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)

  • 225 gm gula halus

  • 220 gm tepung gandum

  • 1 sudu kecil rata baking powder

  • 1 sudu besar ovallette

  • 150 ml susu cair

  • 1/2 sudu kecil garam

  • 100 gm minyak jagung/masak

  • 1 sudu kecil esen vanila

  • beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau (warna ikut suka)

  • asam hawflakes secukupnya ( saya guna 5 buku)
 
    Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.

  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.

  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.

  4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

  5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.

  6. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

  7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
 
 
        Ni potong tak sempat sejukkan dalam fridge, so asam kepingnye agak lembik..kalau u olls nak potong, simpan sekejap dalam fridge bagi sejuk..baru cantik potongannye.
 
          Kek Lapis Asam Keping ni memang la renyah sikit pembuatannya. Namun berbaloi. Memang sedap rasanya. Kukusan ambik masa 1 jam 30 minit..kalau jual, agak mahal bukan kerana mahal bahan-bahannya tetapi MASA dan METHOD...angkat letak, angkat letak kukusan pun dah satu hal..hehe..Susun pulak asam keping tu selapis demi selapis (10 lapis yuu)..
 
          Memang ada yang kata mahal, tapi cubalah buat sendiri, kalau rasa tak berbaloi tempah kat orang yang sedia menerima tempahan kita. Bai ambik RM20 untuk sebelah kek macam gambar yang di atas ni..kalau satu kek 8 inci ni dalam RM45..terpulanglah pada u olls..tepuk dada tanya selera..!;p
 
Ok Bye-bye.
 
         
 
 

Isnin, 18 Ogos 2014

Kek Pelangi aka Rainbow

Hai..Assalamualaikum
 
      Hari ni, entrinye adalah berkisar tentang kek pelangi atau kek rainbow. Kek ni biasanya berlapis-lapis dengan warna yang ada dalam keluarga pelangi. Kalau dulu orang-orang tua selalu melarang anak-anak menunding jari ke arah pelangi di langit tinggi takut jari jadi kudung..kikiki...Tetapi sekarang bukan takat tunjuk..siap boleh makan lagi..hehe..
 
 
 
 
 
       Biasanya inilah rupa kek pelangi yang dibakar berlapis-lapis dan tindanannya itu biarlah ikut susunan pelangi, kalau tidak, paduan warnanya agak berselerak. Bukan tak boleh ye, tapi biarlah tersusun.
 
         Kek Pelangi ini selalunya disalut dengan freshcream yang dipukul kental, Buttercream, atau krim keju. Tapi Bai memang paling suka salutkan dengan freshcream kerana tak muak bila makan. Jom nengok kek pelangi yang Bai dah make up tu..hehe
 
Freshcream

Freshcream

Freshcream

Salutan Freshcream

 
Kek ni salut freshcream, bunganya dari buttercream..

 Kek pelangi ni salut dengan freshcream..
 



       
 
 
           Resepi kek pelangi pun ada bai selitkan. Bai selalu jadikan kak Zuraini Alias sebagai cikgu dapur Bai. So, resepi ni Bai ambil daripada blognya untuk dikongsikan bersama-sama. Terima kasih kakzu.
        
 
KEK RAINBOW KAKZU
 

BAHAN BAHAN

3 cawan tepung gandum ~ ayak
4 tsp baking. powder ~ ayak ~ kkzu letak 2 tsp aje
1 cawan butter
1 3/4 cawan gula castor
5 biji putih telur
1 1/2 cawan susu segar
2 tsp esen vanilla
6 jenis kaler yang di sukai

CARACARA

Putar butter dan gula hingge kembang dan gebu ~ sehingge putih
Masukkan telur putih dan esen vanilla ~ putar sebati
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Bahagikan kepade 6 bahagian dan setiap satu letak kaler yang di sukai ~ purple, hijau, biru, kuning, oren, merah
Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang 8 inci dan bakar selame 15 minit pade suhu 180 C menggunakan api atas bawah.
Bakar sehingge selesai semuanye 6 lapis
Boleh lah di topping mengikut citarase anda ye.

          Bolehlah cuba ya. Yang takde masa nak buat dan tak mau serabutkan singki dapur tu boleh le order kat Bai..huhu..


 

Rabu, 13 Ogos 2014

Kek Pelangi

Haii..,

       Kek Pelangi ni tempahan daripada Kelab Sukan dan Kebajikan Warga Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah,Perak istimewa untuk majlis sambutan hari jadi dan hari bersara seorang pegawai di situ..




 
       Bunga-bungaan ini adalah hasil idea kreatif puan Dahlia aka blog Lea Oven yang memang halus seni tangannya. Bai cuma gunakan idea hiasan bunga-bungaannya kerana memang sangat terkasima dengan kehalusan seni tangannya..tabik spring kak Lea!!..dan juga Bai memang miiinat sangat dengan Cabbage Roses  ni...English style gituu..
 






 
 
 
      Memang renyah jugalah nak siapkan sebiji kek ni..mujurlah keknye tu, Bai dah bakar dua hari sebelumnya dan balut dengan plastic wrapper simpan dalam fridge. Memang agak sibuk ketika itu dengan outstation 1 hari ke kuala Nerang. Kalau Bai tak siapkan dulu keknye mau tak tido sampai ke subuh..mulakan kerja jam 8 malam..selepas balik dari Kuala Nerang,Kedah dalam jam 6.00 petang tu..hehe..itupun hanya nak deko salutkan kek n bunga dah ambil masa dekat 5 jam baru siap termasuk dengan kemas n basuh alat-alatan la..
 
     Kena banyak sabar dan tekun..jangan gaduh dengan anak-anak, time tu la nak tanya buat homework, nak makan, gaduh dengan kucing-kucing yang manja..hmm..alamatnye ..takkan siap.
 
     Salutan kek pelangi ni Bai gunakan freshcream, cuaca agak panas malam tu, cepat cairnye. Rumah takde aircond. bunga-bungaan tu Bai gunakan buttercream. kena pandai main warna, kalo tak memang tak menarik..
 
 
Sampai jumpe lagi..tata.


Selasa, 5 Ogos 2014

MIXER TheBaker

 Hai..!
 
      Balik raya haritu sempat meng'oder  pembantu dapur yang baru dari pengusaha Bakers Favourite dalam FB..cer cari cer cari.. Jelita rupanya. Namanya TheBaker 5 liter harga dalam RM550. Biasa-biasa je kekuatannya..Alhamdulillah, tercapai hajat nak memilikinya. Oven Hesstar 75liter itupun masih baru beli..belum cuba lagi pun...beli sebelum balik raya harga dalam RM 650...nanti akak kongsikan kebaikan dan kelemahan pembantu-pembantu dapur ini di lain masa ye..
 
 


Isnin, 4 Ogos 2014

Jasamu dikenang

Assalamualaikum..

Hai..

     Terjumpa gambar oven lama yang sebelum ini memang banyak berjasa kepada aku sekeluarga. Oven Pensonic ni dalam lebih kurang 18 liter ini adalah hadiah perkahwinan kami pada 27/5/2000 daripada seorang kawan suamiku..kalau nak diikutkan ia sudah hampir 14 tahun bersama kami. Tahun 2011, aku memulakan bisnes bakeri kecil-kecilan dengan mengambil tempahan kek, pavlova dan lain-lain dengan menggunakan oven ini.
 
 
     Comot jer nengok rupanye...tapi cukup banyak jasanye kepadaku. Dah cuci namun tompok-tompok tu masih kelihatan. Masih berkeadaan baik lagi. Tak pernah menghampakan aku lagi setakat ini. Baru-baru ini aku bisnes buat biskut raya dengan pensonic ni. ok jer cuma kuantiti biskut yang nak di masak tu sedikit sangat. Adakalanya menuntut banyak kesabaran daripadaku..Anak-anak aku memanggilnya pensonik..hmm setiap benda dalam rumah ni ada namanya. bukan takat anak patung atau kucing saje ada nama, kereta dan oven pun ada nama hehehe..
 
    Loyang yang boleh digunakan cuma sebesar 11 inci x 9 inci..kecik sikit daripada tu bolehla guna..ada modal sikit tu yang Bai beli oven Hesstar 75 liter tu..besarlah loyang dan banyaklah kuantiti biskut yang boleh dibakar sekali harung atau bakar kek bersaiz 10 - 12 inci..kalau tak hanya loyang kek bersaiz 8 - 9 inci sahaja yang muat..
 
 
 
    In sha Allah..tahun ini, raya Aidil Adha, Bai nak mencuba pasaran biskut raya pulak..Rezeki harus dicari..manalah tahu,pintu rezeki yang ini terbuka luas untuk Bai sekeluarga pula..doakanlah yer..

Daa..
 

Ahad, 3 Ogos 2014

HARI RAYA LAGI..~♥

 
Berhari raya di rumah Maktuk Baq bersama anak saudara Micha..
 
 
       Selamat Hari Raya ..maaf zahir dan batin..3 Syawal 1435Hijrah..hari raya pertama dan kedua beraya di rumah mentua di Pulau Tuba,Langkawi. Raya ke 3 hingga sabtu beraya di Padang Lati,Perlis.~♥
 
      Raya kali ini pun tidaklah semeriah yang terdahulu...entahlah, terasa sesuatu di hati. Bukan kerana terpaksa beraya di rumah mentua tau.. tapi pengisian hari raya di sebelah sini tahun ini agak hambar sedikit..tak payahlah aku ceritakan di sini secara detail..namun  untuk renungan aku sendiri dan kaum keluarga..dalam hidup ini.. secara berpijak di bumi yang nyata..kita tidak akan menongkat langit ini selama-lamanya. Kita hidup dengan cara kita buat pilihan sama ada ingin hidup BAHAGIA atau DERITA. Wang bukan segala-galanya. Kasih sayanglah yang beraja di dalam rumahtangga. Tidak ada benda atau dadah yang dapat memberi kebahagiaan dalam keluarga melainkan dengan mengamalkan solat 5 waktu dan kasih sayang dari keluargalah yang memberikan kekuatan dalam hidup.
 
      Nukilan hari ini pun adalah kerana teringat-ingat akan perkara yang terjadi, yang di berlaku luar jangkaan kotak minda dan prasangkaku. Seseorang yang aku sangka baik budi pekerti dan sikap rupanya dusta semata-mata. Aku pulak seorang yang susah percaya jika tidak berlaku di depan mata. Ibu mentuaku pula seorang yang berat mulut nak menceritakan perihal buruk adik beradiknya. Sehinggakan aku tidak pernah sedar selama ini mereka menyindir dan mengorek rahsia peribadi kami melalui aku!!
 
     ..hmm..raya kali ini aku banyak menghabiskan masa di rumah, memasak bersama ibu dan adik iparku Emie..tiada hati nak bertandang ke rumah saudara mara yang lain. Apatah lagi dengan penat yang belum reda, mengangkut segala beg kain baju, buah tangan, biskut dan kek raya 2 kali menyeberangi laut dengan feri dan bot tambang..arghh!! dugaan! aku sering bercanda dengan suami menyatakan kita ni dah macam santa claus..angkut segala barang untuk keluarga!! hehe..
 
     Aku hairan dengan sikap orang yang memandang wang ringgit dan materialistik sehingga tidak kenal tua dan merampas hak kepunyaan orang. Mungkin didikan ibubapanya begitu..kebetulannya, si ibu itupun merampas suami orang juga dan memandang harta benda sebagai jaminan hidup bahagia. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Minta dijauhkan kejadian ini berlaku kepada anak-anak dan keluargaku yang lain!!!
 
     Aku juga telah diberi amaran secara lembut melalui adik iparku supaya jangan lagi menegur apa-apa atau beri nasihat kepada anaknya itu melalui facebook yang sebelum ini ku anggap adik yang menjadikan aku sebagai idolanya. Tak apalah, aku terus unfriend kan aje..bukannya ada apa-apa keuntungan pun aku dengan dia.
 
     Sebenarnya, pabila berlaku kejadian begini, ukhwah kasih sayang antara adik beradik semakin kuat. apatah lagi bila terasa disisihkan oleh orang lain. Adik beradiklah tempat mengadu..Rasa hambar tu hanya bila terkenangkan 'sanak saudara'  yang dekat di mata, sakit di hati itu aje..hehe..tapi sebenarnya rasa manis-manis raya tu tetap ada.. dan sekarang aku mula rindu pada mak ayah mentuaku, masakan adik iparku yang pedas berhantu..bondaku dan adikku jaja yang pandai masak rendang daging pokpek dan rendang tok, adik-adik, anak-anak dan suami di sisi  serta serdak duit yang masih bersaki baki! Apalagi yang aku nak..cukup semua! Alhamdulillah..;p