Hai..
Terjumpa gambar oven lama yang sebelum ini memang banyak berjasa kepada aku sekeluarga. Oven Pensonic ni dalam lebih kurang 18 liter ini adalah hadiah perkahwinan kami pada 27/5/2000 daripada seorang kawan suamiku..kalau nak diikutkan ia sudah hampir 14 tahun bersama kami. Tahun 2011, aku memulakan bisnes bakeri kecil-kecilan dengan mengambil tempahan kek, pavlova dan lain-lain dengan menggunakan oven ini.
Comot jer nengok rupanye...tapi cukup banyak jasanye kepadaku. Dah cuci namun tompok-tompok tu masih kelihatan. Masih berkeadaan baik lagi. Tak pernah menghampakan aku lagi setakat ini. Baru-baru ini aku bisnes buat biskut raya dengan pensonic ni. ok jer cuma kuantiti biskut yang nak di masak tu sedikit sangat. Adakalanya menuntut banyak kesabaran daripadaku..Anak-anak aku memanggilnya pensonik..hmm setiap benda dalam rumah ni ada namanya. bukan takat anak patung atau kucing saje ada nama, kereta dan oven pun ada nama hehehe..
Loyang yang boleh digunakan cuma sebesar 11 inci x 9 inci..kecik sikit daripada tu bolehla guna..ada modal sikit tu yang Bai beli oven Hesstar 75 liter tu..besarlah loyang dan banyaklah kuantiti biskut yang boleh dibakar sekali harung atau bakar kek bersaiz 10 - 12 inci..kalau tak hanya loyang kek bersaiz 8 - 9 inci sahaja yang muat..
In sha Allah..tahun ini, raya Aidil Adha, Bai nak mencuba pasaran biskut raya pulak..Rezeki harus dicari..manalah tahu,pintu rezeki yang ini terbuka luas untuk Bai sekeluarga pula..doakanlah yer..
Daa..
Daa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan