Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 24 Januari 2015

KEK MINYAK


ASSALAMUALAIKUM…

Hari ni punya cerita…

 
 
Teruja sebenarnya melihat di dapur bloggers yang memaparkan Kek Minyak Gebu yang sememangnye kelihatan gebu dan lazat…Jadi hari ini, Bai teringinlah nak buat dan merasa kek minyak ni yang sangat mudah disediakan..

 
Kek ni agak membukit sikit..mungkin disebabkan api oven agak kuat dan Loyang mungkin agak kecil,tak sesuai…lepas ni Bai akan cuba gunakan api 160’C...namun kek tetap juga gebu...
 
 
 
 
Mai kita tengok resepinya yang Bai ambil dari dapur Kak Azlita MasamManis..

BAHAN

5 biji telur
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna

CARA

Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan..Dalam mesin pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.

Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata.

Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian. Gaul rata. Sediakan loyang 8 inci…Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter. Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal. Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing. Bakar selama 45 minit ~ 60 minit

Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna. Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai..Potong kek setelah sejuk sepenuhnya.

 
 
 
Jemput minum petang semua...kek ni lagi sedap dan lembut pada hari kedua dan ketiga...tapi biasanya hari kedua tu dah selesai...hehe
 
  
SELAMAT MENCUBA..!


 





Sabtu, 17 Januari 2015

TART BUAH-BUAHAN


ASSALAMUALAIKUM…

Semalam punya cerita…

      

          Ade tempahan tart buah-buahan daripada misi Klinik 1 Malaysia Seri Iskandar. Diaorang ni order banyak2 sebab nak dapat murah., 1 pcs Bai jual RM 1.00..kalau 100pcs RM0.90..saiz acuan tart lebih kurang 4.5cm diameter...



          ...Tu pun ikut harga buah semasa..harga buah ni adakalanya biasa-biasa harganya, adakalanya naik…bila dah tiada pilihan dalam pasaran, terpaksa la beli walaupun harga mahal..contohnya harga buah strawberi dari Cameron Highland agak murah berbanding buah strawberi import dari Australia atau Korea..hmm..bila dah tak ade buah tempatan, terpaksalah gunakan buah import..
         Selalu customer komplen bila harga berubah-ubah..namun apakan daya, kita ni bisnes kecil-kecilan aje..bukan jenis beli borong semua benda…bila dimaklumkan,.. ada reaksi boleh terima, ada reaksi tak boleh terima dan tak mau order dah…siap hantar lagi tu..

Tak mengapalah, kita tak boleh marah customer kalau dia ada pilihan yang lain..mungkin buatan orang bukan islam lebih murah kot berbanding dengan tart yang Bai buat..

            Tapi, Bai selalu mengendap harga dessert yang dijual di bakeri kepunyaan non muslim..hmm..lebih mahal daripada yang Bai jual..memang Bai suka meleser, melihat-lihat dessert dan kek di kedai bakeri atau kedai kek..ralit melihat design dan item yang menghiasi..

           Tart yang Bai buat ni adalah seikhlas hati ..dan bukan sesaja suka hati letakkan harga hingga menyulitkan customer. Lagi pula, Bai buat mengikut order yang masuk..

Hmm..tak apalah, kita biarkan dulu hal ini..Cuma cetusan rasa jer..cewwahh! Anyway..terima kasih kepada customer2 tetap yang memang minat sungguh dengan tart buah ni...

 

                                Have A Nice Day All......

Rintihan Hatiku


Assalamualaikum…saudara-saudaraku..

 

        Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama …berjalanlah dengan penuh pengharapan walau hidup ini tidak selalunya bahagia…iringilah bersama senyuman yang menguntum walaupun hati tidak lagi mampu bertahan…

        Dan aku belajar memaafkan walaupun diri sering terluka…teguranku bukan suatu hukuman, itu adalah bayang kasih sayangku…jangan menuduh kerana aku ingin kelihatan bagus…!

        Jangan mudah menghukum aku selalu berprasangka..kerana aku lebih kenalimu sejak masih bayi lagi. Janganlah terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sedangkan teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya.

        Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah … apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

        Namun begitu sejak kebelakangan ini..aku melihatmu semakin tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan olehku itu mempunyai kebenarannya. Jangan cepat melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya…terutamanya terhadap kakakmu yang tua ini.

        Kegagalan untuk mengawal perasaan berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita..

        Aku memandang kamu seperti kesayanganku, dan cepat sekali berhiba apabila dipandang sepi oleh saudara yang lain terutamanya kamu. Haruskan aku berhenti untuk menegur dan membiarkan sesuatu yang tidak kena pada tunas matahatiku..

        Berhentilah memberi alasan !..hiduplah dalam keimanan walau hari penuh dugaan dan berpeganglah kepada Allah walaupun Dia tidak kelihatan..Bukti kasihNya, kita wujud di bumi pinjaman.

        Janganlah terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tidak semudah itu, moga lelahku, piluku dihargai Ilahi walau dicemuh insani. Hanya Engkau yang Maha Tahu..
 
 

 

Sabtu, 3 Januari 2015

DONAT GEBU


ASSALAMUALAIKUM…

 Lama tak menulis entri..rindu sebenarnya..hati sering berdetik nak ziarah bloq tapi..wifi agak terhad, line tak berapa nak ‘clear’..lagipula, musim nak buka sekolah, asyik dengan persediaan barang dan pakaian sekolah anak-anaklah pula. Di pejabat, kena buat jadual, planner, up date, meeting dan bagai-bagai lagilah..

Bai ade cuba buat donat baru-baru ni..bukan tak pernah buat donat sebenarnya..tetapi Bai selalu dapat resepi dalam internet yang  tak berapa nak menjadi. 2,3 kali cuba asyik jadi keras dan liat mulalah give up..Cuma baru-baru nilah..anak-anak teringin makan donat, minta kita buatkan.. siap kata walaupun donat mama tu liat ke, keras ke..kitaorang makan jugak…hehehe..

Well..here we are..Donat gebu..

Resepi ni Bai dapat daripada Azie Kitchen..really awesome..and I wish to share it for those who are needed..
 

Bahan-bahan 

 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum

1 peket yis segera- 11gram

50g marjerin/mentega

1 sudu besar (penuh) shortening

2 sudu besar (penuh) gula pasir

2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung

1 biji Telur

1/2 sudu kecil garam

Gula Halus atau topping kegemaran anda

190ml-200ml air suam suam kuku

(bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

 
Cara-cara

  
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap

Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
 

 

Try it and share with me..have a nice tea break..

Khamis, 1 Januari 2015

KEK KARAMEL COKLAT SEDAP


Assalamualaikum…

 Awal tahun 2015 ini Bai membuka tirai mood mem’baking’ dengan membuat sebiji Kek Karamel Coklat..lama berhajat nak buat dan nak merasa keenakan kek ini sebelum ini..namun tumpuan sering hilang dengan pelbagai perkara yang mendatang. Jadi kek ini hanya tersemat di ingatan…sehinggalah, keinginan yang kuat itu datang semula ketika bersantai di hujung minggu di rumah..
 
 

Namun kek ini tidaklah cantik sangat dipandang mata..tetapi rasanya ya Allah..lazat berkrim…jadi bila dah buat , takkan lah tengok aje tak nak rasa…habislah diet aku..huhuhu..

Resepi ini resepi dari dapur kak Azlita Masam Manis…tq kak ita..memang berbaloi buat kek ni..