ASSALAMUALAIKUM…
Semalam punya cerita…
Ade tempahan tart buah-buahan daripada misi Klinik 1 Malaysia Seri Iskandar. Diaorang ni order banyak2 sebab nak dapat murah., 1 pcs Bai jual RM 1.00..kalau 100pcs RM0.90..saiz acuan tart lebih kurang 4.5cm diameter...
...Tu pun ikut harga buah semasa..harga
buah ni adakalanya biasa-biasa harganya, adakalanya naik…bila dah tiada pilihan
dalam pasaran, terpaksa la beli walaupun harga mahal..contohnya harga buah
strawberi dari Cameron Highland agak murah berbanding buah strawberi import
dari Australia atau Korea..hmm..bila dah tak ade buah tempatan, terpaksalah
gunakan buah import..
Selalu customer komplen bila harga
berubah-ubah..namun apakan daya, kita ni bisnes kecil-kecilan aje..bukan jenis
beli borong semua benda…bila dimaklumkan,.. ada reaksi boleh terima, ada reaksi
tak boleh terima dan tak mau order dah…siap hantar lagi tu..
Tak mengapalah, kita tak boleh marah
customer kalau dia ada pilihan yang lain..mungkin buatan orang bukan islam
lebih murah kot berbanding dengan tart yang Bai buat..
Tapi, Bai selalu mengendap harga
dessert yang dijual di bakeri kepunyaan non muslim..hmm..lebih mahal daripada
yang Bai jual..memang Bai suka meleser, melihat-lihat dessert dan kek di kedai
bakeri atau kedai kek..ralit melihat design dan item yang menghiasi..
Tart yang Bai buat ni adalah seikhlas
hati ..dan bukan sesaja suka hati letakkan harga hingga menyulitkan customer.
Lagi pula, Bai buat mengikut order yang masuk..
Hmm..tak apalah, kita biarkan dulu hal
ini..Cuma cetusan rasa jer..cewwahh! Anyway..terima kasih kepada customer2 tetap yang memang minat sungguh dengan tart buah ni...
Have A Nice Day All......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan