Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 17 Januari 2015

Rintihan Hatiku


Assalamualaikum…saudara-saudaraku..

 

        Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama …berjalanlah dengan penuh pengharapan walau hidup ini tidak selalunya bahagia…iringilah bersama senyuman yang menguntum walaupun hati tidak lagi mampu bertahan…

        Dan aku belajar memaafkan walaupun diri sering terluka…teguranku bukan suatu hukuman, itu adalah bayang kasih sayangku…jangan menuduh kerana aku ingin kelihatan bagus…!

        Jangan mudah menghukum aku selalu berprasangka..kerana aku lebih kenalimu sejak masih bayi lagi. Janganlah terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sedangkan teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya.

        Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah … apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

        Namun begitu sejak kebelakangan ini..aku melihatmu semakin tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan olehku itu mempunyai kebenarannya. Jangan cepat melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya…terutamanya terhadap kakakmu yang tua ini.

        Kegagalan untuk mengawal perasaan berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita..

        Aku memandang kamu seperti kesayanganku, dan cepat sekali berhiba apabila dipandang sepi oleh saudara yang lain terutamanya kamu. Haruskan aku berhenti untuk menegur dan membiarkan sesuatu yang tidak kena pada tunas matahatiku..

        Berhentilah memberi alasan !..hiduplah dalam keimanan walau hari penuh dugaan dan berpeganglah kepada Allah walaupun Dia tidak kelihatan..Bukti kasihNya, kita wujud di bumi pinjaman.

        Janganlah terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tidak semudah itu, moga lelahku, piluku dihargai Ilahi walau dicemuh insani. Hanya Engkau yang Maha Tahu..
 
 

 

Tiada ulasan: