ASSALAMUALAIKUM…
Bai ade cuba
buat donat baru-baru ni..bukan tak pernah buat donat sebenarnya..tetapi Bai
selalu dapat resepi dalam internet yang
tak berapa nak menjadi. 2,3 kali cuba asyik jadi keras dan liat mulalah
give up..Cuma baru-baru nilah..anak-anak teringin makan donat, minta kita
buatkan.. siap kata walaupun donat mama tu liat ke, keras ke..kitaorang makan
jugak…hehehe..
Well..here we
are..Donat gebu..♥
Resepi ni
Bai dapat daripada Azie Kitchen..really awesome..and I wish to share it for
those who are needed..
Bahan-bahan
500g
tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket
yis segera- 11gram
50g
marjerin/mentega
1 sudu besar
(penuh) shortening
2 sudu
besar (penuh) gula pasir
2 sudu
besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji
Telur
1/2 sudu
kecil garam
Gula Halus
atau topping kegemaran anda
190ml-200ml
air suam suam kuku
(bergantung
pd kualiti tepung- saya guna 200ml)
Di dalam
bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir,
susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila
dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu
seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau
adunan sudah boleh diuli.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa
sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh
gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2
je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.
Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api
perlahan.
Try it and share with me..have a nice tea break..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan