Assalamualaikum…Apa
Khabar Semua..
Entri kali ini berkenaan tempahan
daripada Nik Norazlin, opismate Bai yang nak surprisekan suaminya untuk
anniversary perkahwinan yang ke 5 tahun. Katanya sambutan yang dulu tu buat ala
kadar sahaja memandangkan suaminya sentiasa bertugas di luar kawasan. Tahun
inilah mereka dapat merasa menyambut ulangtahun perkahwinan mereka dengan
meriah dengan memotong kek bersama-sama.
Pastu lawan menyuap kek ke pasangan masing-masing..cewwahh..
Apapun Bai doakan mereka agar sentiasa
bahagia hingga ke Jannah. Terima kasihlah kerana memberi kepercayaan untuk
menyediakan dan menghias kek mereka ini. Bai sangat berbesar hati kerana dapat melakukannya.
Yang penting korang gembira dan seronok meraikan bersama orang yang tersayang.
Sambil mendeko kek ini, Bai memikirkan
barang-barang mentah bakeri yang akan naik sempena GST esok 1 April 2015. Ramai
juga yang memomokkan GST ini. Bai percaya di setiap perkara yang kerajaan buat
adalah untuk melindungi rakyat daripada penindasan golongan yang sudah kaya
bertambah kaya ini. Tujuan utama kerajaan adalah untuk mengawal harga barang di
pasaran supaya tidak berlaku penipuan harga, meningkatkan taraf hidup rakyat
dan sebagainya.
Mungkin ada di kalangan kita yang
memang tidak tahu langsung tentang GST. Dah tak tahu tu jangan sebarangan je
cakap. Nanti Nampak awak tu yang tak cerdik. Bai pun bukannya tahu semua tetapi
kita ikutlah juga perkembangan dan taklimat tentang GST ini. GST ini adalah
Cukai Barang dan Perkhidmatan(Good and
Service Tax)yang bermaksud cukai kepenggunaan yang dikenakan bila kita
pengguna berbelanja. GST ini adalah menggantikan Cukai Jualan dan Cukai
Perkhidmatan(SST) yang bertindan. Rupanya sebelum ni kita bayar cukai 2 kali
tuu..
Macam-macam tohmahan dan dakyah sesat
tentang GST ni..Bai cuma rasa kecewa sedikitlah dengan segelintir rakan yang
selalu mengutuk pemimpin yang ingin melaksanakan dasar-dasar baharu seperti ini.
Bukan saja-saja nak mengangkat orang yang berpengaruh apatah lagi mana-mana
parti politik. Cuba kita buka kotak pemikiran untuk lihat diluar sana. Tak tahu,
kenalah bertanya, mencari kebenaran..mesti ada pro dan kontra..kitakan rakyat
bijak, tak gitu??
Hmm..panjang pulak penerangan kali
ini..tak mahulah tension-tension..sakit otak bagai..meh kita layan Kek Pelangi
Di awangan ini..hehe..